Tampilkan postingan dengan label kuih muih. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kuih muih. Tampilkan semua postingan

Minggu, 31 Januari 2016

WALNUT BROWNIES CITARASAKU







Bukan tak boleh beli. Berlambak orang jual. Boleh pilih ikut citarasa. Tetapi Kjee buat sebab nak adjust ikut citarasa. Maklumlah kalau beli, depa buat macam ada lori gula terbalik depan rumah. Mokcik yang kena hadkan pengambilan gula, boleh beremang bulu roma!

Sebab itulah mokcik buat semalam. Makannya mokcik sorang. Nadia tak minat cokelat. UnclePali pulak asyik sibuk ke hulur ke hilir, lupa mokcik nak bagi jamah.

Resipi simple brownies Kjee intai kat blog Allrecipes yang disyorkan seorang fren FB. Katanya, dia dah cuba buat. Husband dia pun kata tak manis.

Tapi apabila Kjee amati resipi, tepung 60gms gula 200gms!! Aikkkkkkkk. Noktah.

So seperti biasa Kjee pun adjustlah. Dan hasilnya amat memuaskan. Tak manis dan terasa sedikit kepahitan cokelat sebab Kjee tambah semi sweet choc chips selain serbuk koko. Kjee memang suka dark and bitter chocolates.

Jom kita intai resipi.























EASY CHOC BROWNIES
sumber: allrecipes
olahan: sapa lagi?

BAHAN-BAHAN

110 gms mentega (unsalted)
200gms gula (Kjee letak 60gms soft brown sugar)
2 biji telor
60gms tepung naik sendiri
30gms serbuk koko
30gms semi sweet choc chips (kjee tambah)
secubit garam
1 sudu kecik esen vanilla
60gms kacang walnut cincang kasar (optional)

CARA

Panaskan oven suhu 180 selama 20 minit. Lenserkan acuan empat segi 20cm (7 atau 8 inci) dengan sedikit butter dan kertas minyak.

Butter dan gula dipukul. Apabila sudah kembang, masukkan telor. Kacau sampai rata.

Campur serbuk koko, garam dan choc chips (kalau guna) ke dalam tepung. Kacau rata dan masukkan ke dalam adunan tadi. Kacau rata kemudian masukkan esen vanilla. Kacau hingga rata. Masukkan kacang walnuts, kalau guna. Gaul rata dan tuang ke dalam acuan. Ratakan.

Bakar selama 25 minit. Kjee hanya guna api bawah.

Sejukkan baru dipotong-potong.

NOTA KAKI:
Oleh kerana Kjee guna hanya 60gms gula, maka rasanya tidak manis. Kerana itu, Kjee ayak sedikit gula aising. Ada kata kalau mau bagi kedut, gula kena banyak. Isyhhh tak payah ler. Muka aku dah cukup kedut. Hehehe







Jumat, 25 Desember 2015

PULUT PANGGANG SERUNDING IKAN






Memang tak ada plan pun nak buat Pulut Panggang arini. Tapi rasa nak bawak pulak something untuk perjumpaan bersama adik-adik Kjee malam nanti. Kjee bukak peti ais, nampak satu bekas Serunding Ikan. Pemberian siapa Kjee dah lupa. Isyhhhh makin tua ni asyik lupa aje. Then nampak jugak ada ½ peket pulut.

Sengih sorang-sorang. Pulut Panggang lah camni kan?! Memang lama tak buat. Hari tu lalu dekat Sri Rampai, nampak ada orang jual. Tapi Nadia bawak kereta laju jer. Nak suruh dia stop takut terbabas pulak. So, simpan aje lah keinginan nak makan. Hehehe.

Kjee buat Pulut Panggan ekspres. Initi yang dah siap. Ada juga Serunding Daging atau orang sebelah Pantai Timur panggil Sambal Daging. Tapi kalau buat Serunding Daging, UnclePali tak boleh makan lah pulak.








Jadi, ½ peket pulut susu pemberian sahabat Kjee yang suaminya orang Ganu, Kjee rendam seketika. Lebih kurang 10 minit. Kemudian Kjee kukus setelah letak santan dan garam secukup rasa. Santan tu (dari satu kotak santan campur lebih kurang air), harus menutupi kira-kira satu inci permukaan pulut. Kukus sampai pulut masak. Sejukkan seketika.

Kjee guna daun pisang hutan yang berlambak belakang rumah. Daun pisang hutan keras sikit. Kena layur atas api. Kjee celur sikit dalam air panas yang kukus pulut tu.

Kemudian, cam biasalah letak pulut atas daun, dileperkan sikit, letak sikit serunding ikan dan gulung. Nadia kata macam buat sushi. Ya lah tu. Kemudian Kjee guna stapler jer untuk semat dua hujung pulut panggang tu.

Kjee panggang atas grill pan jer tak sampai 10 minit. Daunnya dah nampak kehitam-hitaman, okaylah kan.

Sedap makan ketika panas atau sejuk.





Kamis, 24 Desember 2015

MINI QUICHE LETAK SOSEJ







Semalam plan nak buat Mini Quiche guna roti. Cari cara membuatnya di internet. Rata-rata kata, roti mesti fresh. Kalau tidak, tak sedap. Hmmm malas nak suruh UnclePali keluar beli roti. Takut dapat yang tak fresh. So, Kjee buatlah pastri cam biasa.

Kjee guna 200gms tepung gandum, 100 gms butter dan secubit garam. Buat serbuk roti dan curahkan sedikit demi sedikit air sejuk peti ais sampai jadi doh. Rehatkan lebih kurang ½ jam dalam peti ais. Doh sebanyak ini menjadikan ngam-ngam 12 biji mini quiche. Kjee guna tray acuan muffins.

Untuk inti quiche, Kjee guna 3 biji sosej, ¼ biji lada hijau benggala atau capsicum dan ¼ biji yang warna merah. Kjee dadu kecik lada tersebut. Juga dadu satu labu bawang besar. Begitu jugak dengan sosej. Dua batang Kjee dadu dan satu lagi Kjee hiris untuk letak atas quiche sebelum masuk oven.

Tumis guna sedikit minyak semua bahan-bahan yang telah didadu. Kemudian perasa dengan garam. Apabila sudah lembut, tepikan.








Pukul 4 biji telor. Letak sedikit lada hitam dan garam. Jangan masin sangat sebab bahan tumis pun dah diletak garam.

Keluar doh dari peti ais dan bahagikan kepada 12 bahagian. Leperkan dan letak dalam acuan muffins. Cucuk-cucuk bahagian bawah pastri dan bakar selama lebih kurang 20 minit. Suhu oven 180 darjah. Dan agak garin, keluarkan.

Isikan lebih kurang satu sudu kecik inti ke dalam kulut quiche. Susun sosej yang telah dihiris. Kemudian perlahan-lahan curahkan telor. Taburkan ceddar cheese (kalau suka) diatas permukaan quiche sebelum bakar.

Bakar sehingga masak dan warnanya keperang-perangan. Lebih kurang 25 minit. Suhu 180.

Boleh makan begitu sahaja atau dengan sos cili. Boleh jugak dibekukan dan panaskan dalam microwave kalau nak makan.

Mungkin boleh dijadikan bekal untuk anak-anak ke sekolah nanti.





TART TELOR HONG KONG










A few days ago, ada seorang pembaca blog Kjee ni, email mintak resipi Hong Kong Egg Tarts. Katanya, dia pernah buat resipi yanag Kjee masukkan di sini dulu. Tapi sekarang sudah tak jumpa. Memang tak boleh jumpa sebab Kjee dah padam. Pemilik resipi tu banyak sangat songeh. Jadi, Kjee terus keluarkan entri tersebut.

Apapun, Kjee telah guna resipi itu untuk menjual Hong Kong Egg Tarts dulu. Memang mendapat sambutan yang hangat. Ramai jugak yang guna resipi itu untuk meniaga. Justru, Kjee malas lah nak niaga lagi.

Berbalik kepada Norlaila yang berasal dari Kuching, Sarawak, emailnya itu membuat Kjee teruja pulak nak buat Hong Kong Egg Tarts ini. Kjee dah simpan resipi ini agak lama. Kjee rasa memang akan menjadi seperti resipi dulu kerana Kjee amati semua resipi dalam blog tersebut. Dan nampak pemilik tersebut ikhlas berkongsi resipi.






Cuma resipi ini dikatakan cukup untuk 8 biji egg tarts. Dia tak kata pulak besar mana saiznya. Jadi, Kjee main hantam sahaja guna acuan yang Kjee guna dulu untuk meniaga. Alhamdullilah ngam-ngam dapat 8 biji. Dan adunan kastadnya jugak elok-elok saja untuk 8 biji tart egg tarts. Resipi sebelum ini, banyak pembaziran kastadnya!

Dan apabila keluar dari oven tadi, memang puas hatilah dengan kejadiannya. Sebiji macam resipi yang dulu. Dan kastadnya kini lebih ringan dan sedap.

Hong Kong Egg Tarts memang rapuh. Jadi, hati-hati ketika mengeluarkan dari acuannya.




Ini acuan yang Kjee guna. Adunan dapat 8 biji.









HONG KONG EGG TARTS
Sumber: China Sichuan Food

KASTAD
2 biji telor (dipukul dan keluarkan 1 sudu besar untuk pastri)
90ml air panas
35gms gula halus
2 sudu besar susu cair
sedikit vanilla
secubit garam (Kjee tak letak)
setitis pewarna kuning (Kjee tambah)

Gula dimasukkan ke dalam air panas. Apabila sudah larut, masukkan susu cair. Kacau rata kemudian masukkan telor yang telah dipukul. Tapis. Tepikan.

PASTRI
90gms tepung kek (Kjee guna tepung gandum)
50 gms unsalted butter (Kjee guna salted butter)
25gms gula icing (Kjee letak 1 sudu sahaja)
1 sudu telor (yang diasingkan dari kastad tadi)
secubit garam (Kjee tak letak)
sedikit vanilla (Kjee tak letak)

Campur tepung dan gula icing. Kalau nak ayak bolehlah. Kemudian ramas butter bersama tepung hingga menjadi serbuk roti. Letak 1 sudu besar telor tadi. Uli perlahan-lahan hingga menjadi doh. Adunan ini agak lembik. Jangan tambah tepung. Tapi boleh lumurkan sedikit tepung di jari ketika mengulinya.
Bulatkan doh, bungkus dalam plastic wrap dan simpan selama ½ jam dalam peti ais. Kalau nak rehatkan lebih lama lagipun ok. Tujuannya untuk mudahkan ia dibentuk ke dalam acuan nanti.

Keluarkan doh dan bahagi kepada 8 bahagian. Terapkan dalam acuan. Kjee rehatkan lagi dalam peti ais selama ½ jam.

Panaskan ketuhar. Set kepanasan ke 200 darjah.

Susun pastri yang telah diterap ke dalam acuan. Kemudian tuangkan adunan kastad ke paras ¾ pastri. Bakar selama 15 hingga 20 minit. Di lima minit terakhir, turunkan suhunya ke 150 darjah. Ini untuk elakkan kastad mengelembung.

Ianya siap setelah kastad mengeras. Dan dianggap berjaya kalau tidak mengelembung. Hehehe.

Keluarkan dari acuan setelah ia sejuk sedikit.

NOTA KAKI:
Kjee ikut resipi asal tanpa bakar kulitnya secara blind bake. Ada kata lebih suka kulitnya garing. Terserahlah. 
























Rabu, 09 Desember 2015

POPIA GORENG VERSI MUDAH








Selera kalau musim demam memang tak menentu. Apabila terpandang kulit popia lebihan buat popia simpul aritu, teringin pulak nak makan Popia Goreng. Tapi kureng rajin nak buat. Hehehe.

Pagi tadi, Kjee suruh UnclePali beli sengkuang sebab nak sejukkan badan makan sengkuang. Itulah cara orang dulu-dulu sejukkan badan. Tapi UnclePali beli sengkuang kecik. Besar penumbuk jer. Actually dalam hati dah terfikir nak buat Popia Goreng dan makan lebihan sengkuang tu mentah. Tapi dek kecik sangat, kena pilih antara satu.

Maka terjadilah Popia Goreng sebentar tadi. Ini Popia Goreng paling simple yang Kjee buat setakat ini. Simple sebab tak ada carrot. Selalunya kalau buat Popia Goreng, Kjee akan masak sengkuang dengan carrot. Letak udang. Busuk-busuk pun letak udang kering. Tetapi dek kena masak harus berpantang demi UnclePali, maka Kjee letak ayam. Ayam pulak direbus atau digoreng baru dicarik-carik.

Hari ni Kjee buat short cut. Kjee ricik ayam halus-halus. Sengkuang Kjee hiris mancis. Kjee tak suka sagat sebab nanti akan terbit banyak air. Habislah rasa manis sengkuang.









Tumis bawang-bawang dalam sedikit minyak. Bila dah layu, masukkan ayam dan goreng sampai ayam kecut. Masukkan sengkuang. Bila sengkuang dan lembut, masukkan lebih kurang satu sudu besar sos tiram (Kjee guna sos tiram vegetarian) dan ½ kiub ayam Knorrs serta sedikit serbuk lada hitam. Nak letak satu pun boleh ikut kemasinan yang dikehendaki.

Masak sehingga sengkuang lembut. Sejukkan.

Kemudian Kjee buat telor dadar kosong guna 2 biji telor ayam. Letak garam dan lada hitam sikit jer. Goreng nipis-nipis dan hiris nipis.

Apabila inti dah sejuk, bentuklah jadi popia. Goreng guna minyak panas. Kalau minyak tak panas, nanti popia serap banyak sangat minyak.

Makan dengan sos cili. My lunch hari ni. Hehehe.

NOTA KAKI:
Selain letak carrot, boleh jugak letak mix vege. Arwah bonda dulu letak taucu gantikan sos tiram. Mungkin zaman dia, sos tiram belum lagi diguna meluas.












Selasa, 08 Desember 2015

KARIPAP TELOR REBUS BY ACCIDENT







By accident? Tak sengaja? Yup. Hari ni memang Kjee plan nak buat karipap sebab stok karipap beku dah habis. Actually, kena buat yang lain sebab yang ada hari tu (sebelum habis) karipap daging. Takkan Kjee nak makan karipap daging sorang-sorang dan biarkan UnclePali tengok aje kan?

So, pagi tadi Kjee buatlah inti karipap ayam. Kjee tak cadang buat banyak sebab inti guna ayam tak boleh simpan lama macam daging. Itu kata arwah Bonda lah but Kjee rasa cam okay jer masuk freezer.

Anyway, oleh kerana kena buat sorang-sorang sebab Nadia kerja and UnclePali tak ada, maka itu antara sebab Kjee tak bercadang buat banyak. Badan pun tak sihat. Suara hilang sejak masuk Gegar Vaganza  beberapa hari ni. Sampaikan ada appointment dengan satu stesyen TV pun terpaksa kensel, Ini betul punya citer. Bukan poyo. Korang tak percaya tunggu nanti aku masuk TV. Hehehe.

Apabila bukak pantri, alamak marjerin planta elek. So whatsapp UnclePali suruh beli masa dia balik nanti. Kjee siapkan inti guna 6 biji sedang-sedang kentang, tiga keping isi ayam bahagian dada dan sebiji bawang besar. Buat inti berempah yang biasa Kjee buat dan bila siap, letak daun sup. Baunya harum tau.








Tengok inti yang dah siap, Kjee tahu memang tak cukup untuk buat 50 biji (1 kilo tepung). So Kjee buatlah lebih kurang 750gms tepung. Resipi yang selalu Kjee guna ialah 1 kilo tepung gandum, 1 cawan minyak (minyak jagung) dipanaskan dengan ½ cawan marjerin planta dan 400 ml air. Since Kjee guna 750gm tepung jer, Kjee adjust minyak, marjerin dan air ikut banyak tepung tu.

UnclePali balik. Kjee terus uli pastri untuk buat karipap walaupun dia protes jangan buat, sebab Kjee tak berapa sihat. Hmmmm bila tekak dah teringin, hujan petir pun sanggup ku redah. Hehehe.

Lepas rehatkan doh lebih kurang ½ jam, Kjee pun buatlah karipap sampai habis inti. Kjee intai dalam bekas dan nampak doh ada dalam 6 biji lagi. Hmmm nak buat inti Sardin, naya kalau UnclePali ternampak. FYI UnclePali ada gout dan pantang daging dan sardin.

Tetiba teringat karipap telor rebus! Jeng jeng jeng.








Kjee rebus 3 biji telor ayam. Kemudian dadu dua biji kentang kecik dan 1 labu kecik bawang merah. Kentang terus Kjee rebus. Telor siap masak, Kjee buang kulit dan dadu. Kemudian tumis bawang yang telah didadu dalam sedikit minyak jagung.

Apabila bawang dah lembut, Kjee masukkan kentang, sedikit lada hitam tumbuk, ½ kiub ayam Knorrs dan dalam dua sudu besar mix vege (sukati nak letak atau tak). Masak sampai semua sekata. Masukkan telor, gaul seketika dan sejukkan.

Kjee fikirkan nak buat 10 biji karipap saiz biasa tapi malas. Actually dah penat buat karipap inti ayam tadi. So, Kjee jadikan 6 biji sahaja. Itu inti telor rebus ada lebih. Boleh ratah.

Wah sedaplah percubaan pertama ni. Rasa macam makan karipap Ikea! Mesti buat lagi lain kali sebab UnclePali suka telor rebus dalam karipap.

Abaikan gorengan yang tidak cantik sebab mokcik dan letih. Jugak karipap itu tak cantik kelimnya, But who cares! Bukan aku nak bagi makan the queen!! Janji aku suka dan sedap! Hehehe.

NOTA KAKI:
Bole letak ayam atau udang.







Kamis, 03 Desember 2015

KUIH GENGGANG KESUKAANKU







Kjee tak pernah pergi kelas untuk belajar buat kuih. Entahlah. Masa muda dulu sibuk mengejar berita. Bila dah tak kejar berita, berlakon pulak, kemudian sibuk menulis skrip dan kerja belakang tabir produksi drama.

Bila dah tua, badan dah mula sakit-sakit dan dah tak ada kerja lain, maka Kjee start lah menimba ilmu sikit lebih kurang dalam bidang masakan. Bukan belajar dari sifu atau pergi kelas tapi dari cik google, resipi-resipi yang Kjee berkenan. Nak pergi kelas tak mampu. Untuk makan sendiri jer bukan untuk bisnes.

Setakat ni tak lah pandai tapi cukup sekadar boleh mengisi perut penghuni rumah yang tak berapa kerat ni.

Kalau gagal first time, Kjee akan cuba dua tiga kali. Gagal jugak, full stop.

Anyway, Kuih Genggang atau Kuih Lapis ni favorite sejak Nadia kecik. Kjee pernah buat banyak kali tapi resipinya entah ke mana. So, Kjee google atau singgah blogger-blogger masakan. Oleh kerana membuat Kuih Lapis ini memerlukan kepakaran, maka Kjee hantam sahajalah. Rasa sedap tapi hasilnya tak lah macam pakar yang berguru. Jadilah kan.








Beberapa hari lalu, Kjee jumpa satu resipi seorang pakar. Kjee pun begitu teruja menerainya kerana orang tu kan pakar. Namun, mana silap tangan Kjee yang keras ni, taklah menjadi sepenuhnya. Kuih Lapis nampak sahaja lawa tapi terlalu lembik.

Hari ni Kjee terai lagi. Kjee ubahsuai sana sini dengan harapan menokok tambah sana sini akan jadi lebih okay dari hari sebelumnya. Resultnya? Hmmm baru 70 peratus okay. Masih lembik tetapi tidaklah selembik cubaan sebelum ini.

Tetapi rasanya memang sedap. Actually, kalau nak ikutkan, percubaan hari ini tidaklah gagal. Rasa macam makan di restoran atau hotel jer. Sungguh ni. Tak tipu. Hanya di restoran mewah atau hotel sahaja kita makan kuih ini dengan sudu atau garfu. So, bolehlah anggap ini satu percubaan yang berjaya. Hehehe.

Tapi agak panik jugaklah apabila hasilnya nampak lembik dan bila dialihkan loyang tu, kuihnya beralun sedikit. So, kalau korang terasa begitu jugak, janganlah panik cam mokcik.

Apapun, cubaan kali ketiga nanti, Kjee akan lebihkan tepung beras dan kurangkan sikit tepung ubi, Manalah tahu lebih elok sikit rupanya. Hehehe.

Cuma disini, Kjee tak naklah letak nama empunya resipi ini. Hanya dia sahaja tahu itu resipi dia. Okay dibawah resipi yang Kjee dah adjust.





























KUIH GENGGANG
SUMBER: Biarlah Rahsia


BAHAN-BAHAN
500ml santan
90gms tepung beras
60gms tepung ubi
100 gms gula pasir
secubit garam
pewarna merah
loyang 7"x7"
Kukusan (Kjee guna tudung bamboo)

CARA

Sediakan kukusan. Panaskan air kukusan.
Masak gula bersama air. Dah cair, sejukkan.
Timbang tepung dan ayak. Kjee hanya ada stok 60gms tepung beras. Malas nak pergi beli, Kjee tambah 20gms tepung gandum.
Satu kotak santan dicampur air menjadikan ia 500ml. Masukkan secubit garam.
Adun tepung bersama santan, air gula dan tapis.
Bahagi dua. Satu letak pewarna merah. Satu biarkan putih.
Lapikkan loyang dengan plastik. dan letak dalam kukusan.
Curahkan dua senduk warna putih. Kukus selama lebih kurang 5-7 minit atau bahagian atas sudah mengeras.
Ulang dengan lapisan warna merah dan seterusnya hingga habis. Tambah sedikit lagi warna merah kepada lapisan terakhir.
Rasanya tadi ada terlebih adunan putih. Kjee campurkan dengan lapisan merah terakhir.
Kukus hingga permukaan atas kering. Buka penutup dan terus kukus tanpa penutup lebih kurang 10 minit untuk keringkan permukaannya.
Potong setelah betul-betul sejuk. Kjee sejukkan dulu di luar selama lebih kurang 2 jam. Kemudian masuk ke dalam peti ais selama 1 jam baru dipotong dengan spatula atau pisau pemotong plastik.

NOTA:
Kjee guna penutup kukusan bamboo. Jadi, tidak perlu melapik penutup. Kalau tak ada, korang pepandailah lapik kain atau alluminum foil.










Jumat, 27 November 2015

CUBAAN PERTAMA KUIH BAHULU CERMAI








Ini pertama kali Kjee buat kuih Bahulu, sendiri. On my own. Kali terakhir Kjee buat adalah bersama arwah Bonda, puluhan tahun lalu. Hmmmm masa Kjee masih remaja. Lamanya kan? Sekarang dah 60 tahun baru berani buat sendiri.

Dan walaupun mungkin nampak cantik hasil Kuih Bahulu Cermai ini, jauh di sudut hati Kjee, Kjee tahu Kjee sebenarnya telah gagal. Serius. Walaupun gebu dan ringan, namun Kjee tahu Kjee ada buat kesilapan meminda resipi tanpa berfikir panjang.

Bayangkan, resipi asal Mat Gebu hanya memerlukan 5 biji telor. Gred A. Tapi kerana Kjee nak guna telor itik yang kecil, Kjee guna 6 biji telor itik. Rasanya gred B atau mungkin C. Kjee tambah sebiji lagi tanpa meminda timbangan tepung! Sepatutnya tambah telor, tambahlah tepung kan? Hmmm bodoh lama belum hilang, timbul bodoh baru... Bonda suka cakap macam tu dulu. Hehehe.














Justru, Kuih Bahulu yang Kjee hasilkan kurang kenyal. Lebih mirip kepada kek span atau sponge cake. Tapi, taklah rosak kejadiannya. Cuma kurang rasa tepung. Lain kali, Kjee akan hati-hati dan follow resipi asal as close as possible.

Kjee tak suka kalau Bonda buat Kuih Bahulu. Kjee suka makan tapi tak suka bab kepuk atau pukul telor. Selalunya, Kjee jadi mangsa. Jadi tukang pukul telor untuk buat kuih ni. Tak sanggup tengok bonda berhempas pulas seorang diri. Arwah mungkin bangga dengan apa yang Kjee lakukan hari ini, walaupun Kjee guna Hand Mixer untuk kepuk telor. Hehehe.

Oleh kerana Kjee pernah buat masa remaja dulu, maka bukanlah suatu keajaiban Kjee melakukannya hari ini. Walaupun UnclePali kata, kan lebih mudah beli. Berlambak orang jual. Murah pulak tu. Tetapi Kjee mahu menghasilkannya untuk set rekod peribadi (ewah) dan jugak untuk dijadikan rujukan untuk anak cucu.

Dalam banyak-banyak resipi yang Kjee google, resipi Che Mat Gebu blogger femes Dapur Tanpa Sempadan menjadi pilihan kerana bahannya mudah dan tiada banyak kerenah. Cuma Kjee kurangkan pengunaan gula sebanyak 20gms.

Kjee guna telor itik. Kenapa? Suka suka jer. Kalau takut hanyir, bubuhlah vanilla. Mat Gebu bubuh esen rose. Tapi Kjee tak suka baunya yang menyengat. Vanilla sangat kena dengan citarasa.

Korang nak resipi penuh, boleh KLIK SINI. Entri Mat Gebu, 6 tahun yang lalu.

Kjee berjanji, lain kali Kjee buat, Kjee akan pastikan Kjee ikut resipi Mat Gebu betul-betul. Hehehe. Dan Insya Allah akan beli acuan yang besar sikit. Yang ini, agak kecil-kecil hasilnya. Sekali masuk mulut, terus hilang. Dan kena tunggu lama untuk habis masak semua adunan. Buat yang besar-besar jimat sikit masa. Hahaha.








Rabu, 25 November 2015

LEPAT LABU TANPA INTI KELAPA








Ini dia Lepat Labu pertama airtangan Kjee. Hari tu Kjee beli sebiji labu. Separuh dah buat Bingka. Tinggal separuh lagi dalam 400 gms, Kjee simpan dalam peti ais. Kelmarin Kjee pergi pasar dengan Nadia. Nampak labu. Separuh jer. Dalam 600gms. Beli.

Balik rumah teringin lak nak buat Lepat Labu. Tapi Kjee tak suka letak inti kelapa putih. Bila makan terasa gatal tekak. Rupa-rupanya, Cikgu Maryam, fren FB Kjee dari Johor kata, orang Jawa memang makan lepat tanpa inti kelapa putih tu. Ohhh patut kah mokcik tak suka. Hehehe

Kjee google cari resipi. Hari tu Kjee ada jumpa satu resipi yang tak letak inti kelapa. Dan dia guna tepung beras sikit. Kali kedua cari tak jumpa pulak. And then google lagi jumpa blog milik Julia Homemade. Hah dia letak tepung beras.

Maka Kjee mulalah projek. Resipi asal guna 500gms labu. Tapi kat rumah ada 1kilo atau 1000gms. Jadi, hantam sahajalah labu tu. Gandakan adunan. Hehehe. Bukan jadi banyak pun. Dibawah ni Kjee letak resipi asal.








LEPAT LABU
sumber: Blog Julia Homemade

BAHAN-BAHANNYA:

500 gram labu kuning - kukus hingga lembut
3/4 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
4 - 5 sudu besar gula atau secukup rasa
Kelapa parut + garam (
Kjee tak letak)
Daun pisang - di layur

Cara Membuat :
Kukus labu hingga empuk. masukkan gula dan lenyek. Masukkan tepung gandum dan tepung beras gaulkan menggunakan senduk hingga rata. Ratakan atas daun pisang ( 2 - 3 sudu ), letakkan sedikit kelapa parut dan gulung. Lipat kedua2 hujung. Aturkan ke dalam periuk kukus dan kukus selama 15 minit.



Tapi rasa-rasanya Kjee lagi suka lepat pisang dan jugak lepat ubi kayu daripada labu, walaupun ramai kata Lepat Labu tersangat lah sedap. Well, tekak memasing kan. Hehehe.





Sabtu, 21 November 2015

BINGKA LABU YANG MUDAH DIBUAT







Ini antara kuih bingka yang Kjee sangat-sangat suka. Rasanya macam kastad. Tetapi kerana ramai kata labu banyak angin lah, sejuk lah dan semua yang sewaktu dengannya, Kjee jarang-jarang lah buat.

Selain sedap, Kjee suka buat Bingka Labu ni sebab mudah sangat. Buang kulit labu, dadu dan rebus. Dah lembut, Kjee masukkan terus ke dalam blender bersama susu cair, telor, butter dan santan. Pastu kisar sampai halus. Bila dah halus, masukkan perlahan-lahan tepung gandum. Kisar lagi. Kemudian masukkan tepung jagung, sedikit vanila dan garam. Kemudian masukkan jugak sedikit pewarna kuning. Kjee guna egg yellow.

Kjee panaskan acuan setelah letak sedikit marjerin. Pastu tuang jer adunan ke dalam acuan. Pastikan oven dah dipanaskan 15 minit. Tabur bijan yang telah disangai dan bakar ler. Kalau bakar guna loyang pun no problem. Tapi rasanya kena lapik loyang tu dengan kertas minyak. Bakar suhu 180 darjah selama lebih kurang satu jam jer.

Bila dah keluar over, letak ler sikit butter kat permukaan supaya nampak kilat. Tapi awas, tunggu sejuk betul-betul baru potong tau.









Tak ke mudah macam tu kan?! Tapi peliknya, masih ada yang kureng rajin buat dan nak beli dari Kjee. Hepppp rotan kang!!

Percayalah kalau Kjee kata Bingka Labu ni memang sedap sangat. Kjee dah bagi ramai kengkawan rasa. Semua kata best in the world.








BINGKA LABU
sumber: Shiela Spices Journey

Bahan-bahan:

500 gms labu (dibuang kulit dan rebus)
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
300 gms susu cair (Kjee guna 1 tin)
100 ml santan kotak
4 biji telor gred A
¾ cawan gula (Kjee guna ½ cawan)
½  cawan butter
secubit garam
1 sudu kecik serbuk kayu manis (Kjee tak letak)
1 sudu kecik esen vanilla
beberapa titis egg yellow (pewarna kuning)
sedikit Bijan sangai.



Cara membuatnya Kjee dah explain bahagian awal entri ini. Jadi, kalau Kjee kata mudah sangat, tak reti-reti ker nak buat? Cuti sekolah ni anak-anak sentiasa lapar. Modal tak lah besar sangat.
















Kamis, 12 November 2015

PUDING KASTAD GULA MELAKA







Kelmarin Nadia kata Mama dah lama tak buat Agar-Agar Kastad. Tak rindu ker nak makan? Hehehe itulah cara Nadia nak bagitau Kjee suruh buat. Rindu jugaklah sebab lama sangat tak buat.

Kjee buat Agar-Agar Kastad dulu tanpa resipi. Guna agar-agar tali. Mula-mula jerang agar-agar bersama air dalam periuk. Apabila agar-agar dah cair, letak gula. Kemudian apabila gula dah cair, masukkan satu tin susu cair dan kacau sampai rata. Kemudian letak kastad yang telah dicampur air. Kemudian tapis ke dalam loyang.

Itulah resipi Kjee. Kekadang jadi keras sangat kekadang lembik. Tapi yang kelakar, masa Nadia kecik-kecik dulu ada juga orang order. Hehehe. Kjee kecut jugaklah perut sebab tak tahu hasilnya macam mana sebab Kjee terus bagi loyang agar-agar tu kat customer tersebut. Tapi dia tak pernah complain. Malah ada yang repeat order. Naseb ler.

Tapi sekarang Kjee dah pandai guna Agar-agar serbuk. Yang 10gms dalam satu peket tu. Mula-mula dulu takut jugak sebab kuantiti air tak sama kalau kita guna agar-agar tali.

Hari ni Kjee buat Agar-Agar Kastad curah sirap Gula Melaka atau ada orang panggil Gula Nau. Ini gula Melaka ori pemberian fren Kjee, Khairani Dato Khalid, tauke Lubukmas Farm, kat Nismilan. Gula itu memang ori lah. Rasa cam candy! Tak campur gula pasir punya!









First thing first. Kjee masak dua ketul gula Melaka tu dengan dua cawan air. Masak sampai pekat. Sampai boleh curah atas puding agar-agar nanti. Kalau korang nak letak satu dua sudu dalam acuan kemudian tuangkan puding yang baru dimasak tu pun okay gak. Jadilah ia macam Karamel Puding Telor tu. Tapi, Kjee curahkan diatas puding selepas ia diterbalikkan.

Dah masak gula tu sampai pekat, sejukkan.

Beralih pulak kita buat puding tu. Kjee didihkan 3 cawan air dalam periuk. Kemudian masukkan satu peket agar-agar serbuk. UnclePali beli yang warna kuning sebab warna transparent tak ada kat kedai tu.

Sementara tunggu agar-agar tu dissolve, Kjee campur dua sudu tepung jagung dan tiga sudu tepung kastad ke dalam mangkuk. Campurkan satu cawan air, kacau dan tapis. Tepikan.

Apabila agar-agar sudah larut, masukkan satu tin susu cair dan tiga sudu besar susu manis. Tak perlu terlalu manis sebab nanti nak curah sirap gula Melaka diatasnya bila nak hidang. Kacau hingga rata. Biarkan didih seketika. Kemudian perlahankan api dan curah capuran air tepung kastad, tepung jagung dan sedikit vanilla. Kacau tanpa henti selama lebih kurang lima minit, kemudian padam api.








Curah dalam bekas atau acuan idaman. Sejukkan lebih kurang sejam dua.

Apabila hendak hidang, terbalikkan atas piring dan curahkan sirap gula Melaka. Sedap dihidang sejuk. Sirap gula Melaka pun kena sejukkan dalam peti ais.

Baru Kjee terfikir, ada Maple Syrup pemberian my sis Hawa Lerno masa dia balik cuti Hari Raya dari Perth hari tu. Hmmmm boleh jugak guna kan. Hehehe.

Anyway, boleh makan jugak tanpa sirap Gula Melaka.





Minggu, 08 November 2015

BUTTER CAKE DENGAN PARUTAN KULIT OREN








Nadia tak pernah minat makan kek, ais krim, cokelat dan segala yang manis-manis dan sewaktu dengannya. Memang sejak dari kecil lagi. Di zaman kanak-kanak, mereka sebaya dengannya habiskan masa dengan segala jenis gula-gula dan cekelat. Nadia, anak yang perlu dipaksa ambil kalau ada yang hulurkan gula-gula, cekelat atau ais krim.

Justru, apabila dua hari lepas dia kata dia nak buat Butter Cake, Kjee cepat-cepat angguk, as long as dia yang buat. Hehehe. Dan kalau dia buat, of course dia yang banyak sekali makan. Oklah tu kan.

Hari ni Kjee sama-sama duduk kat dapur tengok dia siapkan semua bahan-bahan nak buat Butter Cake. Ini kali ketiga, kalau tak silap Kjee, Nadia buat Butter Cake. But this time dia letak parutan kulit oren atau orange zest.

Nadia jugak guna susu cair (evaporated milk) ganti susu segar dari resipi asal.

Dia parut kulit oren (bahagian oren sahaja, jangan sampai ke bahagian kulit putih yang pahit) dan tabur sebanyak lebih kurang satu sudu makan ke dalam adunan di bahagian akhir sebelum dituang ke dalam acuan.

Apapun, sewaktu kek itu keluar oven, Kjee nampak kekecewaan di wajah Nadia. Kek tu merekah sedikit di permukaannya. Oven terlalu panas. Dalam resipi asal 180 darjah untuk 30 minit pertama dan turunkan ke 150 darjah untuk minit kedua. Lain kali mungkin turunkan suhu ke 160 darjah. Dan masak selama 45 minit tanpa ubah suhu. Hmmm kena pepandai adjust ikut oven memasingkan kan?

Tetapi rasanya tetapi gebu dan ringan. Nadia kurangkan gula castor. Dia hanya guna 100gms ketika dicampurkan dalam butter dan 50gms dalam putih telor. Keseluruhan hanya 150gms gula. Sudah cukup manis buat kami. Tetapi kalau korang suka manis, ikutlah resipi asal.

Sorry hari ni gambar kurang menarik sebab tukang amik gambar sibuk menukang di luar rumah. Hehehe.

Untuk resipi asal, KLIK SINI.







Senin, 02 November 2015

PUFF PASTRY APPLE PIE








Dah banyak hari mengidam tapi tak pernah berkesempatan nak buat. Bukan susah pun. Buat tak sampai ½ jam tapi yang tak best, licin dalam masa tak sampai lima minit. Hehehe

Kjee beli dua biji Granny Smith Apples. Apple yang warna hijau. Dia orang kata GS apples ni tak lembik bila dimasak. Alahai kalau masuk perut hancur jugak kan? So, guna epal hijau Siam pun okay lah.

Kerana tiga empat hari apple tu duduk dalam peti ais, maka sebiji Nadia bedal cicah dengan serbuk asam boi. Tinggal sebiji jer. But since yang makan dessert camni hanya Kjee dan UnclePali, baki sebiji GS apple tu, cukup buat apple pie untuk kami berdua.

Kjee buat dua open apple pies dan berbaki sedikit lagi intinya, Kjee buat close pie.

Nak buat pie, oven mesti betul-betul panas supaya masuk jer pie ke dalam oven, ia akan terus naik. Maklumlah Kjee guna puff pastry jenama Kawan untuk apple pie ini. Panaskan oven 180 darjah selama 20 minit.







Sementara itu, keluarkan puff pastri dan asingkan lima keping atas meja. Tetapi lapikkan ia diatas pelapik plastik dalam peket tersebut. Kemudian buat inti.

Intinya, Kjee tak masak. Kjee buang kulit, hiris dan letak soft brown sugar. Kemudian letak secubit serbuk kayu manis. Kacau rata dan tepikan.

Habis buat inti, Kjee ambil satu keping pastri (ukuran 4"x4"). Kjee toreh satu inci keliling pastri itu, keluarkan bahagian tengah pastri tersebut. Ia berbentuk cam frame gambar. Kemudian Kjee letakkan 'frame' tadi diatas satu lagi keping pastri.

Maaf, tadi tak amik gambar sebab ini kali pertama Kjee buat dan takut tak menjadi. Hehehe.

Kemudian bahagian dalam pastri yang menjadi lapaisan bawah itu, dicucuk-cucuk manja guna garfu. Kemudian ambil inti apple dan susun di dalam 'frame'. Jangan takut nak letak banyak inti. Kjee takut-takut tadi. Bahagian luar 'frame' akan 'naik' tinggi. Kalau letak sikit, nanti tak cantik. Susun elok-elok inti apple tu.

Kemudian sekeliling pastri disapu dengan telor yang telah dipukul manja. Buat sampai habis. Kjee buat sebiji apple dan dapat dua open pie dan satu close pie. Kjee guna lima keping pastri Kawan.

Bakar dalam oven suhu 180 darjah selama lebih kurang 15 hingga 20 minit terpulang kepada kepanasan oven sendiri.

Apabila sudah dikeluarkan, ayak dengan gula icing.











Sabtu, 31 Oktober 2015

JEMPUT MAKAN JEMPUT-JEMPUT PISANG






Selain Ubi Rebus makan dengan kelapa parut, Jemput-Jemput Pisang adalah kuih minuman petang favorite rakyat Malaysia. Setuju kan?

Buat Jemput-Jemput Pisang, lebih mudah dari buat Ubi Rebus, rasanya. Well, bukan senang kan nak nak dapat ubi kayu yang baru dicabut. Kalau beli kat pasar, mesti yang dah masuk angin. Hasilnya, ubi rebus dah ganyut.

Masa Kjee muda-muda dulu, peniaga pisang ada letak sebekas tapisan plastik pisang yang dah agak terlalu masak untuk dimakan begitu sahaja. Dijual satu bekas RM1 atau RM2. Biasanya untuk orang buat Jemput-Jemput atau Lempeng atau Lepat.

Tapi sekarang dah tak jual lagi macam tu. Mereka tetap timbang pisang yang dah tak boleh lagi dimakan mentah dengan harga mungkin murah sikit dari pisang yang masih segar.

Kjee suka buat Jemput-Jemput guna pisang Berangan. Ada orang kata Pisang Emas lagi sedap. Okaylah tapi Pisang Berangan ada aroma yang berlainan. Tapi kalau dah tak ada pisang Berangan, apa yang Kjee nampak, itulah yang Kjee beli.

Nadia ada cara tersendiri makan Jemput-Jemput Pisang ini. Biasanya Kjee lah mangsa dia. Selepas Jemput-Jemput siap digoreng, Kjee akan koyakkan bagi sejuk.  Bila dah suam sikit baru makan. Sedap sangat. Ada rasa garing-garing.

Cara ini Kjee buat masa si Nadia kecik. Sebaik sahaja siap digoreng, Nadia dah tunggu nak makan. Kerana panas, Kjee terpaksa koyakkan satu demi satu untuk sejukkan. Dia memang suka sangatlah. Tabiat ini terbawak-bawak hingga dia dah tua.

But I also like!! Hehehe




Sabtu, 12 September 2015

PULUT SERI MUKA. TIPS UNTUK DAPAT PERMUKAAN LICIN








Ini kali ketiga Kjee buat Pulut Seri Muka dalam seminggu. Ia dikenali sebagai Pulut Sekaya di negeri-negeri Utara Malaysia. My SIL kak Paridah kata my MIL buat sedap. Ada bubuh rempah tetapi malangnya sejak 15 tahun kahwin dengan UnclePali tak pernah pun rasa. Huhuhu.

Kenapa sampai tiga kali Kjee buat dalam masa seminggu? Sebab kali pertama buat, tersangat sedap. Tapi tak puas makan sebab Nadia rembat bawak pergi opis share dengan office mates dia. So, Kjee buat kali kedua. Nak bagi Biha, my gud fren who stays in the neighbourhood.

Malangnya, kali kedua Kjee rasa cam ada yang tak kena. Kjee tengok lapis hijau macam keras sikit. Tapi Biha kata okay dan sedap. Kjee tak sempat nak rasa yang buat kali kedua kerana Kjee bagi the whole loyang kat Biha.

So, pagi semalam buat ler lagi. Kjee buat dua adunan sebab nak bagi separuh kepada Biha sebab keluarga dia suka sangat. Alahai yang ketiga ni pulak, pulutnya lembik sikit. Or maybe silap Kjee sebab potong masih suam-suam. Malam tadi Biha kata okay.

Pagi tadi setelah keluarkan dalam peti ais dan amik gambar, barulah perfect sikit. Walaupun pulutnya bagi Kjee lembik sikit tapi rasanya memang sedap. Kali keempat buat, Kjee akan adjust santan cair untuk pulut tu. Maybe guna dua cawan jer santan cair.



Guna loyang spring form yg diguna buat cheesecake. Jadi, tak perlu lapik plastik




Kjee dah janji pada diri sendiri dan jugak Biha yang Kjee akan buat lagi sampai Kjee dapat yang perfect dan menepati citarasa mokcik yang cerewet tahap gaban ni.

Nak bagitau you all, recipe ni memang dah cukup lengkap. Manis dan lemak semua dah ada. Cuma kita kena pepandai gunakan teknik betul mengukusnya.

Kjee tak berapa suka guna teknik tudung atau penutup kukusan dibungkus terlebih dulu dengan kain. Ada orang kata guna lampin kain. Harap mereka guna lamping kain yang belum digunakan. Hehehe

Selama ini Kjee tahu cara paling mudah guna pengukus bamboo yang biasa digunakan oleh mereka yang jual pau. Tapi Kjee ada dua pengukus bamboo tu yang saiznya tidak muat loyang kuih yang ada.

Tapi semalam, my genius of a husband, suggest Kjee tutup loyang dengan penutup bamboo. Kemudian, tutup lagi dengan penutup alluminium pengukus.










Fullamak. Memang pandailah suami gua ni. Sikit pun tak menitis air kat permukaan my Pulut Seri Muka! Tapi di 10 minit terakhir, apabila sudah elok kuih itu dikukus tetapi masih nampak lembab-lembab, jangan sesekali gunakan tisu dapur untuk serap air tu. Nanti jadi cam permukaan bulan! Tetapi bukak penutup dan biarkan ia terus dikukus selama 10 minit lagi sehingga kelembapan itu kering!

That way, korang boleh dapat permukaan Pulut Seri Muka atau Pulut Sekaya yang licin macam dalam gambar tu!

Ada yang tanya kenapa Pulut dan lapisan atas tidak melekat antara satu sama lain. Itulah sebabnya setelah memampatkan pulut dalam loyang, ia perlu dikembalikan ke kukusan dan dikukus semula lebih kurang 7-8 minit. Apabila permukaan pulut sudah panas, tuangkan perlahan-lahan adunan hijau.

Kjee guna 100% jus pandan. Jangan bimbang kalau waktu hendak mengukus, kaler dia macam tak cantik. Percayalah, setelah siap dikukus dan dikeluarkan dari kukusan, korang akan dapat kaler cam yang Kjee buat tu.

Harap-harap tips mokcik ni dapat membantu. Kjee tak pandai, bukan pakar tetapi apa yang Kjee turunkan adalah daripada pengalaman yang telah dilalui.

Harus tunggu sampai betul-betul sejuk baru potong. Elok buat malam, pagi baru potong. Dan guna pisau plastik ya.

Resipi penuh KLIK SINI.