Senin, 18 Januari 2016
Minggu, 17 Januari 2016
BUBUR NASI UNTUK YANG TAK SIHAT
Bubur Nasi ni hanya menjelma dalam rumah Kjee kalau salah seorang dari kami tak sihat. Nadia ada ulser dalam tekaknya. Dah berapa hari dia mengadu sakit tekak bila makan. Jadi pepagi tadi Kjee dah rendam seketika beras dan buat bubur daging ini untuk dia.
Selalunya, Kjee masak dalam pressure cooker untuk pendekkan masa memasak. But today, Kjee jerang aje atas dapur. Sejam setengah siap!
Nadia ke klinik Dr Ina Harlina hari ni. Mama tunggu dalam kereta. Sebaik masuk kereta, Nadia kata Dr Ina cakap tak boleh makan santan.
"Dr Ina macam tahu aje Mama masak bubur lambuk. Mama tulis dalam FB ya," tanya Nadia. Tak payah jawab ler soalan tu kan? Hehehe.
Anyway, bubuh santan sikit jer. Bukan nak masak lemak. Bagi lemak yang manja-manja jer.
Since bubur dah siap masak sebelum pergi klinik, sampai rumah tadi, Kjee goreng ikan bilis dengan hirisan bawang putih dan cili padi. Itulah cara Kjee makan dengan bubur.
Mula-mula goreng hirisan bawang putih. Lagi banyak lagi sedap. Sampai garing. Tepikan. Kemudian goreng pulak lima enam biji cili padi. Hati-hati sebab ia boleh meletup. Dah garing tepikan. Kemudian baru goreng ikan bilis sampai garing. Dah sejuk, digaul tiga bahan tu. Sedap sangat makan dengan apa jenis bubur.
Seperti biasa, bubur nasi Kjee ada telor asin yang dipecahkan kedalam periuk ketika bubur mendidih. Itu cara Kjee buat bubur. Rasanya orang lain tak buat camtu.
Apabila hendak dihidang, taburkan dengan daun sup atau daun bawang. Sedap makan panas-panas.
Dah beratus kali Kjee buat. So resipi pepandai klik SINI.
SANDWICH TELOR REBUS
Breakfast mudah pagi ni tapi Insya Allah, sedap dan mengenyangkan. Boleh dijadikan bekal untuk anak-anak ke sekolah dan jugak bagi mereka yang tersangkut dalam kesesakan lalu lintas untuk ke office. Jadi, tak ler stress sangat kan? Hehehe
Senang aje buatnya. Hanya perlu telor, lada hitam kisar dan mayonaise.
Tadi Kjee rebus empat biji telor. Kemudian dibuang kulit dan dilenyek-lenyek guna garfu. Kasar-kasar aje. Kemudian letak lebih kurang 2 sudu mayonaise dan lada hitam. Kjee guna ajishio pepper jadi tak perlu letak garam. Kacau sampai rata.
Roti dipotong keraknya. Arwah mak mesti dia marah kalau buang kerak. Katanya, ada banyak khasiat kerak tu. Ya ker?!! Atau beliau nak elakkan pembaziran. Tapi Kjee kumpul dan bila dah banyak, boleh buat Bread and Butter Pudding. Kalau malas buat breadcrumbs.
Kemudian disapu sedikit butter pada roti (kalau suka). Selepas itu letak lebih kurang 1 sudu besar telor lenyek tadi atas roti. Lapiskan dengan sekepung roti dan potong.
Mudah dan berkhasiat (rasanya). Sedap jugak jika kaedah sama diguna untuk Cold Chicken Sandwich. Biasanya Kjee carik-carik ayam yang berbaki dan letak mayo dan lada hitam. Selalunya, ayam dari KFC atau ayam panggang yang berbaki.
Langganan:
Postingan (Atom)




