Tampilkan postingan dengan label Jalan2 Cari Makan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Jalan2 Cari Makan. Tampilkan semua postingan

Kamis, 14 Januari 2016

CAFE SELESA DI TAMAN MELAWATI







Ada satu port lepak baru kat Taman Melawati, kata seorang teman. Sangat comfy dan makanan sedap. Harga berpatutan, tambahnya. Tak nak cuba makan kat Tango Cafe ker? Ohhh Kjee tahu kat mana. Selalu sangat lalu depan cafe tu dalam perjalanan pulang.

Maka satu malam tu, Kjee pun singgah dengan Nadia. Pusing-pusing, tak tahu mana nak makan. Malam sebelumnya kami cuba makanan ala Mexico di Hungry Thug, (a food truck) berdekatan.

Memang betul kata kawan Kjee tu. Memang sangat selesa ambience Tango Cafe. Ada ruang membaca (with a good choice of books and magazines) dan ada ruang untuk anak-anak bermain ketika ibu bapa menjamu selera.

Kjee cepat-cepat capai menu. Ada macam-macam. Nak local fare (makanan tempatan) atau western, pilihannya agak elok.

Malam tu, Kjee tetiba teringin nak makan Laksa. Nadia jeling. Takkan makan laksa jer. Pilihlah makanan lain.

"Eh mama rasa cam nak makan laksa lah."


Fettuccini Carbonara

Laksa. Sayurnya diasingkan. Untuk yang tak suka makan sayur. Herhehe


Nadia order Cabonara Fettucinie. Menyesal pulak bila order sampai. Sangat menyelerakan. Dua keping roti bakar yang dihidangkan bersama, lembut dan tebal. Sedap dicicah dengan cream carbonara.

Dua hari kemudian, kami ke Tango Cafe sekali lagi. Kali ni kami bertiga. Temujanji dengan Ash Riel, adik angkat. Hi tea on a Saturday.

Kali ini Kjee tak lepas peluang cuba Fettucinie Carbonara. Nadia order Olio Aglio. Pun sedap. Ash Riel order Mi Jawa yang dikatakan femes di Tango Cafe. Memang benar. Ash Riel suruh Kjee jamah kuahnya sikit. Memang sedap!



Olio Aglio... roti bakar yang sedap


Western



Selain itu, kami jugak order Lempeng Jagung. Ada pelbagai jenis lempeng. Ada lempeng nasi, tepung, kelapa, pisang dan American pancake.

Bagi mereka yang suka Braised Lamb Shank, khabarnya, ia antara pilihan favorite pengunjung. Kjee memang berhantu bab Braised Lamb Shank. Tapi kena tunggu cuaca beralih sejuk sikit.

Tango Cafe dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 10 malam. Sebelah pagi ada Nasi Lemak dan banyak lagi menu untuk sarapan. Tetapi, kalau datang seawal jam 8 pagi pun, semua yang ada dalam menu, boleh korang order.

Serius ni! Kalau tak percaya, singgah di Tango Cafe, kalau berada di Taman Melawati. Ia terletak di 9163, Jalan Negara, Taman Melawati.

Oh ya, ada jugak ruang solat disediakan. Baru enam bulan dibuka. Boleh buat majlis hari jadi dan sewaktu dengannya. Muat 40-50 orang. Add My Tango Cafe di Facebook.




Reading corner


Ruang lepak anak-anak



Kamis, 19 November 2015

TISHA'S BANGKIT SEMULA DENGAN SOKONGAN NETIZENS


Cicah dengan susu manis pun sodap, gua cakap lu!


Tak teruja ke melihat packing yang cukup lawa





Social Media seperti Facebook, Instagram dan blog jika digunakan secara betul, sangat-sangat membantu. Terutama sekali seandainya kita mahu sesuatu itu disampaikan dalam masa yang pantas.
Malangnya, ia seringkali disalahgunakan dengan sewenang-wenangnya sehingga timbul pelbagai masalah.

Apapun, Shamsul Shah, CEO Shamsul Atika Foodtech Industries Sdn Bhd, menganggap media sosial sebagai suatu keajaiban atau God Sent.

Mungkin Kjee tak perlu bercerita panjang lebar mengenai apa yang dilalui oleh Shamsul dan isterinya, Hajah Atika Mohd Ramli, apabila ditipu oleh sebuah koperasi. Kerugian yang ditanggung Shamsul amat besar. Beribu kartun product Roti Paratha dan Murtabak jenama TiSha's tersadai di bilik beku kerana koperasi yang membuat pesanan, mungkir janji.

Kalau Kjee dah sasau agaknya. Serius. Kena pulak senario ekonomi semasa yang tidak menentu!

Namun, dengan idea mewar-warkan masalahnya di Facebook dan Instagram, dalam masa beberapa hari, semuanya habis dijual! Kenalan dan peminat product TiSha's, berpusu-pusu ke Medan Selera Anjung Melawati untuk membantu Shamsul. Ramai jugak pulang hampa!

Kjee baru tahu product jenama TiSha's memang sudah dikenali ramai kerana keenakkannya. Setiap hari Kjee memang lalu depan pusat jualan Tisha's ni di Anjung Melawati, tanpa menyedari ada 'lubuk makanan sedap disitu'!

Kemudian apabila Kjee terbaca satu post oleh seorang sahabat Kjee di FB. baru Kjee turut terpanggil untuk membantu. Kjee diberi rasa dua keping Murtabak Pulau Pinang dan Roti Paratha yang sangat-sangat menepati citarasa kami sekeluarga.

Walaupun stok asal sebanyak 1800 carton, habis dijual, kilang Shamsul di Kepong kini sudah beroperasi semula. Semuanya kerana semangat untuk meniaga, kembali memuncak dengan sambutan luar biasa yang ditunjukkan Netizen (warga internet).

"Stok tersadai mulanya adalah 2 kontena iaitu 1,800 carton. Selama enam bulan kami berjaya habiskan hampir 1000 carton. Dan tempiasnya sebanyak 850 carton berjaya dijual setelah di viralkan, Alhamdullilah," tambah beliau.









Dalam satu postnya di FB, Shamsul berkata:

"Saya ingin  mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga Malaysia yang amat-amat prihatin diatas kesusahan dan keperitan kami.

Dgn terjualnya stok tersebut, kami dapat beroperasi semula.. kami dapat menggajikan pekerja kami semula.. kami dapat menceriakan keluarga kami semula.. semua yang indah-indah lah... especially supplier kami serta bank-bank.. meskipun apa yang dapat di  recover adalah less then 10% of kerugian yang ditanggung tetapi come back itu amat-amat bermakna sekali..

Kami doakan semua yang membantu kami diberi rahmat dan nikmat yang melimpahruah... dikeluarkan daripada apa-apa kesusahan.. dijauhkan daripada segala fitnah dan umpat manusia... dan saya juga specifically berdoa agar semua yang bantu kami daapt menunaikan haji kepada yang belum lagi....

Jasa anda semua tak terbalas dan kami hadiahkan harga yang sama untuk anda beli paratha kami meskipun dengan stok yg baru...

Wallahualam... "









Apapun, Kjee rasa apa yang berlaku keatas Shamsul ada hikmahnya. Pasti akan membuka matanya dan mindanya, untuk lebih berhati-hati apabila membuat sebarang urusan perniagaan, walaupun dengan insan-insan yang dekat dengannya.

Kjee cukup teruja sekarang sudah menemui makanan favorite Kjee yang diusahakan secara halal toyibban! Insya Allah akan stok dalam freezer banyak-banyak sebab Kjee kan insan yang kurang gemar makan nasi. 

Semalam, ingatkan Kjee sorang aje nak food tasting Roti Pratha. Murtabak Kjee dan bedal berdua dengan Nadia malam sebelumnya. Kjee suruh goreng dengan menggunakan sedikit marjerin. Tengah duduk menikmatinya dengan hanya mencicah susu manis, UnclePali terus ambil sekeping lagi dan menggorengnya. Memang puas hati dengan rasa dan kelembutannya.

Menurut Shamsul, resipi makanan yang dihasilkan adalah turun temurun sejak moyang beliau 100 tahun yang lalu! Tiada pengunaan msg (mono sodium glutamate) dan minyak yang digunakan dijamim dari kualiti yang tinggi. Selain itu, sesuatu yang Kjee rasa sangat penting ialah telor yang digunakan, dibasuh!  

Kesian UnclePali tak dapat rasa Murtabak Pulau Pinang TiSha's yang kebahboom sebab ada daging. Belum pernah Kjee rasa Murtabak Frozen sehebat yang dikeluarkan syarikat Tisha's. Padat dengan rasa! Turut disertakan Jeruk Bawang. Kalau ada peluang, baik korang cepat-cepat dapatnya!

Paling menarik pada Kjee dan UnclePali ialah packing Roti Pratha dan juga Murtabak. Ini barulah dikatakan sedap di mata, sedap di tekak. Design nya setanding dengan jenama besar yang ada di pasaran.

Kalau korang nak order buat makan sendiri, nak meniaga atau menjadi ejen, sila hubungi Encik Shamsul pada nombor yang tertera di business card dibawah.





Sabtu, 22 Agustus 2015

GERAI LIZA JADI TUMPUAN ARTIS DI LEWAT MALAM




Liza dan Kalam


Set Gulai Kawah Daging






Kalau korang species cam Kjee yang banyak makan kat luar daripada di rumah, Kjee pasti korang dah bosan makan benda-benda yang sama kan? Macam Kjee lah jugak. Nak menerai makanan baru, nanti dapat dosa free jer. Maklumlah... karang kalau tak sedap, aku...

Anyway sebab tulah kalau makan kat luar especially malam-malam, kami asyik ke kedai hampir sama. Kjee rasa buang duit jer nak menerai kedai yang kita tak pasti sedap.

Dah banyak bulan Kjee nak singgah kat warung or gerai my sis, Pengarah Norliza Ismail. Dia dah start meniaga sejak dua bulan lalu. Dan menu special dia ialah Gulai Daging Kawah! Kjee pernah dijamu gulai daging kawah masa dia buat open house tahun lepas. Memang sedap.

Kalau ke Terengganu, Kjee mesti singgah kat satu warung tepi jalan sempadan Pahang dan Ganu. Tak ingat nama kampung tu. Tapi Gulai Kawah Daging dia memang power!! So since lama tak ke sana, apabila terasa airtangan Liza buat Gulai Kawah Daging, ia cukup melepaskan kempunan Kjee.

Eh Liza orang KL, suami dia Kalam (vokalis kumpulan Sup dan kini juga pengarah drama), orang Johor camner pulak jual Gulai Kawah Daging Pantai Timur. Ya tak ye. Lupa nak tanya. Kalau korang gi makan situ tanyalah dia.

Liza ni memang terer masak. Dulu Kjee pernah duduk serumah dengannya. Masa dua-dua ibu tunggal.




Nasi Goreng Ayam Penyek




Mi Rebus Johor

Ayam Penyek



Zaman job shooting berkurangan, Liza yang Kjee kenal sangat sebagai seorang yang tak reti duduk diam, bukaklah warung ni di Seksyen 1, Wangsa Maju. Gerainya betul2 kat parking lot flats kat situ. Tepi jalan jer, opposite Rampai Business Park.

Malam tu, Kjee dan UnclePali singgah cari gerai Liza. Masa tu hujan renyai-renyai. Perut pun tengah lapar. Maka sedaplah jamu selera Gulai Daging Kawah Liza. Selain itu, dia buat jugak Gulai Kawah Ayam, Mi Rebus Johor, Ayam Penyek dan jugak Nasi Ayam Penyek.

Tak sempat nak buat panjang dengan Liza malam tu, sebab ramai sangat customer dia. Lagipun, Liza tukang masak utama. Suaminya Kalam, jugak tak menang tangan bantu Liza dan layan customer.

"Alhamdullilah Kjee. Sejak dua bulan yang lepas, sambutan sangat memuaskan. Liza bukak dari jam 6 petang sampai last customer. Kekadang sampai kul 4 pagi. Ramai kengkawan Artis yang lepak untuk supper," kata Liza.

Kekadang anak bujang dia Afiq akan bantu sama. Afiq pun tengah nak masuk kolej belajar jadi pengarah filem.

Kalau korang nak tahu camner rasa Gulai Kawah, singgahlah kat gerai Liza Kalam ni. Kjee suka sangat gulai kawah daging dia yang menepati citarasa.

Jadi kalau korang tak der kerja memalam buta, gilah lepak kat tempat Liza. Nanti terserempak ramai artis. Boleh le selfie. Hehehe

Oh lupa lak. Liza jugak ada jual pes Gulai Kawah. Mudah sangat dimasak. Letak santan dah jadi kuah dia. Tambah jugak ayam atau daging.




Gerai LizaKalam. Kat belakang tu Rampai Business Park.