Tampilkan postingan dengan label mi/mihun/kwayteow. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mi/mihun/kwayteow. Tampilkan semua postingan

Minggu, 31 Januari 2016

KWAY TEOW BEEF GINGER AIR TANGAN NADIA







Kali pertama Kjee makan Kway Teow Beef Ginger di The Hills Eatery di Wangsa Maju. Sedap sangat-sangat. Masa tu Nadia masih sekolah rendah di Taman Melawati. UnclePali belum wujud dalam hidup kami. Kami akan ke sana sekurang-kurangnya dua kali seminggu sebab suka sangat Kway Teow Beef Ginger mereka.

Kemudian satu hari, restoran tu hilang dari pandangan. Dah bungkus!! Punyalah kami kecewa. Kjee yakin tidak akan dapat rasa Kway Teow Beef Ginger sehebat di The Hills Eatery. Even kat Cosy Corner, Ampang Point pun tak boleh beat kehebatan di The Hills Eatery.

Satu hari, setelah berkahwin dengan UnclePali, kami singgah makan di Carrefour Wangsa Maju (sekarang Aeon Big). Ada orang jual Kway Teow Beef Ginger. Kjee punyalah excited. Tapi malangnya, ia tidak menepati citarasa kami.

Kemudian apabila kami meniaga di foodcourt Anjung Melawati, Kjee main-main aje buat Kway Teow Beef Ginger. Bukan untuk jual tapi untuk makan sendiri. Nadia kata sedap. Kjee suruh beberapa kawan rapat cuba. Mereka syorkan agar Kjee jadikan ia sebahagian menu tetap kami. And we didn't look back since.

Kway Teow Beef Ginger sangat diminati pelanggan kami. Malah, walaupun sudah lima atau enam tahun Kjee tak meniaga, kalau terserempak dengan customer dulu, especially pengarah Erma Fatima dan keluarga, pasti cerita pasal Kway Teow Beef Ginger Kjee menjadi topik utama perbualan. Hehehe.

Dah banyak kali Kjee suruh Nadia masak. Tapi entah kenapa tak pernah kesampaian. Bukannya susah nak buat pun. Atau pun sebab senang sangat nak buat maka dia pun berat nak masak. Hehehe.

Bahan penting dalam Kway Beef Ginger ialah daging. Kena guna daging batang pinang yang lembut. Daging lain tidak sesuai sebab daging batang pinang boleh dimasak dalam masak lima atau enam minit dan kelembutannya, terserlah.










Selain dari daging batang pinang, kway teow jugak memainkan peranan penting. Harus cari kway teow yang halus. Kalau yang tebal, rasanya akan lari.

Bahan-bahan lain untuk KT Beef Ginger hanya, bawang putih, halia muda dan kicap manis. Oppps jangan lupa air rebusan tulang ayam dan juga sedikit tepung jagung.

Oleh kerana Nadia hanya biasa masak untuk satu portion (seperti yang dilakukan masa tolong Kjee meniaga dulu), maka dia hanya guna lebih kurang satu genggam kecil kway teow, dua ulas bawang putih, dua tangkai daun bawang dan daging secukupnya. Daging dihiris nipis.

Tumis bawang putih yang telah diketuk-ketuk. Apabila naik bau, masukkan halia yang telah dihiris nipis. Halia perlu banyak sebab nama resipinya Beef Ginger kan? Hehehe. Untuk satu portion, Nadia hiris lebih kurang 2 inci halia muda.

Setelah halia garing, Nadia masukkan daging. Goreng hingga daging kecut. Oleh kerana guna api besar ala stir fry maka daging itu cepat masak dan masih lembut. Kemudian masukkan lebih kurang dua senduk kecil air rebusan ayam. Apabila sudah didih, masukkan lebih kurang dua sudu besar kicap manis. Nadia guna kicap Jalen. Jugak 1 sudu kecil kicap nampla atau fish sos atau kicap cair.

Apabila sudah mendidih, dia masukkan kway teow. Gaul pantas, masukkan lebih kurang 1½ sudu besar tepung jagung yang telah dicampur dengan satu sudu air rebusan ayam. Gaul pantas, campakkan lebih kurang ½ genggam daun bawang yang telah dipotong selebar 1½ inci. Gaul rata, padam api.

Hidangkan dengan cili padi yang telah dicampur sedikit kicap cair. Dan harus terus dimakan sebaik siap masak.





Minggu, 03 Januari 2016

NADIA BUAT MI HAILAM KESUKAAN MAMA






Kalau Nadia tanya nak makan apa-apa, dia akan masak, Kjee selalu teringat Mi Hailam air tangan dia. Sedap sangat! Tak boleh dapat kat mana-mana! Ramai yang pernah merasanya, memuji kesedapan Mi Hailam Nadia.

Ketawa dia apabila dipuji kerana baginya, Mi Hailam ni, budak sekolah rendah pun boleh buat. Mudah sangat. Bahan-bahannya basic sangat.

"Ala kan Mama yang ajar buat! Nadia ikut aje lah resipi masa kita niaga dulu," kata Nadia sambil kami makan berdua tadi.

Dia sebenar malu bila ada mintak resipi kat dia satu ketika dulu. Ala kicap lemak manis jer. mesti dia jawab. Tak adalah letak sos tiram bagai. Katanya, ada kawan-kawan dia tak percaya hanya guna kicap boleh jadi sedap macam tu. Whatever lah. Mungkin dia ada hembus-hembus masa memasak. Hehehe.

Tadi Kjee ke Hero Market dengan Nadia. Mi Hailam sedap kalau ada perencah udang dan ayam. Sampai Hero Market kat Taman Melawati, Kjee kecewa tengok udang yang halus-halus tapi harga RM32 sekilo.

"Tak payahlah Mama. Kita letak ayam aje."

So ini lah kejadian tadi. Tak ada udang maka kuranglah sikit serinya. But who cares! Asal sedapppp! Makan dengan cili hijau jeruk atau cili padi letak kicap cair, perghhhhh.

Resipinya korang INTAI SINI.






Selasa, 08 Desember 2015

KUEH TIAU SUP DAN AYAM KUKUS








Menu ni paling senang nak buat. Tapi Kjee jarang buat on weekdays sebab tak ada geng nak makan sesama. UnclePali kureng sikit bab noodle soup macam ni.

Tetapi oleh kerana Kjee dah terlebih gian nak makan, Kjee buat lah jugak tadi. Tapi kali ini Kjee buat bersama steam chicken. Hah  ayam kukus. Dulu-dulu, kalau buat Kjee letak udang besar-besar dan fish balls.

Ini first time Kjee try buat makan dengan steamed chicken. Ala-ala Pappa Rich gitu. Mesti ada korang yang pernah makan kat restoran tu. Tapi Kjee dah lama tak ke sana dan makan Kway teow soup dia orang. Entahlah, the last time pergi, ayam dia ada bau hanyir sikit. Full stop.

Tadi Kjee ke pasar dan beli dua rangka ayam. Kemudian Kjee beli chicken thighs kat Ayam Mas. Ayam Mas tak ada jual rangka ayam. Balik rumah terus cuci rangka ayam dan rebus lebih kurang dua jam.

Sejam setengah kemudian, Kjee letak bamboo steamer atas periuk rebusan ayam. Ayam yang telah Kjee perap dengan sedikit garam, diletak dalam pinggan dan dikukus.. UnclePali kata cerdik. Isyhhhh mestilah. Hehehe. Ayam siap kukus, sup pun dah masak kan? Tepikan bamboo steamer.









Kjee cincang 5 ulas bawang putih halus-halus dan goreng guna sedikit minyak jagung campur sedikit minyak bijan. Apabila sudah keperangan-perangan (jaga jangan hangus nanti pahit), Kjee keluarkan bawang putih dan letak dalam mangkuk kecik. Minyak bersama sedikit bawang putih, Kjee curah dalam stok rangka ayam tadi. Didihkan semula.

Didalam stok tersebut (tak perlu keluarkan rangka ayam), Kjee letak lada hitam. Kjee guna jenama Ajishio. So its Ajishio Black Pepper. Kjee letak dalam dua sudu. Kemudian Kjee tambah jugak fish sos atau Nampla iaitu kicap cair Thai. Biar secukup rasa. Perlahankan api. Kalau suka boleh letakjugak dalam dua inci halia yang diketuk-ketuk.

Dalam mangkuk, letakkan segenggam kueh tiau halus. Kena jenis halus baru sedap. Kemudian letak sejemput taugeh dan kucai. Kalau tak suka kucai, boleh jugak letak sawi (celur sikit dalam air panas).

UnclePali tolong cincang ayam kukus. Kalau Kjee cincang, habis hancur berderai. Hehehe. UnclePali susun ayam tu bersama daun bawang dan cili merah hiris.








Tuangkan sup yang tengah mendidih kedalam mangkuk yang mengandungi kueh tiau, taugeh dan kucai. Kjee jugak kukus hati ayam bersama ayam tadi. Hiris-hiris dan letak dalam mangkuk bersama kueh tiau.

Sup yang panas akan melecurkan taugeh dan kucai.

Makan dengan cili merah atau cili padi yang telah direndam dengan kicap cair. Jugak letak sedikit bawang putih goreng didalam mangkuk. Sedap.

Itu jer Kueh Tiau Sup versi Kjee. Masa Kjee meniaga di Anjung Melawati dulu, ini antara menu favorite.

NOTA KAKI:
Kalau tak ada AjiShio Pepper, letak lada hitam tumbuk. Tapi kalo letak, sedap.











Jumat, 30 Oktober 2015

BIHUN GORENG TAYBA







Pejam celik, pejam celik dah tiba ke hari terakhir bulan Oktober. Dua bulan aje lagi tahun 2015 nak tinggalkan kita. Rasa cam baru kita sambut tahun baru.

Apa kena mengena dengan entri arini? Tak ada kena mengena pun. Hanya pepagi dah rasa boring. Tadi dah pekena satu piring bihun. Goreng biasa-biasa jer. Selalu Kjee letak udang tapi hari ini isi ayam jer sebab UnclePali kena gout teruk. So tak boleh makan seafood. Kami pun kena pantang sekali.

Sejak diperkenalkan dengan Bihun Tayba yang diusahakan oleh sebuah grup Orang Kurang Upaya, Kjee asyik teringat aje nak makan Bihun Goreng. Tekstur Bihun Tayba memang lain daripada yang pernah Kjee makan selama ini. Kenyal dan sedap.







Pagi tadi, lepas Subuh, apabila teringat hendak makan Bihun Goreng, Terus Kjee ke dapur dan rendam Bihun Tayba dalam air panas. Sekejap jer. Dalam 5 atau 6 minit. Kemudian toskan airnya. Jangan dilalukan bawah air. Ini untuk beri peluang kepada kepanasan pada Bihun tu terus melembutkannya.

Sebaik sahaja Bihun tu ditoskan, Kjee dah siap bahan-bahan untuk menumis. Tadi Kjee guna sebiji bawang besar dan tiga ulas bawang putih. Tumbuk halus. Biasa letak udang kering tapi hari ni tak boleh letak. Kalau nak pedas, tumbuk sekali cili padi.

Kemudian panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk dan lebih kurang dua sudu cili kering kisar. Dah terbit minyak, masukkan isi ayam (atau apa sahaja yang korang ada). Goreng sampai ayam tu kecut, kemudian masukkan sawi. Lepas tu Kjee letak sedikit sos cili dan kicap ikan (kicap cair). Dah gaul sebati, masukkan bihun.

Dadarkan dua biji telor dan hiris. Tabur atas bihun goreng. Kalau ada bawang goreng, boleh jugak taburkan selain daun sup dan daun bawang sebagai hiasan.








Ni nak cerita pulak pasal Bihun Tayba. Keunikannya ialah, ia tidak lembik apabila dimasak. Justru, tidak akan cepat basi macam bihun jenis lain. Seperkara lagi, Bihun Tayba ni hasil kilang orang kita. Jadi, kebersihannya, Insya Allah, terjamin.

Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca DISINI. Kalau kita tak sokong product keluarga kawan-kawan yang OKU (Kjee suka gelarkan mereka Orang Kuat Usaha), siapa lagi kan?






Sabtu, 19 September 2015

MIHUN GORENG BUKAN BODOH... HEHEHE








Tiap kali Kjee masak Mi ataupun Mihun Goreng Bodoh, ramai terjerit! "Tang mana bodohnya?" tanya mereka! Oppppsss salah ker? Kjee bab macam ni memang kureng sikit. Orang kata mihun atau mi goreng bodoh, Kjee ikut ajelah.

Apa sebenarnya Mi atau Mihun Goreng Bodoh?

Ada yang kata, ia digoreng gitu-gitu jer. Tak ada bubuh apa-apa perencah. Eh biar betul! Macam mana orang boleh kata Mihun atau Mi Goreng Bodoh tu sedap, kalau tak ada perencah?!!

Macam Mihun Goreng yang Kjee buat pagi tadi. Tak ada banyak pun perencah yang Kjee letak. Kjee tumbuk bawang putih dan bawang merah bersama sedikit udang kering. Kemudian Kjee selongkar peti ais. Cuma ada udang halus (tak lah halus sangat) yang telah dibersihkan, sebanyak segenggam.









Kemudian cari pulak cili kisar. Jumpalah dalam dua sudu. Sawi pun ada dalam tiga tangkai. Mihun jenama Tayba pulak ada dalam ½ peket. Okaylah tu kan untuk sarapan kami tiga beranak.

Maka itulah kejadian untuk sarapan pagi tadi. Selepas siap masak, Kjee buat telor dadar nipis (guna dua biji telor). Bila dah sejuk, Kjee hiris-hiris dan tabur atas mihun yang dah siap masak.

Selepas ini nampaknya, tak lah boleh panggil Mihun Goreng Bodoh lagi kan? Sebab ada kata Kjee bubuh lauk (lauk?) so bukan masuk dalam kategori Mihun Goreng Bodoh. Hehehe suka ati korang lah.






Selasa, 01 September 2015

PFKT...APA TU?






Kalau hari mendung dan Kjee malas nak masak, inilah yang Kjee akan request kat UnclePali. Dan dia jarang menolak sebab dia pun suka! Yezzaaa... Penang Fried Kway Teow (PFKT).

Ini favorite food Kjee sejak kecik. Masa kecik-kecik dulu, kami sekeluarga pernah tinggal di Taiping. Selalu bapak bawak pergi makan kat tepi Panggung Lido. Justru orang panggil Kway Teow Goreng Lido.

Sedapnya Kway Teow Goreng kat tepi panggung Lido tu, susah nak cerita. Walaupun dah berpuluh tahun, Kjee masih boleh ingat rasanya. Sekarang ada orang Tepeng jual kwayteow goreng yang diterbalikkan namanya dari Lido ke Doli. Maaf... Kjee pernah try Kway Teow Doli. Cannot beat Lido punya!!!

And, my husband buat pun lagi sedaplah. Bukan nak masuk bakul angkat sendiri. Tapi his Penang Fried Kway Teow is honestly, very sedap! Of course its my recipe tapi air tangan dia buat PFKT ni, terangkatlah babe!








Dia masak satu portion setiap kali. Dia kata masak banyak-banyak sekali gus tak sedap. Walaupun, Kjee jemput ramai kengkawan datang makan PFKT ni kat rumah, UnclePali dan Nadia tetap bergilir-gilir masak, satu portion setiap kali!

Psstttt ada jiran di kawasan perumahan kami, seorang Timbalan Menteri pun datang untuk makan PFKT UnclePali ni tau, di rumah Kjee, dua Raya lepas. Tak payahlah sebut sapa. Tapi dulu sebelum menjadi Timbalan Menteri, beliau pernah makan di gerai Kjee di Food Court Taman Melawati. His family turut suka PFKT kami! Hehehe.

Kalau dulu UnclePali masak guna sambal tumis, sekarang dia dah malas. Dia bubuh cili kisar kosong jer. Tapi rasa tetap maintain sedap, gua cakap lu.

Nadia pulak pernah ajar cara buat PFKT ni step by step. Klik SINI.

PFKT Kjee ni tak guna kicap khas. Pakai jer kicap manis apa yang ada kat rumah korang. Jugak mesti ada kicap cair. Kjee guna Thai Fish sauce atau Nampla. Sedap. Tak ada pun tak kesahlah. Kita buat dia.