Jumat, 30 Oktober 2015

STOK BARU CORELLE KAK TON DAH SAMPAI!






Dua design baru yang buat Kjee tak senang duduk. Hehehe





Masa Kak Ton beritahu Kjee dua bulan lepas, harga set Corelle yang dia import dari Amerika akan naik menjelang Oktober apabila stok terbaru sampai, Kjee tak terkejut langsung. Kata Kak Ton, dia tidak ada pilihan kerana harga setiap set Corella menjadi mahal kerana duit kita dah jatuh. USD mahal sangat sekarang.

Kerana itu jugaklah kos pengangkutan laut dan darat turut naik. Jadi, Kak Ton kata dia tiada pilihan langsung melainkan naikkan sedikit harga Corelle yang dia jual. Justru Kak Ton beritahu, dia berharap semua customer nya akan terus memberi sokongan kepadanya.

Kjee pun terfikir jugak berapa banyak agaknya kenaikkan harga Kak Tons Corelle. Selama ini, harga yang beliau jual, jauh lebih murah dari kedai. Kawan-kawan Kjee di Langkawi pun kata harga Corelle yang dijual Kak Ton, jauh lebih murah dari pulau bebas cukai itu.

Sebab tu Kak Ton berani kata harga yang dia jual, paling murah di pasaran negara kita!!

Selain itu, Kak Ton juga mengimport set yang bukan dikhaskan untuk kawasan sebelah sini. Set itu untuk negara-negara omputih. Itulah keunikan Kak Tons Corelle. Korang mungkin tidak akan dapat memiliki set yang dijual di negara-negara Barat. Kecuali kalau korang pergi sana dan beli sendiri.

Semua set yang dijual Kak Ton, dipilih khas oleh kak Ton dan suaminya Bang Ajee. Menepati citarasa kita lah!



Untuk 4 orang. Yg atas tu RM479 dan bawah RM499


Minggu lepas, tempahan Kak Ton sampai. Berhari-hari jugaklah Kak Ton dan Bang Ajee mencongak-congak harga yang paling sesuai. Harga yang taklah perit sangat untuk dimiliki. Tapi, dalam masa sama, taklah bocor sangat poket mereka suami isteri.

Kemudian Kak Ton whatsapp Kjee untuk beritahu harga baru. Alahai... taklah rabak sangat poket. Kira mampu milik lah.

Apapun, Kjee belum pun sempat recce harga kat kedai. Ada kawan dah bisikkan set Corelle di kedai, dah dinaikkan walaupun stok lama. Ada lah tu yang amik kesempatan. Set Corelle Kak Ton semuanya baru sahaja dimasukkan ke sini. Malah, stok-stok terakhir Kak Ton, tetap dijual dengan harga lama minggu lepas. Tapi, sorrylah, semua dah habis dijual.





Yang minat biru. Set 4 orang. RM339 jer. Murah



Kali ni Kjee teruja jugak tengok design baru yang belum pernah dilihat sebelum ini. Semuanya bercorak warna-warna yang cukup menarik.

Kak Ton jugak tawarkan dua kali bayar untuk set Corelle beliau. Dan sebaik sahaja korang langsai bayar, Kak Ton akan antor. Tak tunggu lagi. Jual cara kutu? Hmmm rasanya Kak Ton tak minat.

Dan yang menariknya, kalau set yang korang beli ada cacat cela, Kak Ton akan ganti yang baru. Tapi bukan kerana si kenit dalam rumah lempor bagi pecah. Ia harus defect dari kilang. Maklumlah kotak Corelle yang sampai kat korang tentu dah dipek lawo-lawo dari kilang. Kalau Kak Ton bukak untuk check, nanti korang pulak reject. Hehehe



Set 6 orang. Tak ada mug. Dari Rm449-549



Itu jer nak story. Cara nak contact Kak Ton dah berlambak kat foto-foto yang tertera kat sini. Selain itu, korang jenguk jugaklah blog Kak Ton DISINI. Boleh cuci mata tengok banyak lagi set yang lawa-lawa. Jangan juling biji mata cam Kjee, udah lah yer. Hehehe.



Bawak masuk guna tiga  kontena tau.



Ini baru sikit. Kalau masuk setor Kak Ton, boleh juling biji mato


Tidak ada komentar:

Posting Komentar