Tampilkan postingan dengan label desserts/manisan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label desserts/manisan. Tampilkan semua postingan

Kamis, 24 Desember 2015

TART TELOR HONG KONG










A few days ago, ada seorang pembaca blog Kjee ni, email mintak resipi Hong Kong Egg Tarts. Katanya, dia pernah buat resipi yanag Kjee masukkan di sini dulu. Tapi sekarang sudah tak jumpa. Memang tak boleh jumpa sebab Kjee dah padam. Pemilik resipi tu banyak sangat songeh. Jadi, Kjee terus keluarkan entri tersebut.

Apapun, Kjee telah guna resipi itu untuk menjual Hong Kong Egg Tarts dulu. Memang mendapat sambutan yang hangat. Ramai jugak yang guna resipi itu untuk meniaga. Justru, Kjee malas lah nak niaga lagi.

Berbalik kepada Norlaila yang berasal dari Kuching, Sarawak, emailnya itu membuat Kjee teruja pulak nak buat Hong Kong Egg Tarts ini. Kjee dah simpan resipi ini agak lama. Kjee rasa memang akan menjadi seperti resipi dulu kerana Kjee amati semua resipi dalam blog tersebut. Dan nampak pemilik tersebut ikhlas berkongsi resipi.






Cuma resipi ini dikatakan cukup untuk 8 biji egg tarts. Dia tak kata pulak besar mana saiznya. Jadi, Kjee main hantam sahaja guna acuan yang Kjee guna dulu untuk meniaga. Alhamdullilah ngam-ngam dapat 8 biji. Dan adunan kastadnya jugak elok-elok saja untuk 8 biji tart egg tarts. Resipi sebelum ini, banyak pembaziran kastadnya!

Dan apabila keluar dari oven tadi, memang puas hatilah dengan kejadiannya. Sebiji macam resipi yang dulu. Dan kastadnya kini lebih ringan dan sedap.

Hong Kong Egg Tarts memang rapuh. Jadi, hati-hati ketika mengeluarkan dari acuannya.




Ini acuan yang Kjee guna. Adunan dapat 8 biji.









HONG KONG EGG TARTS
Sumber: China Sichuan Food

KASTAD
2 biji telor (dipukul dan keluarkan 1 sudu besar untuk pastri)
90ml air panas
35gms gula halus
2 sudu besar susu cair
sedikit vanilla
secubit garam (Kjee tak letak)
setitis pewarna kuning (Kjee tambah)

Gula dimasukkan ke dalam air panas. Apabila sudah larut, masukkan susu cair. Kacau rata kemudian masukkan telor yang telah dipukul. Tapis. Tepikan.

PASTRI
90gms tepung kek (Kjee guna tepung gandum)
50 gms unsalted butter (Kjee guna salted butter)
25gms gula icing (Kjee letak 1 sudu sahaja)
1 sudu telor (yang diasingkan dari kastad tadi)
secubit garam (Kjee tak letak)
sedikit vanilla (Kjee tak letak)

Campur tepung dan gula icing. Kalau nak ayak bolehlah. Kemudian ramas butter bersama tepung hingga menjadi serbuk roti. Letak 1 sudu besar telor tadi. Uli perlahan-lahan hingga menjadi doh. Adunan ini agak lembik. Jangan tambah tepung. Tapi boleh lumurkan sedikit tepung di jari ketika mengulinya.
Bulatkan doh, bungkus dalam plastic wrap dan simpan selama ½ jam dalam peti ais. Kalau nak rehatkan lebih lama lagipun ok. Tujuannya untuk mudahkan ia dibentuk ke dalam acuan nanti.

Keluarkan doh dan bahagi kepada 8 bahagian. Terapkan dalam acuan. Kjee rehatkan lagi dalam peti ais selama ½ jam.

Panaskan ketuhar. Set kepanasan ke 200 darjah.

Susun pastri yang telah diterap ke dalam acuan. Kemudian tuangkan adunan kastad ke paras ¾ pastri. Bakar selama 15 hingga 20 minit. Di lima minit terakhir, turunkan suhunya ke 150 darjah. Ini untuk elakkan kastad mengelembung.

Ianya siap setelah kastad mengeras. Dan dianggap berjaya kalau tidak mengelembung. Hehehe.

Keluarkan dari acuan setelah ia sejuk sedikit.

NOTA KAKI:
Kjee ikut resipi asal tanpa bakar kulitnya secara blind bake. Ada kata lebih suka kulitnya garing. Terserahlah. 
























Kamis, 03 Desember 2015

KUIH GENGGANG KESUKAANKU







Kjee tak pernah pergi kelas untuk belajar buat kuih. Entahlah. Masa muda dulu sibuk mengejar berita. Bila dah tak kejar berita, berlakon pulak, kemudian sibuk menulis skrip dan kerja belakang tabir produksi drama.

Bila dah tua, badan dah mula sakit-sakit dan dah tak ada kerja lain, maka Kjee start lah menimba ilmu sikit lebih kurang dalam bidang masakan. Bukan belajar dari sifu atau pergi kelas tapi dari cik google, resipi-resipi yang Kjee berkenan. Nak pergi kelas tak mampu. Untuk makan sendiri jer bukan untuk bisnes.

Setakat ni tak lah pandai tapi cukup sekadar boleh mengisi perut penghuni rumah yang tak berapa kerat ni.

Kalau gagal first time, Kjee akan cuba dua tiga kali. Gagal jugak, full stop.

Anyway, Kuih Genggang atau Kuih Lapis ni favorite sejak Nadia kecik. Kjee pernah buat banyak kali tapi resipinya entah ke mana. So, Kjee google atau singgah blogger-blogger masakan. Oleh kerana membuat Kuih Lapis ini memerlukan kepakaran, maka Kjee hantam sahajalah. Rasa sedap tapi hasilnya tak lah macam pakar yang berguru. Jadilah kan.








Beberapa hari lalu, Kjee jumpa satu resipi seorang pakar. Kjee pun begitu teruja menerainya kerana orang tu kan pakar. Namun, mana silap tangan Kjee yang keras ni, taklah menjadi sepenuhnya. Kuih Lapis nampak sahaja lawa tapi terlalu lembik.

Hari ni Kjee terai lagi. Kjee ubahsuai sana sini dengan harapan menokok tambah sana sini akan jadi lebih okay dari hari sebelumnya. Resultnya? Hmmm baru 70 peratus okay. Masih lembik tetapi tidaklah selembik cubaan sebelum ini.

Tetapi rasanya memang sedap. Actually, kalau nak ikutkan, percubaan hari ini tidaklah gagal. Rasa macam makan di restoran atau hotel jer. Sungguh ni. Tak tipu. Hanya di restoran mewah atau hotel sahaja kita makan kuih ini dengan sudu atau garfu. So, bolehlah anggap ini satu percubaan yang berjaya. Hehehe.

Tapi agak panik jugaklah apabila hasilnya nampak lembik dan bila dialihkan loyang tu, kuihnya beralun sedikit. So, kalau korang terasa begitu jugak, janganlah panik cam mokcik.

Apapun, cubaan kali ketiga nanti, Kjee akan lebihkan tepung beras dan kurangkan sikit tepung ubi, Manalah tahu lebih elok sikit rupanya. Hehehe.

Cuma disini, Kjee tak naklah letak nama empunya resipi ini. Hanya dia sahaja tahu itu resipi dia. Okay dibawah resipi yang Kjee dah adjust.





























KUIH GENGGANG
SUMBER: Biarlah Rahsia


BAHAN-BAHAN
500ml santan
90gms tepung beras
60gms tepung ubi
100 gms gula pasir
secubit garam
pewarna merah
loyang 7"x7"
Kukusan (Kjee guna tudung bamboo)

CARA

Sediakan kukusan. Panaskan air kukusan.
Masak gula bersama air. Dah cair, sejukkan.
Timbang tepung dan ayak. Kjee hanya ada stok 60gms tepung beras. Malas nak pergi beli, Kjee tambah 20gms tepung gandum.
Satu kotak santan dicampur air menjadikan ia 500ml. Masukkan secubit garam.
Adun tepung bersama santan, air gula dan tapis.
Bahagi dua. Satu letak pewarna merah. Satu biarkan putih.
Lapikkan loyang dengan plastik. dan letak dalam kukusan.
Curahkan dua senduk warna putih. Kukus selama lebih kurang 5-7 minit atau bahagian atas sudah mengeras.
Ulang dengan lapisan warna merah dan seterusnya hingga habis. Tambah sedikit lagi warna merah kepada lapisan terakhir.
Rasanya tadi ada terlebih adunan putih. Kjee campurkan dengan lapisan merah terakhir.
Kukus hingga permukaan atas kering. Buka penutup dan terus kukus tanpa penutup lebih kurang 10 minit untuk keringkan permukaannya.
Potong setelah betul-betul sejuk. Kjee sejukkan dulu di luar selama lebih kurang 2 jam. Kemudian masuk ke dalam peti ais selama 1 jam baru dipotong dengan spatula atau pisau pemotong plastik.

NOTA:
Kjee guna penutup kukusan bamboo. Jadi, tidak perlu melapik penutup. Kalau tak ada, korang pepandailah lapik kain atau alluminum foil.










Jumat, 27 November 2015

PENGAT PISANG









Kjee kenalinya sebagai Bubur Pisang tapi ramai yang menggelarnya Pengat Pisang. So, ini Pengat Pisang lah kan. Hehehe.

Bubur ini sangat versatile. Letak apa aje pun sedap. Letak Ubi Kayu, Labu, Keledek, Keladi (alahai my fav  Keladi) atau apa sahaja. Sure sedap punya.

Minggu lepas Kjee dapat empat biji pisang. Rupa macam pisang tanduk tapi rasa cam pisang nangka. Tak kesah lah. Terima kasih Khairani Dato Hj Yunus. Murah rezeki selalu share hasil kebun dengan teman-teman.

UnclePali suruh Kjee goreng. Tapi mood Kjee hanya ada untuk buat bubur. Siap aje, masa nak amik gambar, dia rasa sikit. Sedapnya!! Lepas amik gambar Kjee tengok dia makan dengan biskut kering. Actually dia tak terai makan dengan roti tawar. Sedap tau.








Kjee nak bagi resipi pun malu sebab tak sangka rupanya ada yang mintak. Kjee main bantai aje buat tadi. Kjee guna 1½ kotak santan, masuk dalam periuk, letak lebih kurang dua mug air dan gula Melaka. Ikut kemanisan yang korang suka. Letak jugak secubit garam.

Kjee teringat dulu maid Kjee terkejut Kjee letak garam. "Eh akak ni. Dalam sambal akak letak gula, dalam bubur manis akak letak garam." Hahaha memang lah kelakar bunyinya. Tapi dia tak tahu letak secubit garam tu nak bagi naik sikit lemak.

Jerang santan tadi guna api sederhana sampai mendidih perlahan. Kemudian masukkan pisang yang telah dihiris sama tebal. Ini untuk menjadikannya masak sekata.

Biarlah ia mendidih sambil selalu kacau untuk elak pecah santan. Kalau letak sagu, memang sedap tapi ada yang tak suka. Tadi Kjee rendam lebih kurang dua sudu sagu selama 10 minit. Toskan airnya dan masukkan ke dalam periuk 10 minit sebelum padam api.

Itu jer. Daun pandan jangan lupa letak kalau ada.







Kamis, 12 November 2015

PUDING KASTAD GULA MELAKA







Kelmarin Nadia kata Mama dah lama tak buat Agar-Agar Kastad. Tak rindu ker nak makan? Hehehe itulah cara Nadia nak bagitau Kjee suruh buat. Rindu jugaklah sebab lama sangat tak buat.

Kjee buat Agar-Agar Kastad dulu tanpa resipi. Guna agar-agar tali. Mula-mula jerang agar-agar bersama air dalam periuk. Apabila agar-agar dah cair, letak gula. Kemudian apabila gula dah cair, masukkan satu tin susu cair dan kacau sampai rata. Kemudian letak kastad yang telah dicampur air. Kemudian tapis ke dalam loyang.

Itulah resipi Kjee. Kekadang jadi keras sangat kekadang lembik. Tapi yang kelakar, masa Nadia kecik-kecik dulu ada juga orang order. Hehehe. Kjee kecut jugaklah perut sebab tak tahu hasilnya macam mana sebab Kjee terus bagi loyang agar-agar tu kat customer tersebut. Tapi dia tak pernah complain. Malah ada yang repeat order. Naseb ler.

Tapi sekarang Kjee dah pandai guna Agar-agar serbuk. Yang 10gms dalam satu peket tu. Mula-mula dulu takut jugak sebab kuantiti air tak sama kalau kita guna agar-agar tali.

Hari ni Kjee buat Agar-Agar Kastad curah sirap Gula Melaka atau ada orang panggil Gula Nau. Ini gula Melaka ori pemberian fren Kjee, Khairani Dato Khalid, tauke Lubukmas Farm, kat Nismilan. Gula itu memang ori lah. Rasa cam candy! Tak campur gula pasir punya!









First thing first. Kjee masak dua ketul gula Melaka tu dengan dua cawan air. Masak sampai pekat. Sampai boleh curah atas puding agar-agar nanti. Kalau korang nak letak satu dua sudu dalam acuan kemudian tuangkan puding yang baru dimasak tu pun okay gak. Jadilah ia macam Karamel Puding Telor tu. Tapi, Kjee curahkan diatas puding selepas ia diterbalikkan.

Dah masak gula tu sampai pekat, sejukkan.

Beralih pulak kita buat puding tu. Kjee didihkan 3 cawan air dalam periuk. Kemudian masukkan satu peket agar-agar serbuk. UnclePali beli yang warna kuning sebab warna transparent tak ada kat kedai tu.

Sementara tunggu agar-agar tu dissolve, Kjee campur dua sudu tepung jagung dan tiga sudu tepung kastad ke dalam mangkuk. Campurkan satu cawan air, kacau dan tapis. Tepikan.

Apabila agar-agar sudah larut, masukkan satu tin susu cair dan tiga sudu besar susu manis. Tak perlu terlalu manis sebab nanti nak curah sirap gula Melaka diatasnya bila nak hidang. Kacau hingga rata. Biarkan didih seketika. Kemudian perlahankan api dan curah capuran air tepung kastad, tepung jagung dan sedikit vanilla. Kacau tanpa henti selama lebih kurang lima minit, kemudian padam api.








Curah dalam bekas atau acuan idaman. Sejukkan lebih kurang sejam dua.

Apabila hendak hidang, terbalikkan atas piring dan curahkan sirap gula Melaka. Sedap dihidang sejuk. Sirap gula Melaka pun kena sejukkan dalam peti ais.

Baru Kjee terfikir, ada Maple Syrup pemberian my sis Hawa Lerno masa dia balik cuti Hari Raya dari Perth hari tu. Hmmmm boleh jugak guna kan. Hehehe.

Anyway, boleh makan jugak tanpa sirap Gula Melaka.





Selasa, 03 November 2015

BUBUR JAGUNG SAMA SAGU BIJI








Hari ini terlebih Vitamin R. Pagi tadi, lepas Subuh dah terus ke dapur masak Ikan Tenggiri Masak Kicap. Kemudian lepas balik dari pasar (beli ikan untuk stok hingga hujung minggu), teringin pulak nak makan Bubur Jagung.

Yang Kjee ingat ada satu peket jagung manis beku dalam freezer. Itu yang nampak orang jual jagung (tongkol) tak pandang dua kali. Tapi bila sampai rumah, rupa-rupanya jagung tu hanya ada ½ peket. Kjee dah gunakan hari tu buat Cucur Jagung untuk Nadia.

Jadilah kan! Yang nak makan Kjee sorang. UnclePali dan Nadia tak suka. Hehehe konfidennya!!

So tadi Kjee rendam ½ cawan sagu biji dan keluarkan jagung beku tu dari freezer. Kemudian selongkar peti ais cari manisan (gula Melaka) pemberian Khairani, aritu. Ori betul Manisan dari Negeri Sembilan tu. Kalau buat kuih Onde-Onde pasti sedap. Hmmmm.

Kjee masukkan ½ biji manisan tu ke dalam periuk dan letak air. Jerang hingga cair. Kemudian masukkan ½ kotak santan. Kacau hingga sebati. Dah didih, masukkan jagung. Kemudian bila didih sekali lagi, masukkan sagu biji yang telah ditoskan. Letak secubit garam untuk naikkan lemak dan rasa. Dah elok, padam api.

Oppsss jangan lupa letak daun pandan. Kjee tak letak sebab pokok daun pandan yang UnclePali tanam sejak berbulan-bulan, dah merajuk kot. Hehehe.

Kjee suka buat sendiri walaupun makan untuk seorang sahaja sebab boleh adjust gula. Tak tahulah kenapa kalau orang jual, tahap kemanisannya, melampau!! Agak depan rumah mereka, ada eksiden lori gula tiap hari. Hehehe.

Itu jer nak story.





Senin, 02 November 2015

PUFF PASTRY APPLE PIE








Dah banyak hari mengidam tapi tak pernah berkesempatan nak buat. Bukan susah pun. Buat tak sampai ½ jam tapi yang tak best, licin dalam masa tak sampai lima minit. Hehehe

Kjee beli dua biji Granny Smith Apples. Apple yang warna hijau. Dia orang kata GS apples ni tak lembik bila dimasak. Alahai kalau masuk perut hancur jugak kan? So, guna epal hijau Siam pun okay lah.

Kerana tiga empat hari apple tu duduk dalam peti ais, maka sebiji Nadia bedal cicah dengan serbuk asam boi. Tinggal sebiji jer. But since yang makan dessert camni hanya Kjee dan UnclePali, baki sebiji GS apple tu, cukup buat apple pie untuk kami berdua.

Kjee buat dua open apple pies dan berbaki sedikit lagi intinya, Kjee buat close pie.

Nak buat pie, oven mesti betul-betul panas supaya masuk jer pie ke dalam oven, ia akan terus naik. Maklumlah Kjee guna puff pastry jenama Kawan untuk apple pie ini. Panaskan oven 180 darjah selama 20 minit.







Sementara itu, keluarkan puff pastri dan asingkan lima keping atas meja. Tetapi lapikkan ia diatas pelapik plastik dalam peket tersebut. Kemudian buat inti.

Intinya, Kjee tak masak. Kjee buang kulit, hiris dan letak soft brown sugar. Kemudian letak secubit serbuk kayu manis. Kacau rata dan tepikan.

Habis buat inti, Kjee ambil satu keping pastri (ukuran 4"x4"). Kjee toreh satu inci keliling pastri itu, keluarkan bahagian tengah pastri tersebut. Ia berbentuk cam frame gambar. Kemudian Kjee letakkan 'frame' tadi diatas satu lagi keping pastri.

Maaf, tadi tak amik gambar sebab ini kali pertama Kjee buat dan takut tak menjadi. Hehehe.

Kemudian bahagian dalam pastri yang menjadi lapaisan bawah itu, dicucuk-cucuk manja guna garfu. Kemudian ambil inti apple dan susun di dalam 'frame'. Jangan takut nak letak banyak inti. Kjee takut-takut tadi. Bahagian luar 'frame' akan 'naik' tinggi. Kalau letak sikit, nanti tak cantik. Susun elok-elok inti apple tu.

Kemudian sekeliling pastri disapu dengan telor yang telah dipukul manja. Buat sampai habis. Kjee buat sebiji apple dan dapat dua open pie dan satu close pie. Kjee guna lima keping pastri Kawan.

Bakar dalam oven suhu 180 darjah selama lebih kurang 15 hingga 20 minit terpulang kepada kepanasan oven sendiri.

Apabila sudah dikeluarkan, ayak dengan gula icing.