Tampilkan postingan dengan label chinese food. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label chinese food. Tampilkan semua postingan
Minggu, 31 Januari 2016
KWAY TEOW BEEF GINGER AIR TANGAN NADIA
Kali pertama Kjee makan Kway Teow Beef Ginger di The Hills Eatery di Wangsa Maju. Sedap sangat-sangat. Masa tu Nadia masih sekolah rendah di Taman Melawati. UnclePali belum wujud dalam hidup kami. Kami akan ke sana sekurang-kurangnya dua kali seminggu sebab suka sangat Kway Teow Beef Ginger mereka.
Kemudian satu hari, restoran tu hilang dari pandangan. Dah bungkus!! Punyalah kami kecewa. Kjee yakin tidak akan dapat rasa Kway Teow Beef Ginger sehebat di The Hills Eatery. Even kat Cosy Corner, Ampang Point pun tak boleh beat kehebatan di The Hills Eatery.
Satu hari, setelah berkahwin dengan UnclePali, kami singgah makan di Carrefour Wangsa Maju (sekarang Aeon Big). Ada orang jual Kway Teow Beef Ginger. Kjee punyalah excited. Tapi malangnya, ia tidak menepati citarasa kami.
Kemudian apabila kami meniaga di foodcourt Anjung Melawati, Kjee main-main aje buat Kway Teow Beef Ginger. Bukan untuk jual tapi untuk makan sendiri. Nadia kata sedap. Kjee suruh beberapa kawan rapat cuba. Mereka syorkan agar Kjee jadikan ia sebahagian menu tetap kami. And we didn't look back since.
Kway Teow Beef Ginger sangat diminati pelanggan kami. Malah, walaupun sudah lima atau enam tahun Kjee tak meniaga, kalau terserempak dengan customer dulu, especially pengarah Erma Fatima dan keluarga, pasti cerita pasal Kway Teow Beef Ginger Kjee menjadi topik utama perbualan. Hehehe.
Dah banyak kali Kjee suruh Nadia masak. Tapi entah kenapa tak pernah kesampaian. Bukannya susah nak buat pun. Atau pun sebab senang sangat nak buat maka dia pun berat nak masak. Hehehe.
Bahan penting dalam Kway Beef Ginger ialah daging. Kena guna daging batang pinang yang lembut. Daging lain tidak sesuai sebab daging batang pinang boleh dimasak dalam masak lima atau enam minit dan kelembutannya, terserlah.
Selain dari daging batang pinang, kway teow jugak memainkan peranan penting. Harus cari kway teow yang halus. Kalau yang tebal, rasanya akan lari.
Bahan-bahan lain untuk KT Beef Ginger hanya, bawang putih, halia muda dan kicap manis. Oppps jangan lupa air rebusan tulang ayam dan juga sedikit tepung jagung.
Oleh kerana Nadia hanya biasa masak untuk satu portion (seperti yang dilakukan masa tolong Kjee meniaga dulu), maka dia hanya guna lebih kurang satu genggam kecil kway teow, dua ulas bawang putih, dua tangkai daun bawang dan daging secukupnya. Daging dihiris nipis.
Tumis bawang putih yang telah diketuk-ketuk. Apabila naik bau, masukkan halia yang telah dihiris nipis. Halia perlu banyak sebab nama resipinya Beef Ginger kan? Hehehe. Untuk satu portion, Nadia hiris lebih kurang 2 inci halia muda.
Setelah halia garing, Nadia masukkan daging. Goreng hingga daging kecut. Oleh kerana guna api besar ala stir fry maka daging itu cepat masak dan masih lembut. Kemudian masukkan lebih kurang dua senduk kecil air rebusan ayam. Apabila sudah didih, masukkan lebih kurang dua sudu besar kicap manis. Nadia guna kicap Jalen. Jugak 1 sudu kecil kicap nampla atau fish sos atau kicap cair.
Apabila sudah mendidih, dia masukkan kway teow. Gaul pantas, masukkan lebih kurang 1½ sudu besar tepung jagung yang telah dicampur dengan satu sudu air rebusan ayam. Gaul pantas, campakkan lebih kurang ½ genggam daun bawang yang telah dipotong selebar 1½ inci. Gaul rata, padam api.
Hidangkan dengan cili padi yang telah dicampur sedikit kicap cair. Dan harus terus dimakan sebaik siap masak.
Senin, 25 Januari 2016
KASTAD TELOR CHINESE STAIL
Dah lama Kjee cari resipi ni. Ia ala-ala Cawan Musyi, kastad telor Jepun yang sangat sedap. Kalau pergi ke restoran Jepun, memang wajib kami order sorang satu mangkuk. Kjee pernah tengok resipi cawan musyi tapi ia memerlukan banyak bahan Jepun. Kjee tak tau camner nak beli sebab tiap ke Jaya Grocer, Kjee nampak banyak bahan-bahan dari Jepun. Malangnya, tak reti nak baca. Semua dalam bahasa dia orang. Hehehe.
Malah Kjee pernah buat Cawan Musyi satu ketika dulu. Tapi hasilnya tak sama sebab tak letak bahan-bahan yang dicatatkan dalam resipi.
Jadi, apabila Kjee nampak Chinese Egg Custard di blog Elaine Sichuan China, Kjee cukup teruja. Kata Elaine, ia sangat popular di China. Popular dikalangan mereka yang dah tua dan yang sakit. Tak boleh makan makanan keras.
Maka Kjee pun amati resipi. Amat mudah. Hanya perlu 3 biji telor, air, garam dan minyak bijan! Cawan Musyi yang selalu Kjee makan, diletak udang serta hirisan halus cendawan. Diletak stok dashi (ikan yang dikeringkan) yang buat hidangan itu cukup sedap.
Tetapi oleh kerana mahu belajar buat kastad telor ini, maka Kjee ikut resipi asal. Cuma garam Kjee gantikan dengan fish sos Thai atau nampla. Dan Kjee gandakan ramuannya sebab kata Elaine, tiga biji telor hanya jadi 2 mangkuk. Kjee buat jadi enam mangkuk. Mungkin mangkuk Kjee kecil sedikit.
Hasilnya? Hmmm kastad telor ini cukup basic. Lain kali kalau Kjee buat, Kjee akan letak udang dan jugak cendawan. Kalau nak letak isi ayam, ia harus dirick nipis-nipis kerana waktu mengukusnya cukup singkat. Lebih kurang 12 minit sahaja!
Selain itu, jika mahu letak kiub ayam untuk menjadikan ia lebih sedap dan berperisa, tak perlu letak garam ataupun kicap.
Jom kita lihat resipinya.
CHINESE EGG CUSTARD
sumber: Blog Sichuan China
BAHAN-BAHAN
3 biji telor ayam
1 cawan air (225ml)
garam secukup rasa
beberapa titis minyak bijan
daun bawang
CARA:
1. Jerang air dalam kukusan. Apabila air sudah mendidih, perlahankan api hingga paling rendah.
2. Pukul telor hingga sebati. Tapis.
3. Masukkan air. Hati-hati. Kacau perlahan satu arah sahaja hingga air dan telor bersatu.
4. Masukkan garam.
5. Tuang perlahan-lahan dalam bekas. Biarkan ia rehat dalam 5 minit untuk pastikan tiada buih lagi dalam adunan.
6. Kalau guna bekas berpenutup, boleh tutup dan letak bekas dalam kukusan. Sekiranya tiada, tutup dengan alluminium foil. Ini untuk elak air menitis. Kalau guna kukusan bamboo, tidak akan ada titisan.
7. Naik sedikit api. Jangan terlalu besar sebab kastad akan mengelembung dan jadi kasar.
8. Kukus lebih kurang 12 minit atau sehingga kastad tu elok menjadi.
Kalau letak udang dan cendawan, masukkan ke dalam bekas setelah dituang kastad. Dan dikukus.
Selamat mencuba.
Minggu, 24 Januari 2016
TAU MIU GORENG BERSAMA CENDAWAN ENOKI
Kombinasi cendawan Enoki yang berasal dari Jepun dengan Pea Sprouts atau dikenali dengan nama Tau Miu, yang menarik. Sebelum ini, Kjee hanya goreng Tau Miu sahaja. Goreng kosong letak bawang putih atau letak sekali udang.
Pagi tadi ketika Nadia ke Hero Market, Kjee suruh dia beli satu peket Tau Miu. Ia sayuran sekelompok dengan taugeh. Rasanya lebih kurang sama. Cuma warnanya hijau dan kepalanya ada daun. Hari tu Kjee dah beli dua peket cendawan Enoki.
Kjee hanya masak secara stir fry. Tau Miu dipilih, dicuci dan ditos. Kemudian Cendawan Enoki, dikerat pangkalnya yang keras dan dilerai-lerai. Tak perlu cuci.
Kjee ketuk 3 ulas bawang putih, panaskan lebih kurang dua sudu besar minyak jagung dan beberapa titis minyak bijan. Apabila sudah panas, masukkan bawang putih dan goreng hingga keperang-perangkan. Jangan sampai hangus. Kemudian masukkan Tau Miu dan goreng sekitar 5 minit atau sehingga ia menjadi lembut. Masukkan cendawan dan kicap cair. Kjee guna fish sosThai.
Golek-golek seminit dua, kemudian padam api.
Letak dalam pinggan/mangkuk dan taburkan lada sulah. Sedap dihidang ketika masih panas. Kjee suka ratah jer.
Kjee pernah buat letak udang dan cendawan tiram. Klik SINI.
Jumat, 08 Januari 2016
AYAM KICAP MADU SELASIH
Sejak tengok Taiwanese Three Cup Chicken di Asia Food Channel (AFC) hari tu, Kjee asyik teringat aje. Tetapi antara bahan-bahan penting yang harus dimasukkan dalam makanan itu ialah Chinese Rice Wine.
Kjee google untuk cari alternatif kepada CRW tetapi rata-rata, hanya boleh diganti dengan dry Sherry. Hmmm lagi nahas. Arak tu. Kemudian, Kjee cuba jugak fikir samada mahu gantikan dengan air tapai sebab CRW adalah penapaian air beras. Jenuh pulak nak cari orang jual air tapai.
Akhirnya, Kjee buat keputusan guna Apple Cider atau cuka epal.
Nyata sekali pengunaan Apple Cider, pilihan tepat. Kjee juga tokok tambah bahan-bahan sendiri. Resipi asal Three Cup Chicken hanya kicap cair, sedikit kicap hitam, bawang putih, halia dan tentunya ayam. Satu lagi bahan penting, daun selasih atau Thai sweet Basil. Resipi asal juga guna cili padi Thai.
Sambil masak, Kjee tokok tambah. Keputusannya amat memuaskan. Dah tak boleh panggil Taiwanese Three Cup Chicken lagi sebab bahan-bahannya dah berubah. Kjee letak apa sahaja mengikut naluri atau instinct. Tetapi Kjee pastikan semuanya disukat dengan betul. Manalah tahu kalau sedap, sekurang-kurangnya Kjee dah ada resipi kan? Hehehe.
Kjee guna lebih kurang 500 gms ayam yang dipotong sebesar 2 inci atau bite sizes. Kemudian ayam tersebut digoreng separuh masak guna minyak yang sedikit. Tepikan.
Kjee hiris lebih kurang 4 inci halia serta 8 ulas bawang putih. Panaskan kuali yang sama goreng ayam tadi. Tambah lebih kurang dua sudu besar minyak bijan (sesame oil). Apabila sudah panas, goreng halia hingga garing. Kemudian masukkan bawang putih dan goreng lagi sampai warnanya menjadi keperang-perangkan.
Masukkan ayam, dua cawan air dan rendidih guna api perlahan.
Kjee kemudian memasukkan 2 sudu besar kicap lemak manis, 1 sudu kecik kicap pekat hitam (kicap ini tiada rasa), 2 sudu kicap cair (Kjee guna fish sauce), 2 sudu sudu besar apple cider dan 2 sudu madu. Kacau sampai rata.
Kemudian apabila melihat kuahnya semakin kering, Kjee tambah satu lagi cawan air dan rendidih perlahan sehingga ayam elok empok. Ketika ini Kjee masukkan 5 biji cili padi yang telah dibelah dua. Kjee guna cili padi Bangla yang merah dan pedas.
Apabila kuahnya sudah hampir kering, Kjee campur 1 sudu kecik tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan ke dalam kuali. Besarkan api dan kacau pantas-pantas. Sebelum padam api, masukkan daun selasih. Banyak mana Daun Selasih, ikut suka tetapi Kjee suka letak banyak.
Gaul hingga daun layu dan hidangkan.
Kjee suka sangat dengan hasilnya. Rasanya ada pedas, manis dan masin. Ini resipi baru Kjee yang Kjee akan buat berulang kali nanti. Kalau suka boleh tabur kacang goreng (kacang tanah) atau kacang gajus. Tadi lupa nak letak. Hehehe
Selamat mencuba.
Kamis, 24 Desember 2015
TART TELOR HONG KONG
A few days ago, ada seorang pembaca blog Kjee ni, email mintak resipi Hong Kong Egg Tarts. Katanya, dia pernah buat resipi yanag Kjee masukkan di sini dulu. Tapi sekarang sudah tak jumpa. Memang tak boleh jumpa sebab Kjee dah padam. Pemilik resipi tu banyak sangat songeh. Jadi, Kjee terus keluarkan entri tersebut.
Apapun, Kjee telah guna resipi itu untuk menjual Hong Kong Egg Tarts dulu. Memang mendapat sambutan yang hangat. Ramai jugak yang guna resipi itu untuk meniaga. Justru, Kjee malas lah nak niaga lagi.
Berbalik kepada Norlaila yang berasal dari Kuching, Sarawak, emailnya itu membuat Kjee teruja pulak nak buat Hong Kong Egg Tarts ini. Kjee dah simpan resipi ini agak lama. Kjee rasa memang akan menjadi seperti resipi dulu kerana Kjee amati semua resipi dalam blog tersebut. Dan nampak pemilik tersebut ikhlas berkongsi resipi.
Cuma resipi ini dikatakan cukup untuk 8 biji egg tarts. Dia tak kata pulak besar mana saiznya. Jadi, Kjee main hantam sahaja guna acuan yang Kjee guna dulu untuk meniaga. Alhamdullilah ngam-ngam dapat 8 biji. Dan adunan kastadnya jugak elok-elok saja untuk 8 biji tart egg tarts. Resipi sebelum ini, banyak pembaziran kastadnya!
Dan apabila keluar dari oven tadi, memang puas hatilah dengan kejadiannya. Sebiji macam resipi yang dulu. Dan kastadnya kini lebih ringan dan sedap.
Hong Kong Egg Tarts memang rapuh. Jadi, hati-hati ketika mengeluarkan dari acuannya.
![]() |
| Ini acuan yang Kjee guna. Adunan dapat 8 biji. |
HONG KONG EGG TARTS
Sumber: China Sichuan Food
KASTAD
2 biji telor (dipukul dan keluarkan 1 sudu besar untuk pastri)
90ml air panas
35gms gula halus
2 sudu besar susu cair
sedikit vanilla
secubit garam (Kjee tak letak)
setitis pewarna kuning (Kjee tambah)
Gula dimasukkan ke dalam air panas. Apabila sudah larut, masukkan susu cair. Kacau rata kemudian masukkan telor yang telah dipukul. Tapis. Tepikan.
PASTRI
90gms tepung kek (Kjee guna tepung gandum)
50 gms unsalted butter (Kjee guna salted butter)
25gms gula icing (Kjee letak 1 sudu sahaja)
1 sudu telor (yang diasingkan dari kastad tadi)
secubit garam (Kjee tak letak)
sedikit vanilla (Kjee tak letak)
Campur tepung dan gula icing. Kalau nak ayak bolehlah. Kemudian ramas butter bersama tepung hingga menjadi serbuk roti. Letak 1 sudu besar telor tadi. Uli perlahan-lahan hingga menjadi doh. Adunan ini agak lembik. Jangan tambah tepung. Tapi boleh lumurkan sedikit tepung di jari ketika mengulinya.
Bulatkan doh, bungkus dalam plastic wrap dan simpan selama ½ jam dalam peti ais. Kalau nak rehatkan lebih lama lagipun ok. Tujuannya untuk mudahkan ia dibentuk ke dalam acuan nanti.
Keluarkan doh dan bahagi kepada 8 bahagian. Terapkan dalam acuan. Kjee rehatkan lagi dalam peti ais selama ½ jam.
Panaskan ketuhar. Set kepanasan ke 200 darjah.
Susun pastri yang telah diterap ke dalam acuan. Kemudian tuangkan adunan kastad ke paras ¾ pastri. Bakar selama 15 hingga 20 minit. Di lima minit terakhir, turunkan suhunya ke 150 darjah. Ini untuk elakkan kastad mengelembung.
Ianya siap setelah kastad mengeras. Dan dianggap berjaya kalau tidak mengelembung. Hehehe.
Keluarkan dari acuan setelah ia sejuk sedikit.
NOTA KAKI:
Kjee ikut resipi asal tanpa bakar kulitnya secara blind bake. Ada kata lebih suka kulitnya garing. Terserahlah.
Kamis, 17 Desember 2015
AYAM KUNG PAO DAN SICHUAN CHICKEN SAMA DAN SERUPA
Lauk ini ada beberapa versi. Namanya pun tak sama. Agaknya mengikut daerah di negeri China. Hanya rasanya sama. Kjee panggil Sichuan Chicken. Rupa-rupanya, ia jugak digelar Chicken Kung Pao.
Selalu kalau menjamu selera di Restoran Group Base, Sri Damansara, Kjee terpandang Chicken Kung Pao dalam menu. Rasa macam nak cuba tapi setiap kali ke sana, dah ada dalam perancangan apa yang harus dimakan. Jadi, Chicken Kung Poa ini akan Kjee kata, lain kali datang kita order.
Nasib baik tak order kerana Ayam Kung Pao dan Sichuan Chicken, makanan yang sama. Hehehe.
Kjee masak Chicken Kung Pao ni sebab semua bahan-bahan ada dalam peti ais. Cuma Kjee tak letak kacang sebab tak ada stok. Kalau letak kacang memang sedap. Selalunya, Kjee letak kacang gajus.
Masaknya secara stir fry atau masak cara pantas. Kalau stir fry, bahan-bahannya perlu disiapkan sebelum mula memasak.
Bahan-bahan yang Kjee gunakan seperti dibawah.
KUNG PAO CHICKEN/SICHUAN CHICKEN
2 keping dada ayam (dihiris nipis)
1 labu bawang besar (dibelah 4 dan dicerai-ceraikan)
4 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci halia (dihiris nipis)
½ biji capsicum merah (dadu)
½ bji capsicum hijau (dadu)
6 biji cendawan putih segar (potong 4)
1 sudu besar sos hoisin (optional)
1 sudu besar sos tiram (kalau tak letak Hoisin, letak 2 sudu besar)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecik minyak bijan
Setelah bahan-bahan semua sedia, campurkan sos Hoisin, sos Tiram, minyak bijan dan tepung jagung dalam mangkuk kecik. Letak lebih kurang 3 sudu air. Campur rata.
Panaskan kuali. Guna api besar. Letak lebih kurang 2 sudu besar minyak dan tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga naik wangi. Kemudian masukkan ayam dan masak hingga ayam kecut. Ayam harus kelihatan kering. Kemudian curahkan sos yang telah dibancuh.
Kacau pantas-pantas. Setelah kuah pekat, masukkan cili capsicum dan cendawan. Kacau lagi pantas-pantas.
Kena makan semasa ia panas dengan nasi putih.
Kjee letak jugak sedikit kicap hitam (tiada rasa) untuk tambah warna kepada lauk ini. Kalau tak letak pun ok. Kalau suka bolehlah letak sedikit kicap lemak manis.
Rabu, 09 Desember 2015
BABY KAILAN IKAN MASIN
Sayur bukan resipi favorite semua orang. Tapi, Kjee dan Nadia tak boleh hidup tanpa sayur. Makan nasi tanpa sayur rasa macam tak lengkap hidangan.
Ini antara a must order kalau pergi Restoran Tomyam. Kailan Goreng Ikan Masin. Kjee suka sayur kailan yang masih kecik. Yang dah tua, daunnya pahit dan batangnya keras. Justru, Kjee akan beli hanya Baby Kailan.
Tak susah memasaknya. Cuma Kjee pernah dinasihatkan oleh seorang kawan berbangsa Cina supaya rendam lama sikit sayur itu sebelum dimasak. Khabarnya, penanam sayur letak banyak racun serangga. So, Kjee selalu rendam sejam dua dan bilas dengan banyak air.
Walaupun baby kailan, namun pasti ramai buang batangnya kerana kelihatan keras. Kjee suka sangat batang kailan. Dibuang kulit luar dan dihiris serong.
Kjee hanya guna bawang putih dan sos tiram untuk menggorengnya. Tumis hirisan bawang putih (kjee suka letak hingga 6-7 ulas), kemudian masukkan dulu batang sayur. Apabila sudah berubah warna, baru masukkan dedaunnya. Masukkan sos tiram, Goreng hingga dedaun lembut dan letak dalam pinggan. Titiskan sedikit minyak bijan.
Kemudian Kjee goreng ikan masin. Kali ni Kjee guna Ikan Masin Gelama yang telah dijeruk. Goreng sampai garing, ramas-ramaskan isinya dan tabur atas sayur ketika hendak dihidang.
Itu jer. Kjee dan Nadia selalu ratah aje sayur ini.
Selasa, 08 Desember 2015
KUEH TIAU SUP DAN AYAM KUKUS
Menu ni paling senang nak buat. Tapi Kjee jarang buat on weekdays sebab tak ada geng nak makan sesama. UnclePali kureng sikit bab noodle soup macam ni.
Tetapi oleh kerana Kjee dah terlebih gian nak makan, Kjee buat lah jugak tadi. Tapi kali ini Kjee buat bersama steam chicken. Hah ayam kukus. Dulu-dulu, kalau buat Kjee letak udang besar-besar dan fish balls.
Ini first time Kjee try buat makan dengan steamed chicken. Ala-ala Pappa Rich gitu. Mesti ada korang yang pernah makan kat restoran tu. Tapi Kjee dah lama tak ke sana dan makan Kway teow soup dia orang. Entahlah, the last time pergi, ayam dia ada bau hanyir sikit. Full stop.
Tadi Kjee ke pasar dan beli dua rangka ayam. Kemudian Kjee beli chicken thighs kat Ayam Mas. Ayam Mas tak ada jual rangka ayam. Balik rumah terus cuci rangka ayam dan rebus lebih kurang dua jam.
Sejam setengah kemudian, Kjee letak bamboo steamer atas periuk rebusan ayam. Ayam yang telah Kjee perap dengan sedikit garam, diletak dalam pinggan dan dikukus.. UnclePali kata cerdik. Isyhhhh mestilah. Hehehe. Ayam siap kukus, sup pun dah masak kan? Tepikan bamboo steamer.
Kjee cincang 5 ulas bawang putih halus-halus dan goreng guna sedikit minyak jagung campur sedikit minyak bijan. Apabila sudah keperangan-perangan (jaga jangan hangus nanti pahit), Kjee keluarkan bawang putih dan letak dalam mangkuk kecik. Minyak bersama sedikit bawang putih, Kjee curah dalam stok rangka ayam tadi. Didihkan semula.
Didalam stok tersebut (tak perlu keluarkan rangka ayam), Kjee letak lada hitam. Kjee guna jenama Ajishio. So its Ajishio Black Pepper. Kjee letak dalam dua sudu. Kemudian Kjee tambah jugak fish sos atau Nampla iaitu kicap cair Thai. Biar secukup rasa. Perlahankan api. Kalau suka boleh letakjugak dalam dua inci halia yang diketuk-ketuk.
Dalam mangkuk, letakkan segenggam kueh tiau halus. Kena jenis halus baru sedap. Kemudian letak sejemput taugeh dan kucai. Kalau tak suka kucai, boleh jugak letak sawi (celur sikit dalam air panas).
UnclePali tolong cincang ayam kukus. Kalau Kjee cincang, habis hancur berderai. Hehehe. UnclePali susun ayam tu bersama daun bawang dan cili merah hiris.
Tuangkan sup yang tengah mendidih kedalam mangkuk yang mengandungi kueh tiau, taugeh dan kucai. Kjee jugak kukus hati ayam bersama ayam tadi. Hiris-hiris dan letak dalam mangkuk bersama kueh tiau.
Sup yang panas akan melecurkan taugeh dan kucai.
Makan dengan cili merah atau cili padi yang telah direndam dengan kicap cair. Jugak letak sedikit bawang putih goreng didalam mangkuk. Sedap.
Itu jer Kueh Tiau Sup versi Kjee. Masa Kjee meniaga di Anjung Melawati dulu, ini antara menu favorite.
NOTA KAKI:
Kalau tak ada AjiShio Pepper, letak lada hitam tumbuk. Tapi kalo letak, sedap.
Minggu, 06 Desember 2015
SUP AYAM JAGUNG MANIS
![]() |
| Abaikan jari jemari king kong. Hehehe |
Dah banyak kali Nadia sebut pasal Sweet Corn Soup, tiap kali kami melintasi sebuah restoran di Setapak yang kini sudah tiada. Kalau ke restoran tersebut, Nadia mesti order satu mangkuk
So, Kjee pun cam biasa, google. Jumpa banyak resipi Sweet Corn Soup kat internet. Ada yang Chinese style, ada yang Mat Salleh style. Tapi, Kjee pilih satu Chinese style dan cam biasa, tokok tambah untuk sesuaikan dengan citarasa Nadia.
Taklah banyak diubahsuai. Cuma Kjee guna air rebusan ayam. Kjee bubuh ayam carik untuk sup ini. Yang makan di restoran, tak bubuh ayam carik. Tapi, kita yang buat kan? So suka atilah kita nak letak apa. Karang Kjee bagitau apa yang yang sedap kalau diletak dalam sup ni.
Pada Kjee, sup ini is very healthy. Tak ada guna minyak langsung! Main lebur jer semua dalam periuk!
Oleh kerana Kjee nak guna ayam yang dicarik-carik, Kjee rebus satu keping ayam (bahagian thigh) yang ada sikit sahaja isi. Rebus sampai ayam tu masak. Kjee rebus dalam lebih kurang 3 mangkuk (chinese rice bowls) air. Dah siap ayam tu di rebus, sup tu tinggal dua mangkuk. Tapis ambil airnya untuk buat stok. Ayam tu dicarik-carik sampai halus.
Stok ayam diletak dalam periuk. Panaskan dan masukkan 1 tin jagung manis berkerim termasuk jusnya sekali. Didihkan. Masukkan jugak 1 kiub ayam. Kjee guna Knorrs.
Sementara tunggu stok dan jagung tu mendidih, Kjee bancuh dua sudu tepung jagung dengan 4 sudu air. Kemudian pecahkan dua biji telor dan pukul manja-manja.
Apabila sudah mendidih, perlahankan sedikit api dan curahkan air tepung jagung. Kacau pantas-pantas. Bila dah pekat, cepat-cepat tuang telor ke dalam sup tadi. Kacau perlahan-lahan sehingga telor kelihatan bertali. Masukkan ayam carik dan kacau rata. Padam api.
Kjee tak letak garam sebab chicken cube sudah cukup rasa. Tapi kalau nak letak kicap cair, pun boleh lah. Kalau nak letak lada sulah pun orite.
Harus dihidang panas-panas. Serve immediately.
Kalau korang yang biasa makan sup sharks fin, rasanya sikit lebih kurang ler. Cuma, oleh kerana Kjee guna jagung manis, maka rasanya ada sedikit manis.
Cubalah buat. Insya Allah anak-anak, suka.
Ehhh tengah menaip ni, Kjee terfikir, kalau letak telor asin (yang kuning jer) pun sedap. Of course, telor asin tu direbus dulu, pastu kuningnya sahaja dilenyek-lenyekkan dan tabur atas sup sebelum makan. Hmmmm mesti buat camtu lain kali. Got lots of home made telor asin. Hehehe.
Senin, 30 November 2015
IKAN TEMPURA MASAM MANIS
Ini bekal Nadia pagi tadi. Sejak dia kena Diarrhea sebab makan kat gerai belakang bangunan pejabat dia beberapa bulan yang lalu, Kjee dah paksa dia bawak bekal dari rumah. Seperkara lagi dia juga sering kena gastrik sebab malas nak keluar makan.
Jadi Kjee rela bangun dan masak lepas Subuh semata-mata nak pastikan dia mendapat makanan yang tidak boleh menyebabkan Diarrhea atau ciri birit dan gastrik.
Ini lauk tanpa perancangan awal. Malam tadi Kjee ngan Nadia pergi Hero Market. Kjee nampak frozen Fish Cocktails Tempura dan rembat. Memang Kjee suka goreng dan makan dengan sos cili dan mayo.
Pagi tadi masa geledah freezer, Kjee terfikir nak goreng Fish Tempura Cocktails ini untuk Nadia. Kemudian Kjee rasa kalau buat Sweet Sour, tentu Nadia suka sebab Sweet Sour Fish memang kesukaan Nadia.
Tak susah pun nak buat. Selepas goreng tiga keping fish cocktails yang bersalut tepung tu, Kjee pun tepikan. Hiris bulat sebiji bawang besar yang sederhana besar. Hiris juga dua ulas bawang putih dan satu inci halia. Kemudian belah dua sebiji cili merah, buang biji dan hiris panjang-panjang dan halus-halus.
Kemudian Kjee tumis bawang besar, halia dan bawang putih guna sedikit sahaja minyak. Apabila sudah layu, Kjee masukkan lebih kurang ½ cawan air. Apabila sudah mendidih, Kjee masukkan lebih kurang 1½ sudu besar sos tomato dan 1 sudu besar sos cili Linghams. Kalau ada sos cili Thai, lagi okay. Sudah mendidih, letak sedikit kicap cair. Kjee guna Nampla (Thai fish sauce).
Rasa. Apabila sudah cukup rasa, bancuh 1 sudu kecik tepung jagung dengan sedikit air. Masukkan ke dalam kuah. Kacau sehingga pekat. Kemudian campakkan hirisan cili dan jugak daun bawang yang telah dipotng sepanjang 1½ inci.
Kacau dan padam api.
Apabila hendak dihidang, susun ikan atas pinggan dan curah kuah.
Untuk Nadia tadi, Kjee curah kuah dalam bekas plastik dan susun ikan diatasnya. Nadia juga bawak bekal nasi putih. Dua senduk jer nasi.
Itu jer. Mudah kan? Kerana makanan kesukaannya, pandai pulak Nadia curi-curi masa untuk makan ikut waktu. Selalunya, dia lunch lebih kurang jam 4 petang. Justru senringkali perut masuk angin.
Rabu, 18 November 2015
BIFSTIK DAGING ZAMAN KECIK-KECIK
Masa Kjee kecik-kecik dulu, kami pernah tinggal di Jalan Cochrane. Dan kalau bapak dapat gaji, dia akan bawak kami ke satu restoran Cina Hailam di Jalan Peel. Kami akan menikmati Bifstik Hailam. Memang setiap kali bapak dapat gaji, kami akan tuntut bapak bawak kami kesana.
Tadi, selepas masak Bifstik Daging resipi Chef Nor Zailina, Kjee mengimbau kembali zaman kanak-kanak itu. Rasa Bifstik Hailam tu, sikit lebih kurang macam yang Kjee buat ni. Dan ketika itu, turut dihidangkan sama, roti benggali bakar.
Kjee tak silap eja. Memang ia harus dieja bifstik dan bukan Beef Steak. Walaupun bunyinya sama tetapi rasanya berbeza. Dan Kjee tak nak diketawakan orang apabila Kjee kata ini Beef Steak. Hehehe.
Bagi Kjee, cara memasaknya ala-ala Beef Stew. Daging diperap seketika dengan tepung, digoreng guna butter/campur minyak. Dan kemudian direndidih hingga masak dan pekat.
Kalau korang pernah makan Bistif Daging ala-ala Telor Bungkus kat gerai-gerai orang Kelantan/Siam, korang akan kenali bifstik ini. Makanan yang sama, cuma daging Bifstik atau Telor Bungkus tu, menggunakan daging cincang atau minced meat.
Mudah sahaja nak masak lauk ini. Tetapi harus guna daging batang pinang kalau hendak masak dengan cepat. Kalau daging biasa, kena masak lebih lama lagi sehingga lembut.
Kjee ikut resipi asal Chef Nor Zailina tetapi Kjee tambah carrot. Kjee dadu bawang dan bawang putih.
Di bawah resipi Bifstik Chef Nor Zailina. Terima Kasih Lin. I Like.
Enak dimakan dengan roti bakar.
BISTIK DAGING
500g daging batang pinang* (daging batang pinang jangan dimasak lama kerana ia mudah empuk), dikiub 2cm
400g ubi kentang, direbus & dikiub 2cm
4 sbsr tepung gandum
2 sbsr mentega
3 sbsr minyak
1 steh serbuk lada hitam
sedikit kacang pis
Garam, gula secukup rasa
Bahan Kuah
150-200ml air
120ml sos tomato
2 sbsr pes cili (boleh kurangkan)
1 sbsr puri tomato
1 kiub stok daging (jika suka)
Bahan Kisar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1. Bersihkan daging, lap kering dengan kitchen towel. Gaul dengan tepung, serbuk lada hitam dan garam. Perap 30min.
2. Panaskan mentega dan minyak, goreng daging sebentar. Bila keperangan, angkat.
3. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan daging, kentang dan bahan kuah, kacau dan masak sebentar. Tambah garam dan gula secukup rasa. Taburkan kacang pis semasa dihidangkan.
*Jika gunakan daging bahagian paha depan (chuck), hendaklah dimasak lebih lama untuk mengempukkannya. Jadi, air perlu ditambah supaya kuah tidak kering.
Selasa, 17 November 2015
AYAM KUKUS CARA HAINAN
Tak semua orang suka makan Nasi Ayam Hainan dimana ayamnya dikukus bukan goreng. Salah satu insan tersebut, my other half aka UnclePali. Dia lebih rela switch ke makanan lain kalau tiada pilihan ayam goreng.
Dia tak bagitau kenapa tapi rasa-rasanya Kjee tahu. Ayam, kalau tidak dikukus dengan sempurna akan berbau hanyir. And UnclePali pantang ada bau. Sebab tu dia tak makan sangat ikan sungai.
Memang Kjee akui, Ayam Kukus ada bau hanyir. Mungkin ada sesetengah restoran itu tidak menitikberatkan perapan ayam tersebut.
Ini kali pertama Kjee membuat Ayam Kukus ala Hainan. Kjee google dan buat perbandingan. Dan akhirnya Kjee pilih resipi yang mana ayam diperap setengah jam atau lebih. Guna banyak hirisan halia.
Dan hasilnya amat-amat memuaskan. Tiada bau hanyir ayam kecuali bau halia serta minyak bijan. Resipi asal tak letak minyak bijan tetapi menggunakan Chinese Rice Wine. Kjee tak pasti samada ianya sama waktu dengan air tapai kita.
Anyway, Kjee buat keputusan letak satu sudu minyak bijan ketika mengukus.
Ayam itu diperap terlebih dulu dengan kicap cair. Kjee guna nampla atau fish sauce Thai. Hiris nipis dua inci halia. Kemudian susun di bekas ayan. Selangselikan halia dengan daun bawang (bahagian putihnya). Ayam dilumur dengan lebih kurang 1 sudu besar kicap cair. Kemudian disusun atas bekas ayan (atau apa jua bekas yang korang guna) tadi. Letak dalam peti ais selama setengah jam atau lebih.
Setelah cukup masa perapan, didihkan air pada kukusan. Kjee guna kukusan buluh. Kukus lebih kurang 30 minit atau sampai masak. Cucuk bahagian tebal ayam untuk pastikan ia masak. Kalau terpercik darah atau air, belum cukup masak lagi. Tambah sedikit lagi masa.
Tadi, apabila sudah masak, Kjee padam api tanpa bukak tudung. Beri masa 10 hingga 15 minit baru dihidang.
Untuk sos kicapnya, Kjee campur dua sudu kicap manis, 1½ sudu sos tiram dan beberapa titis minyak bijan. Kemudian Kjee curahkan satu sudu air rebusan tulang ayam. Air yang Kjee guna untuk masak nasi ayam. Dan jugak untuk dijadikan sup untuk makan bersama Nasi Ayam nanti.
Kacau rata sos tersebut. Curahkan keatas ayam ketika hendak makan.
Selain sos kicap, Kjee juga buat sos cili dan jugak tumbuk dua inci halia hingga halus. Halia ini adalah wajib dicampurkan dalam sos cili ketika hendak makan.
Untuk UnclePali yang tak makan ayam kukus, Kjee jugak goreng ayam untuknya.
Sebelum kukus ayam, Kjee masak dulu nasi. Resipinya DISINI.
![]() |
| Ayam goreng |
Senin, 16 November 2015
LOBAK PUTIH TUMIS AIR
Tadi semasa Kjee suruh UnclePali amik gambar Lobak Putih Masak Bening ni, dia pandang Kjee semacam. "Haritu punya awak tak masuk lagi dalam blog. Ini yang amik gambar lagi ker?"
Kjee yang tengah blur sebab kepenatan, angguk. Kemudian baru Kjee teringat. Hari tu UnclePali yang masak. Dia beria-ia amik gambar. Opppppssss Kjee lupa nak buat entry. Alaa alang-alang dah amik gambar arini, tak kesah lah sapa yang masak kan?
Apapun, sayur lobak putih ada banyak khasiat. Untuk orang ada batu karang, blend dan perah jusnya. Minum dua kali sehari. Insya Allah boleh pecah batu karang tu.
Tetapi... jeng jeng jeng sanggup ker korang minum jusnya yang piau (pure) tu? Kjee tak pernah minum sebab tak ada sebab nak minum jusnya. Tapi, kawan Kjee yang pernah minum kata, memang boleh tercabut nyawa lah minum jus tu. Isyhhh tak kan lah dasyat sangat. Over lah dia tu!
Dan untuk ibu baru lepas bersalin, sayur ini elok untuk tambah susu badan. Eh tambah susu ke bersihkan susu badan hah? Alaaa tak ingatlah. Tapi sikit lebih kurang camtu.
Kami sekeluarga memang suka makan sayur ni masak bening. Atau diterjermah dari bahasa Jawa, masak air.
Korang nak tahu masak lauk ni, KLIK sini ya.
Sabtu, 14 November 2015
TAUFU KUKUS SOS MANIS
Hidangan untuk mereka yang nak diet. Ya ker? Entahlah... kalau makan ini sahaja boleh lah kot kan. Hehehe.
Hidangan ini pasti favorite kami kan. Kalau tidak takkan buat. Betul tak? Dah gaharu, cendana pulak.
Hidangan ini mungkin elok untuk vegetarians atau mereka yang tak makan any meat. Walaupun Kjee gua sos tiram tetapi Kjee beli jenis perisa sos tiram yang vegetarian. Bukanlah Kjee dah vegan sekarang tapi cuba elakkan seafood sebab UnclePali kena gout.
Nak keluarkan taufu ni dari bekasnya cukup susah. Silap haribulan boleh pecah. So hati-hati lah yer.
Kukus selama 10 minit. Kemudian sediakan sos. Bahan-bahannya, 1 sudu sos tiram, 1 sudu sos hoisin dan 1 sudu plum sos. Kalau tak ada plum sos dan hoisin sos, letak sahaja 1 sudu besar kicap lemak manis.
Campur semua sos bersama 1 sudu kecik tepung jagung. Letak lebih kurang 4 sudu air, kacau rata dan masak guna api sederhana sampai pekat. Kalau perlu, tambah sedikit kicap cair atau fish sos atau garam untuk seimbangkan masin dan manis.
Apabila taufu sudah dikukus, padam api dan curahkan sos manis tadi. Kemudian susun cili merah dan hijau dan daun bawang. Tabur juga bawang goreng masa hendak makan.
Itu sahaja. Mudah kan?
Ini satu lagi cara lebih mudah. Curah jer kicap lemak manis dan kicap cair atau sos ikan. KLIK SINI.
Selasa, 10 November 2015
AYAM MASAK HALIA DAN BAWANG PUTIH
Apabila angin dalam badan dah banyak sangat berkumpul, Kjee suka masak lauk ni. Hiris halia muda dan bawang putih banyak-banyak. Tak sampai beberapa jam lepas makan, berebut-rebut angin keluar. Hehehe.
Dulu Kjee pernah masak Ayam Halia ala Sichuan ni. Tapi Kjee buang tulang dan hiris isinya, panjang-panjang. Tapi hari ni, hanya ada stok Chicken Thighs (peha). Jadi Kjee cincang-cincang bite size jer. Tak sedap kalau guna dada ayam yang putih tu. Kalau bahagian lain, isinya agak kenyal. Itu yang sedap.
Kjee guna satu mangkuk ayam yang telah dipotong kecil-kecil. Kjee rasa ada dalam 250 grams. Lepas tu Kjee hiris dalam empat inci halia muda dan satu labu bawang putih. Selain itu, dua tangkai daun bawang dan empat biji cili kering yang telah direndam sekejap dan dipotong dua.
Ini adalah resipi stir fry atau goreng pantas guna api yang besar.
Panaskan dua sudu minyak. Kemudian masukkan halia dan goreng hingga garing. Kemudian masukkan bawang putih dan goreng lagi hingga warnanya berubah keemasan. Kjee keluarkan. Guna minyak yang sama, Kjee goreng pulak cili kering. Jangan terlalu garing nanti pahit. Keluarkan. Kjee keluarkan halia dan bawang putih tadi sebab nak kekalkan kerangupannya. Hanya masuk balik di saat akhir sebelum padam api.
Kemudian masukkan ayam dan goreng hingga ayam kecut. About 10 minit. Kemudian masukkan satu atau dua sudu sos tiram. Jumlahnya ikut rasa yang diperlukan. Kalau ada Hoisin sauce, masukkan juga sikit. Tapi kena adjust sos tirem kalau letak sos Hoisin. Dua-dua amat masin.
Kacau hingga rata. Sekiranya puas hati ayam dah masak rata, masukkan daun bawang, cili kering serta halia dan bawang putih. Kacau hingga rata dan padam api.
Kehadiran Cili Kering itu, katakan ala Sichuan. Ia satu daerah di China dimana semua makanan mereka sangat-sangat pedas. Kjee suka kunyah sekali cili kering itu bersama ayam ketika makan.
Itu jer. Makan dengan nasi panas. Sesuai juga untuk mereka yang dalam pantang. Kjee guna sos tiram vegetarian. Boleh dibeli di semua pasaraya besar.
Baca jugak DISINI.
Langganan:
Postingan (Atom)

















































