Tampilkan postingan dengan label lauk pauk. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lauk pauk. Tampilkan semua postingan
Rabu, 20 Januari 2016
ACAR IKAN TALANG MASIN
Kali pertama Kjee buat Acar Ikan Masin ini menggunakan Ikan Kurau Masin bertahun-tahun yang lalu. Kalau tak silap, Kjee guna resipi Amy Beh. Buku tu entah hilang kemana. Sedap sangat.
Kjee sudah hampir terlupa kewujudan Acar Ikan Masin ni sehinggakan Kjee terjumpa dalam blog Che Mat Gebu. Menggoda sungguh air tangan Che Mat.
Hari-hari Kjee berkira-kira... nak buat ke tak nak? Jadi semalam, Kjee sempatlah ke Selayang dan singgah di satu kedai jual ikan kering yang terkemuka. Memang disitulah Kjee singgah beli ikan bilis dan udang kering masa meniaga dulu. Harganya amat berpatutan berbanding kedai lain.
Bersama Shida, adik angkat Kjee, kami memilih ikan talang yang sesuai. Dapatlah seekor yang menepati citarasa Kjee. Isi buat acar dan tulang-tulang masak gulai nanti.
Pagi tadi Kjee potong isinya lebih kurang 200grams dan rendam. Ikut benar-benar resipi Sifu Kjee tu. Tapi ketika sedang kemas-kemas rumah, Kjee terfikir yang 200grams tu sikit sangat. Alang-alang buat, elok digandakan. Maka Kjee pun tambah lah lagi 200grams.
Selepas lebih sejam direndam, sambil sekali sekala tukar air (kalau bonda dia rendam dalam air garam untuk kurangkan masin, katanya), akhirnya Kjee cuci bersih-bersih dan potong sebesar ibu jari. Kemudian Kjee toskan atas tuala kain yang bersih.
Sementara itu, Kjee siapkanlah bahan-bahannya. Semua rempah yang perlu, disangai dan ditumbuk halus. Kisar cili kering dengan halia, bawang besar dan kunyit. Serta kopek bawang kecik dan bawang putih. Kjee guna cili padi bangla yang pedas.
Ikan masin dan ditos, digoreng hingga keperang-perangan. Kalau ikut stail bonda, dia goreng garing lepastu diketuk-ketuk. Isyhhh banyak kerja. Hehehe.
Okay ikut resipi lengkap Mat Gebu DISINI.
Kalau Mat Gebu kata sedap, memang boleh percaya. Simpan setelah ia benar-benar sejuk dalam balang atau botol kaca. Tak kesahlah nak simpan dalam peti ais ataupun kat luar.
Selamat mencuba. Ratah sangat-sangat awesome.
Senin, 11 Januari 2016
AYAM MASAK BALI
Hari tu Kjee tengok kat FB, ramai yang buat Ayam Masak Bali. Kalau tak silap, pernah Kjee tengok kat Asia Food Channel, seorang Chef dari Indonesia buat Bebek Masak Bali. Bebek bukan bibik tau! Bebek tu Itik. Kalau Bibik masak Bebek okaylah. Hohoho.
Anyway, kerana teruja nak rasa camner Ayam Masak Bali, Kjee pun cam biasa intailah kat blog masakan. Of course mula-mula mesti intai kat blog Dapur Tanpa Sempadan. Rasanya Kjee memang nampak Mat Gebu buat aritu.
Seronoknya sebab semua bahan ada. Tak payah keluar hutan, masuk hutan cari. Mudah sangat resipi yang Mat Gebu amik ntah kat sapa. Tapi Kjee fikir pulak, kalaulah tak letak serai, lauk tu dah jadi macam lauk masak kicap yang biasa Kjee buat. Cuma Mat Gebu kata kena letak banyak serai dan sedikit belacan.
Kjee pun intailah blog lain dan terpikat dengan resipi Ayam Bali dalam blog Resipiku.Net. Ada letak jintan manis dan ketumbar. Tapi tak ada belacan. Selain daun kari, dia letak daun limau purut. Hmmm Kjee pasti daun limau purut ada sebab UnclePali tanam. Tapi kena bukak gate amik kat luar. Isyhhh malaslah.
So, Kjee gabungkan bahan-bahan blog Mat Gebu dengan Resipiku.Net. Hasilnya amat memuaskan. Ada aroma serai yang wangi serta jintan manis dan ketumbar.
Resipi seperti dibawah yang telah Kjee olah.
AYAM MASAK BALI
sumber:
Dapur Tanpa Sempadan
Resipiku.net
Olahan:
Kjee
Bahan2:
½ ekor ayam
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
10 biji cili padi merah Bangla
1 inci halia
1 sudu teh biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
sedikit belacan
6 batang serai
2 inci kunyit hidup
2 tangkai daun kari
daun limau purut
2 senduk kicap manis
1 keping asam gelugor
2 cawan air
Cara:
Ayam dibersihkan. Potong dan tos kering.
Sangai jintan manis dan ketumbar hingga garing. Terus tumbuk panas-panas hingga halus. Kemudian tumbuk bersama cili padi, kunyit hidup, bawang besar dan bawang putih hingga menjadi pes. Kalau tak nak letak cili padi, boleh letak ½ cawan cili kering kisar.
Lumurkan pes bersama ayam dan perap lebih kurang setengah jam. Kjee jugak letak garam kepada ayam tadi sebelum diperap.
Panaskan kuali dan letak lebih kurang 3 sudu besar minyak. Apabila sudah panas, masukkan ayam yang telah diperap tadi. Biarkan ia masak seketika.Terbalikkan. Masukkan serai yang telah diketuk-ketuk dan juga daun kari. Apabila ayam sudah kecut, masukkan air dan ramas-ramas sedikit belacan. Masak sehingga air tu tinggal separuh. Kemudian masukkan 2 senduk kicap lemak manis dan 1 keping asam gelugor.
Perlahankan api dan masak sehingga hampir kering. Kjee tak biarkan ia kering sangat. Suka lembab-lembab.
Boleh dimakan dengan nasi, nasi impit, lemang atau pulut. Rasanya, ada pedas, manis dan wangi serai serta jintan dan ketumbar. Selamat mencuba.
Minggu, 10 Januari 2016
GULAI IKAN TONGKOL VERSI WONG JOWO KOLUMPO
Masa kecik-kecik, Ikan Tongkol tak pernah masuk rumah kami. Mungkin sebab tiada pengaruh Pantai Timur dalam keluarga kami. Maklumlah mak asal orang Melaka tapi lahir di Kolumpo. Dan bapak orang Melaka piau.
Bila dah besar baru Kjee tahu kenapa mak tak pernah masak Ikan Tongkol. Alasan dia, Ikan Tongkol darahnya merah menyala. Dia ngeri. Menyiang ikan itu ibarat kerat kepala orang. Isyhhhh Mak memang kekwat. Samalah dia tak suka ikan Keli atau Sembilang sebab katanya, macam ular. Hehehe.
Tapi anak mak yang sorang ni adventurous sikit. Semua dia bedal. Semua dia nak terai. Kalau tak sesuwai baru dia give up!
Justru, apa sahaja boleh diterima tekak Kjee asalkan halal. Of course lah kan? Hehehe
Sabtu lepas, Nadia ajak Kjee ke Hero Market. Sekarang pergi membeli stok dapur seminggu sekali jer sebab Nadia dan UnclePali kerja. So, pepandailah Kjee adjust. Ayam dan daging, suatu kemestian. Ikan, ikut apa yang nampak di Hero Market.
Dan kebetulan pergi aritu, ternampak Ikan Tongkol. Memang berkenan sangat-sangat lah sebab nampak fresh sangat. Kjee pun amik dua ekor yang comel lote. Kjee nampak warna hitam, Kjee pun rembat sebab kengkawan kata Ikan Tongkol Hitam, elok isinya. Lembut.
Tak kusangka rupa-rupanya yang Kjee hangkut hanya hitam pada rupa. Ia ada design kat badannya yang orang panggil kurik. Itu yang tak elok sangat. Yang elok, Ikan Tongkol Hitam yang ada bintik-bintik putih kat badan dia. Itu namanya Ikan Tongkol Putih. So, they say.
What ever lah.
Tadi Kjee rebus letak asam keping. Ikan yang Kjee beli tu lembut sangat. Kjee amik bahagian kepala yang dah rebus, ramas-ramas bagi Snowy dan Ginger (anak bulus ku) ratah. Eh lembut sangat-sangat. Or mungkin Ikan Tongkol yang Kjee beli tu extra virgin. So, masih lembut. Anak dara lagi. Hehehe.
Dalam otak fikir nak masak apa. Mula-mula nak buat Singgang tapi google dulu. Jumpa Gulai Ikan Tongkol versi Kelantan blog Azie Kitchen. Ehhh sikit lebih kurang macam Gulai Pahang yang selalu Kjee buat. Mestilah kan sebab Pahang pun negeri Pantai Timur.
Maka Kjee pun buatlah Gulai Ikan Tongkol Versi KL.
Ikan Tongkol yang sudah dibersihkan dan dipotong ikut suka, Kjee rebus letak sedikit garam dan 4 keping asam gelugor. Rebus lebih kurang 1 jam. Kjee guna dua ekor yang kecik.
Kjee tumbuk dua biji bawang besar (yang tak berapa besar), 5 biji cili padi Bangla (yang sangat pedas tu), 1 inci halia, 1 inci lengkuas, 1 inci kunyit hidup dan 1 sudu kecik ketumbar yang telah disangai (goreng tanpa minyak). Tumbuk sampai halus (bermula dengan ketumbar) dan jadikan paste. Dua batang serai diketuk-ketuk.
Tumis hingga naik wangi. Kemudian Kjee masukkan sedikit air rebusan ikan tadi. Apabila sudah hampir kering, Kjee masukkan satu kotak kecil santan. Didihkan. Kalau pekat sangat, tambah lagi air rebusan ikan hingga cair sikit.
Setelah mendidih, masukkan ikan tongkol yang direbus tadi. Baki air rebusan buang. Kjee letak 1 helai daun kunyit masak rebus ikan.
Pelahankan api, rasa garam. Kjee letak satu keping kecik asam keping sebab rasa macam tak cukup masam. Kalau suka letak secubit gula tapi Kjee tak letak.
Itu jer Gulai Ikan Tongkol Pantai Timur versi Kolumpo. Hehehe boleh?

Jumat, 08 Januari 2016
AYAM KICAP MADU SELASIH
Sejak tengok Taiwanese Three Cup Chicken di Asia Food Channel (AFC) hari tu, Kjee asyik teringat aje. Tetapi antara bahan-bahan penting yang harus dimasukkan dalam makanan itu ialah Chinese Rice Wine.
Kjee google untuk cari alternatif kepada CRW tetapi rata-rata, hanya boleh diganti dengan dry Sherry. Hmmm lagi nahas. Arak tu. Kemudian, Kjee cuba jugak fikir samada mahu gantikan dengan air tapai sebab CRW adalah penapaian air beras. Jenuh pulak nak cari orang jual air tapai.
Akhirnya, Kjee buat keputusan guna Apple Cider atau cuka epal.
Nyata sekali pengunaan Apple Cider, pilihan tepat. Kjee juga tokok tambah bahan-bahan sendiri. Resipi asal Three Cup Chicken hanya kicap cair, sedikit kicap hitam, bawang putih, halia dan tentunya ayam. Satu lagi bahan penting, daun selasih atau Thai sweet Basil. Resipi asal juga guna cili padi Thai.
Sambil masak, Kjee tokok tambah. Keputusannya amat memuaskan. Dah tak boleh panggil Taiwanese Three Cup Chicken lagi sebab bahan-bahannya dah berubah. Kjee letak apa sahaja mengikut naluri atau instinct. Tetapi Kjee pastikan semuanya disukat dengan betul. Manalah tahu kalau sedap, sekurang-kurangnya Kjee dah ada resipi kan? Hehehe.
Kjee guna lebih kurang 500 gms ayam yang dipotong sebesar 2 inci atau bite sizes. Kemudian ayam tersebut digoreng separuh masak guna minyak yang sedikit. Tepikan.
Kjee hiris lebih kurang 4 inci halia serta 8 ulas bawang putih. Panaskan kuali yang sama goreng ayam tadi. Tambah lebih kurang dua sudu besar minyak bijan (sesame oil). Apabila sudah panas, goreng halia hingga garing. Kemudian masukkan bawang putih dan goreng lagi sampai warnanya menjadi keperang-perangkan.
Masukkan ayam, dua cawan air dan rendidih guna api perlahan.
Kjee kemudian memasukkan 2 sudu besar kicap lemak manis, 1 sudu kecik kicap pekat hitam (kicap ini tiada rasa), 2 sudu kicap cair (Kjee guna fish sauce), 2 sudu sudu besar apple cider dan 2 sudu madu. Kacau sampai rata.
Kemudian apabila melihat kuahnya semakin kering, Kjee tambah satu lagi cawan air dan rendidih perlahan sehingga ayam elok empok. Ketika ini Kjee masukkan 5 biji cili padi yang telah dibelah dua. Kjee guna cili padi Bangla yang merah dan pedas.
Apabila kuahnya sudah hampir kering, Kjee campur 1 sudu kecik tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan ke dalam kuali. Besarkan api dan kacau pantas-pantas. Sebelum padam api, masukkan daun selasih. Banyak mana Daun Selasih, ikut suka tetapi Kjee suka letak banyak.
Gaul hingga daun layu dan hidangkan.
Kjee suka sangat dengan hasilnya. Rasanya ada pedas, manis dan masin. Ini resipi baru Kjee yang Kjee akan buat berulang kali nanti. Kalau suka boleh tabur kacang goreng (kacang tanah) atau kacang gajus. Tadi lupa nak letak. Hehehe
Selamat mencuba.
Senin, 04 Januari 2016
SUP IKAN JENAHAK DENGAN KENTANG
Pagi tadi teringat macam ada dua potong Ikan Merah dalam freezer. Teringin pulak nak makan sup Ikan Merah. Kali ini sure semua bahan-bahan ada. Bahan-bahan basic jer. Tak perlu keluar masuk hutan pergi cari kan? Hehehe.
Maka selepas lakukan Solat Dhuha tadi, Kjee pun ke dapur. Geledah punya geledah tak jumpa Ikan Merah. Hanya ada dua potong ikan Jenahak! Ohhh baru teringat aritu Kjee dah goreng Ikan Merah tu.
Hmmm harus lah aku buat Sup Ikan Jenahak aje. Lagipun tekak dah teringin sangat nak makan sup ikan. Kjee pun keluarkan kentang dan daun sup. Daun sup penting kalau masak sup. Nadia tak suka baunya. Pada Kjee, kalau masak sup tak ada daun sup, tak lengkaplah rasanya.
Untuk dua potong ikan Jenahak, Kjee siapkan penumisnya seperti berikut. Dua biji bawang besar (yang tak ler besar sangat), tiga ulas bawang putih, satu inci halia dan dua biji cili padi. Bawang dan halia dimayang. Cili padi dibelah hujungnya jangan bagi putus. Jugak satu peket kecik sohun direndam. Sebiji kentang dipotong empat.
Tumis bahan-bahan hirisan guna minyak yang sedikit sahaja. Api jangan besar nanti hangit. Apabila sudah naik bau wangi, masukkan air ikut banyak mana kuah yang diperlukan. Kemudian biar didih. Masukkan kentang. Masak hingga kentang empuk baru masukkan ikan dan cili padi.
Rendidih guna api perlahan dan letak sohun dan garam serta perasa, jika guna.
Sebelum hidang tabur dengan daun sup yang telah dimayang. Sedap makan panas-panas.
Kjee sengaja bubuh cili padi sebab tekak nak rasa pedas sedikit. Kalau tidak, selalunya, Kjee makan dengan sos cili. Dah terbiasa sejak kecik sebab itu cara arwah Bonda hidangkan apabila buat sup ikan.
Minggu, 03 Januari 2016
DAGING GORENG PEMBUKA SELERA
Sebenarnya, apabila beli daging batang pinang Sabtu lepas, Kjee teringin nak buat Daging Masak Merah Ala Thai. Search kat internet dan jumpa resipi dalam blog AZIE KITCHEN. Bukan main berkobar-kabar nak buat. Lama dah tak makan.
Tapi apakan daya, selongkar peti ais, bahan-bahan tak cukup korum.
Whatsapp UnclePali dan Nadia bagitahu nak drive kedai berhampiran, beli apa yang patut tapi dia orang tak bagi! Boleh ke Nadia tak kasi masak dan suruh tidur jer! Maklumlah, malam tadi hantu mana dah masuk rumah, semalaman Kjee tak boleh tidur.
Setelah dapat lelapkan mata dua jam dari kul 9am hingga 11.15am, Kjee ke dapur. Apabila bahan-bahan tak lengkap, maka harus fikirkan sesuatu sebab daging batang pinang dah dikeluarkan dari freezer.
Inilah kejadiannya. Daging Batang Pinang Goreng letak lada hitam, halia, bawang putih, bawang merah dan daun bawang. Nasib baik ada daun bawang. Kalau tidak, mungkin Kjee tak masak hari ni. Daun bawang tu yang menaikkan rasa daging goreng.
Kjee hiris lebih kurang 250gms daging batang pinang. Nak timbang, digital scales pulak pulak hal. Jadi agak-agak aje beratnya. Setelah dihiris nipis, Kjee perap guna Aji Shio Black Pepper. Lada hitam ni sudah siap berperisa garam. Kalau tak ada, boleh perap dengan serbuk lada hitam yang baru ditumbuk dan garam ikut rasa. Perap lebih kurang ½ jam.
Kemudian hiris 3 inci halia muda nipis-nipis, 1 labu bawang besar potong empat dan leraikan, tiga ulas bawang putih dan daun bawang.
Goreng daging yang telah diperap hingga airnya hampir kering dan sedikit garing. Tepikan. Tambah sikit lagi minyak dan masukkan halia dan goreng hingga garing, kemudian masukkan bawang putih. Goreng lagi hingga bawang putih naik bau. Masukkan kembali daging bersama bawang besar. Gaul sampai rata.
Oleh kerana Kjee guna Aji Shio Pepper, Kjee dah tak tambah lagi garam sebab masinnya secukup rasa. Kalau korang rasa nak tambah garam, elok tambah sedikit kicap cair atau fish sauce.
Dua minit sebelum padam api, masukkan daun bawah dan gaul rata. Mudah sangat buat.
Hidangkan dengan nasi putih. Sedap jugak diratah.
NOTA KAKI:
Kalau tak guna daging batang pinang, rebus daging hingga lembut, hiris dan goreng.
Rabu, 30 Desember 2015
KARI AYAM TANPA SANTAN
Kalau buat kari, baik ayam atau daging, Kjee selalu buat banyak-banyak. Bekukan dalam fridge. Nak makan, masuk jer dalam Microwave.
Lauk ni cukup versatile. Boleh makan dengan apa sahaja selain nasi. Gerenti sedap. Baik roti jala, roti canai, pulut, nasi impit, lemang, lempeng pekak dan kalau sesak-sesak dengan roti Gardenia pun sodap. Hehehe.
Oleh kerana Kjee dinasihati doktor kurangkan makanan bersantan, maka hari ni Kjee masak kari ayam ni letak sedikit susu cair. Dalam dua sudu besar sahaja. Rasanya tetapi maintain sedap.
Rahsia nak masak kari sedap korang intai SINI.
Itu ajelah cara Kjee masak kari yang kena dengan tekak Kjee. Kalau ada kata harus tambah itu, tambah ini, well, Less Is More! Sukati korang lah. Aku buat cara akum janji aku happy. Hehehe.
Selamat Menyambut Tahun Baru 2016.
Selasa, 29 Desember 2015
SINGGANG IKAN KEMBUNG SAMA BUDU
Apabila masak Singgang, teringat arwah Bonda. Satu hari Kjee temankan beliau ke klinik. Doktor sarankan Bonda makan singgang. Tak ingat apa masalah kesihatan beliau masa tu. Seingat Kjee beliau ada Diabetes dan Darah Tinggi.
Dalam kereta Bonda tanya Kjee samada reti buat Singgang. Masa tu manalah ada Cik Google. Kjee geleng kepala. Makan pun tak pernah macam mana nak reti masak. Kelakar kan sebab Kjee tak tahu ada makanan/lauk nama Singgang!
Anyway, satu hari Bonda call Kjee di office dan beritahu, kalau teringin nak makan Singgang, jom lah ke rumah dia. Masa tu arwah Bonda tinggal di Kawasan Melayu, PJ. Kjee pulak, start kerja saja terus tinggal bersama kawan-kawan.
Rupa-rupanya Bonda mintak resipi dari adik perempuan dia yang kahwin dengan orang Terengganu.
Ohhh Singgang tu sup ya Mak? Ya kata Mak. Sebab tu Doktor syorkan Mak makan sebab sangat-sangat sihat. Main rebus-rebus atau campak-campak jer. Langsung tak ada minyak.
Hari ni Kjee masak Singgang. Yang ada dalam freezer cuma Ikan Kembung atau ada jugak orang panggil Ikan Temenung. Hehehe. Kjee masak Singgang sebab doktor cakap paras kolestrol jahat dalam tubuh Kjee melebihi bacaan 2.6. Alahai baru 3.7! Ada kengkawan Kjee melebihi paras 7.
Apabila Kjee tanya doktor samada Kjee akan diberi ubat turunkan paras Kolestrol jahat, dia kata tak perlu kalau Kjee tak nak. Hanya kena kawal makanan. Hmmm kalau gitu, tak payah lah makan ubat kan?
Kjee jarang-jarang masak Singgang sebab Nadia lebih terer buat. Ada sekali tu, Kjee dan UnclePali terkejut apabila Singgang yang dia masak, sedap sangat. Kjee tanya resipi, Nadia garu kepala. "Yang macam Mama ajar dululah!" Hmmm air tangan dia lagi sedap dari sifu. Hehehe.
Tadi ada lima ekor Ikan Kembung. Kjee bersihkan dan potong dua. Kemudian Kjee hiris 1 labu bawang besar, 2 ulas bawang putih, 2 inci halia, 1 inci kunyit hidup, belah dua 5 biji cili padi dan ketuk 3 batang serai.
Semua tu Kjee masukkan dalam periuk, letak air secukupnya dan didihkan. Oh ya, jangan lupa 3 keping asam gelugor atau asam keping. Garam hanya diletak disaat akhir masa lauk ni dah siap.
Orang Pantai Timur, makan lauk ini dengan budu. Dan memang rezeki Kjee tadi. Bukak peti ais dan ternampak satu botol budu. Cara Kjee sediakan budu ni, Kjee hiris bawang dan ketuk-ketuk cili padi. Letak dalam mangkuk, curahkan budu kemudian perah sebiji dua limau kasturi. Betul ke cara ni? Nasib lah. Hehehe.
Hidang dengan nasi panas. Suruh mak mertua lalu depan masa kita tengah makan. Lalu belakang memang tak nampak. Oppppsss kenapa pulak dia mesti lalu depan or belakang? Bukan ke dia pun kena makan sama? Hehehe.
Senin, 21 Desember 2015
SIAKAP BERLADA LETAK PETAI
Kalaulah hujung minggu, Kjee pasti kukus aje Ikan Siakap ni. Nadia cukup suka Siakap Steam. Dah lama tak buat. Tapi dek kerana working day, maka Kjee pun buatlah Ikan Siakap Goreng Berlada letak Petai.
Masa pergi Hero Market tadi memang ada plan nak buat Ikan Goreng Berlada. Nak intai dulu harga. Maklumlah harga ikan melambung naik sekarang. Ikan Merah dah hampir RM40 sekilo. Apsal mahal sangat kan?
So sambil intai-intai, mata ternampak pulak ikan Siakap. Wah memang tepatlah kalau nak buat Goreng Berlada.
Kjee rembat dua ekor. RM21. Suruh budak tu kasi bersihkan dan potong dua. Eh nak potong tiga lah. Pastu ubah fikir pulak suruh potong dua. Bangla tu hangin pulak. Eh aku punya sukalah kan. Opppsss Kjee cakap elok-elok tadi dengan Bangla tu. Maklumlah dia tengah pegang pisau pemotong yang besor tu. Hehehe.
Dalam perjalanan pulang, nampak pulak orang jual petai. Rembat 1 ikat 3 papan. Wah, ini sudah bagus. Three in one. Cili Berlado, Ikan goreng dan Petai. Yayyyyyy.
Sampai rumah, terus tukar uniform dapur dan start masak.
Kjee potong lagi satu potong kecik each dari belah ekor Ikan Siakap tu, sebab nampak besar lah sangat. Dua potong tu boleh buat bekal Nadia lunch esok. Mesti dia suka kan?
UnclePali tolong kisar kasar-kasar dekat ½ kg cili merah dalam food processor. Tak rajin nak menumbuk. Kjee guna empat biji bawang sederhana besar dan 4 ulas bawang putih. Semua dikisar kasar. Pastu bila dah cuci Food Processor, baru teringat nak tambah cili padi Bangla. Hmmm ketuk-ketuk jer 10 biji cili tu.
Masa menunggu semua tu siap, Kjee goreng ikan Siakap separuh masak. Kalau buat sambal atau Goreng Berlado, Kjee tak suka ikan tu garing sangat. Nanti keras. Setengah masak tu is just nice.
Ikan keluar, masukkan pulak petai. Goreng dalam 2 minit jer. Pastu keluarkan.
Minyak yang sama Kjee guna untuk tumis
Apabila sudah cukup rasa, masukkan ikan goreng tadi bersama petai. Golek-golek seketika dan padam api. Sudah boleh dihidang bersama nasi putih.
Jumat, 18 Desember 2015
AYAM MASAK KICAP MUDAH
Ini untuk lunch semalam. UnclePali tak boleh makan Chicken Kung Pao sebab Kjee letak cendawan. So, untuknya Kjee masakkan lauk Ayam Kicap Pedas.
Kjee tumis bawang putih, bawang besar dan halia. Bawang potong bulat sementara bawang putih dan halia dihiris. Kemudian masukkan dua sudu besar cili kisar. Tunggu sampai cili garing baru masukkan sedikit air dan kicap. Mudah jer. Oh ya, jangan lupa letak satu kayu manis dan dua bunga lawang.
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak. Rendidih guna api perlahan sehingga ayam lembut.
Simple kan tapi dek ada ikan gelama jeruk goreng, sambal belacan dan ulam-ulam, dua pinggan jugak lah UnclePali makan. Hehehe.
PAHIT ITU UBAT
Terkedu Kjee seketika apabila doktor di Klinik Kesihatan yang Kjee pergi Selasa lepas tanya samada Kjee berani makan peria. Kononnya sangat-sangat pahit tapi elok untuk turunkan gula dalam darah.
"Kalau tak boleh makan sebab pahit sangat mungkin you boleh rendam dalam air garam. Letak sikit kunyit. Bila nak masak, ramas-ramas sikit, buang airnya dan cuci," kata doktor India yang cukup ramah sekali.
Pahit?!! Kjee takut pahit?!! Bila Kjee kata Kjee pernah berbulan-bulan minum jus peria yang pure (tanpa campur air), dia pulak yang terkedu! UnclePali masukkan peria (yang telah dibuang biji dan dipotong kecik-kecik) ke dalam juicer. Jusnya Kjee minum tanpa sebarang masalah.
Kjee dah lama tak minum sebab terlalu banyak jus peria yang piau (pure) mendatangkan sedikit masalah kepada buah pinggang Kjee. Justru Kjee berhenti.
Doktor itu mengakui, jika diambil begitu, ia agak kuat (too strong). So, tutup kes.
Semalam masa singgah Hero Market, Kjee ternampak Peria Katak. Sepeket ada 6 biji. Kjee rembat 1 peket. Dan hari ni, Kjee tumis biasaa jer letak kunyit. Kononnya, kunyit boleh nyah angin dari sayur tu. Wallahualam.
Kjee hiris satu labu bawang merah dan dua ulas bawang putih serta 1 biji cili merah. Peria, dibuang biji dan dihiris nipis.
Tumis bahan-bahan hiris (kecuali peria) hingga naik bau. Kemudian masukkan peria. Apabila peria lembut, Kjee taburkan satu sudu besar kunyit serbuk dan satu kuib ayam Knorrs. Selalu Kjee guna udang kering tetapi sebab UnclePali tak boleh makan, maka Kjee gantikan dengan kiub ayam.
Letak sedikit air dan masak hingga peria lembut dan kering. Sebelum padam api, taburkan hirisan cili merah.
First time Kjee buat letak serbuk kunyit. Sedap. Tak pahit.
Pahit tu kan ubat!!
Kamis, 17 Desember 2015
AYAM KUNG PAO DAN SICHUAN CHICKEN SAMA DAN SERUPA
Lauk ini ada beberapa versi. Namanya pun tak sama. Agaknya mengikut daerah di negeri China. Hanya rasanya sama. Kjee panggil Sichuan Chicken. Rupa-rupanya, ia jugak digelar Chicken Kung Pao.
Selalu kalau menjamu selera di Restoran Group Base, Sri Damansara, Kjee terpandang Chicken Kung Pao dalam menu. Rasa macam nak cuba tapi setiap kali ke sana, dah ada dalam perancangan apa yang harus dimakan. Jadi, Chicken Kung Poa ini akan Kjee kata, lain kali datang kita order.
Nasib baik tak order kerana Ayam Kung Pao dan Sichuan Chicken, makanan yang sama. Hehehe.
Kjee masak Chicken Kung Pao ni sebab semua bahan-bahan ada dalam peti ais. Cuma Kjee tak letak kacang sebab tak ada stok. Kalau letak kacang memang sedap. Selalunya, Kjee letak kacang gajus.
Masaknya secara stir fry atau masak cara pantas. Kalau stir fry, bahan-bahannya perlu disiapkan sebelum mula memasak.
Bahan-bahan yang Kjee gunakan seperti dibawah.
KUNG PAO CHICKEN/SICHUAN CHICKEN
2 keping dada ayam (dihiris nipis)
1 labu bawang besar (dibelah 4 dan dicerai-ceraikan)
4 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci halia (dihiris nipis)
½ biji capsicum merah (dadu)
½ bji capsicum hijau (dadu)
6 biji cendawan putih segar (potong 4)
1 sudu besar sos hoisin (optional)
1 sudu besar sos tiram (kalau tak letak Hoisin, letak 2 sudu besar)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecik minyak bijan
Setelah bahan-bahan semua sedia, campurkan sos Hoisin, sos Tiram, minyak bijan dan tepung jagung dalam mangkuk kecik. Letak lebih kurang 3 sudu air. Campur rata.
Panaskan kuali. Guna api besar. Letak lebih kurang 2 sudu besar minyak dan tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga naik wangi. Kemudian masukkan ayam dan masak hingga ayam kecut. Ayam harus kelihatan kering. Kemudian curahkan sos yang telah dibancuh.
Kacau pantas-pantas. Setelah kuah pekat, masukkan cili capsicum dan cendawan. Kacau lagi pantas-pantas.
Kena makan semasa ia panas dengan nasi putih.
Kjee letak jugak sedikit kicap hitam (tiada rasa) untuk tambah warna kepada lauk ini. Kalau tak letak pun ok. Kalau suka bolehlah letak sedikit kicap lemak manis.
Selasa, 15 Desember 2015
ASAM PEDAS IKAN PARANG
Kjee jarang-jarang masak Ikan Parang walaupun itu antara ikan kesukaan Kjee. Sebabnya, Kjee tak nak tengok Nadia dan UnclePali terkial-kial makan kerana ikan itu banyak tulang. Heran jugak bila UnclePali akan hanya jamah sikit kalau Kjee masak Ikan Parang. Tapi kalau Ikan Terubuk, memang pantang tengok!
Tapi hari ni Kjee selfish. Ahh lantak lah kalau Kjee sorang yang makan kan? Asyik meleleh air liur tiap kali nampak ikan parang. Tapi tadi Kjee whatsapp foto lauk asam pedas ikan parang, Nadia dah drooling. Ada ler kawan nak teman Kjee makan malam nanti. Hehehe.
Tak tau kenapa Kjee rasa Asam Pedas Ikan Parang yang Kjee masak arini sedap sangat. Ewah. Sendiri puji apa salahnya kan. Boleh hirup kuahnya. Why? Mungkin sebab teringin sangat nak makan Asam Pedas Ikan Parang.
Kjee masak cam biasa jer. Macam selalu-selalu. Tak ada kelebihan. Ohh ada. Kjee letak tomato. Kjee memang tak suka letak tomato dalam Asam Pedas. Tapi hari ini, terkecuali. Mungkin sebab ada stok dalam fridge. Arwah mak letak sos tomato dalam botol. Lagi haru. Hehehe.
Kjee gandingkan Asam Pedas dengan Telor Asin home made. Stok dah tak banyak. Nak kena order telor itik dari LubukMas Farm minggu depan. Kalau korang tak tahu cara nak buat Telor Asin, KLIK SINI.
Pastu UnclePali tolong petikkan pucuk daun Belalai Gajah atau Sabah Snake Grass. Sejak dua menjak ni, Kjee main kunyah jer daun tu. Kalau ada sambal belacan, memanglah sedap. Tumbuh lebat di depan rumah. Elok untuk segala jenis penyakit terutama kanser. Sediakan payung sebelum hujan. Nak tau lebih lanjut, tolong goodle yer.
Itu jer lauk hari ni. Siap jer masak, terus makan. Hehehe.
Untuk resipi Asam Pedas, korang KLIK SINI. Kalau orang Melaka, dia orang campakkan jugak daun limau purut selain daun kesom.
Rabu, 09 Desember 2015
BABY KAILAN IKAN MASIN
Sayur bukan resipi favorite semua orang. Tapi, Kjee dan Nadia tak boleh hidup tanpa sayur. Makan nasi tanpa sayur rasa macam tak lengkap hidangan.
Ini antara a must order kalau pergi Restoran Tomyam. Kailan Goreng Ikan Masin. Kjee suka sayur kailan yang masih kecik. Yang dah tua, daunnya pahit dan batangnya keras. Justru, Kjee akan beli hanya Baby Kailan.
Tak susah memasaknya. Cuma Kjee pernah dinasihatkan oleh seorang kawan berbangsa Cina supaya rendam lama sikit sayur itu sebelum dimasak. Khabarnya, penanam sayur letak banyak racun serangga. So, Kjee selalu rendam sejam dua dan bilas dengan banyak air.
Walaupun baby kailan, namun pasti ramai buang batangnya kerana kelihatan keras. Kjee suka sangat batang kailan. Dibuang kulit luar dan dihiris serong.
Kjee hanya guna bawang putih dan sos tiram untuk menggorengnya. Tumis hirisan bawang putih (kjee suka letak hingga 6-7 ulas), kemudian masukkan dulu batang sayur. Apabila sudah berubah warna, baru masukkan dedaunnya. Masukkan sos tiram, Goreng hingga dedaun lembut dan letak dalam pinggan. Titiskan sedikit minyak bijan.
Kemudian Kjee goreng ikan masin. Kali ni Kjee guna Ikan Masin Gelama yang telah dijeruk. Goreng sampai garing, ramas-ramaskan isinya dan tabur atas sayur ketika hendak dihidang.
Itu jer. Kjee dan Nadia selalu ratah aje sayur ini.
Selasa, 01 Desember 2015
CHICKEN PARATEL KARI KERING INDIA
Selera Kjee memang selera 1 Malaysia. Tiada makanan di Malaysia ni yang Kjee tak suka
Paratel Chicken ini adalah antara lauk ayam yang Kjee suka sangat-sangat. Tetapi selama ini Kjee tak tau namanya. Main hentam sahaja order. Kejap mintak Kari Ayam Kering. Dan ada kalanya Kjee order Rendang Kari Ayam. Anehnya, waiter kat Restoran Nasi Daun Pisang Thurkah's kat Taman Melawati, macam faham jer.
Sejak dua menjak ni Kjee kena mencari banyak resipi membabitkan ayam. UnclePali kena Gout dan tak boleh makan red meat dan seafood. So, Kjee dah rimas masak lauk ikan sahaja. Begitu juga dengan lauk ayam biasa-biasa. Tu yang yang skodeng blog-blog masakan kengkawan untuk cai resipi ayam baru.
Semalam Kjee skodeng blog Daun Kari milik Chef Thyaga B Rajan. Nak cari resipi mirip Kari Ayam Kering yang Kjee suka sangat tu. Dan Kjee jumpa resipi Ayam Paratel! Belek-belek dan Kjee rasa inilah resipi yang Kjee cari.
Nadia kata Kjee pernah buat Kari Ayam kering ni dulu. Ya memang pernah tapi masak main hantam sahajalah labu. Rasanya? Hmmm bolehlah. Hehehe. Nak tengok resipinya KLIK SINI.
Lauk ini kena masak guna ayam yang ada tulang-tulang. Semua bahagian ayam boleh kecuali dada yang banyak sangat isi. Tadi Kjee ada satu kilo ayam bahagian Thigh. Beli kat Ayam Mas. Tapi resipi Chef Thyaga hanya perlu 600gms atau satu kati. So UnclePali timbang ngam-ngam 600 grams. Lebih tu dia goreng.
Bila dah siap masak, tak cukup lah pulak untuk makan malam ni. Kejap lagi nak gi beli ayam dan masak lagi. Mengamuk Nadia kalau dia balik malam ni, Ayam Paratel tu dah habis kan? Hehehe.
Buatnya mudah aje. Tak perlu santan dan Kjee pasti ia hidangan yang sihat. Cuma kalau buat untuk makan keluarga yang besar, elok digandakan bahan-bahannya.
Untuk resipi penuh, KLIK SINI.
Chef Thyaga bukan sahaja berkongsi resipi masakan India tetapi juga kuih muih Melayu yang pelbagai. Semuanya senang untuk diikuti. Pengalamannya cukup luas memasak di dalam dan jugak luar negara!
Lauk ini sedap digandingkan dengan Rasam dan Papadom. Jugak dengan Cucumber Raita atau salad mentah yoghurt. Tapi Kjee malas nak buat. Kalau peria goreng garing pun sedap.
Thnx Chef Thyaga for this wonderful recipe. This is a keeper. Setelah buat sekali, Kjee dah boleh hafal bahan-bahan dan cara pembuatannya. Tidak banyak kerenah dan bahan-bahannya semua ada di dalam rumah.
Rasa-rasanya, boleh jugak dibuat daging kambing untuk resipi ni. Akan cuba lain kali.
Ayam Paratel bukan sahaja enam dimakan dengan nasi putih tetapi jugak Capati, Roti Canai, Roti Naan dan jugak Poori. Roti Arab dan Lempeng pun sodap.
Kjee buat Rasam ikut resipi Mat Gebu. KLIK SINI. Kalau ke restoran Nasi Daun Pisang, wajib order Rasam. Ia sup masam India yang sangat menyegarkan.
Label:
ayam,
Indian Foods,
kari,
lauk,
lauk pauk
Senin, 30 November 2015
IKAN TEMPURA MASAM MANIS
Ini bekal Nadia pagi tadi. Sejak dia kena Diarrhea sebab makan kat gerai belakang bangunan pejabat dia beberapa bulan yang lalu, Kjee dah paksa dia bawak bekal dari rumah. Seperkara lagi dia juga sering kena gastrik sebab malas nak keluar makan.
Jadi Kjee rela bangun dan masak lepas Subuh semata-mata nak pastikan dia mendapat makanan yang tidak boleh menyebabkan Diarrhea atau ciri birit dan gastrik.
Ini lauk tanpa perancangan awal. Malam tadi Kjee ngan Nadia pergi Hero Market. Kjee nampak frozen Fish Cocktails Tempura dan rembat. Memang Kjee suka goreng dan makan dengan sos cili dan mayo.
Pagi tadi masa geledah freezer, Kjee terfikir nak goreng Fish Tempura Cocktails ini untuk Nadia. Kemudian Kjee rasa kalau buat Sweet Sour, tentu Nadia suka sebab Sweet Sour Fish memang kesukaan Nadia.
Tak susah pun nak buat. Selepas goreng tiga keping fish cocktails yang bersalut tepung tu, Kjee pun tepikan. Hiris bulat sebiji bawang besar yang sederhana besar. Hiris juga dua ulas bawang putih dan satu inci halia. Kemudian belah dua sebiji cili merah, buang biji dan hiris panjang-panjang dan halus-halus.
Kemudian Kjee tumis bawang besar, halia dan bawang putih guna sedikit sahaja minyak. Apabila sudah layu, Kjee masukkan lebih kurang ½ cawan air. Apabila sudah mendidih, Kjee masukkan lebih kurang 1½ sudu besar sos tomato dan 1 sudu besar sos cili Linghams. Kalau ada sos cili Thai, lagi okay. Sudah mendidih, letak sedikit kicap cair. Kjee guna Nampla (Thai fish sauce).
Rasa. Apabila sudah cukup rasa, bancuh 1 sudu kecik tepung jagung dengan sedikit air. Masukkan ke dalam kuah. Kacau sehingga pekat. Kemudian campakkan hirisan cili dan jugak daun bawang yang telah dipotng sepanjang 1½ inci.
Kacau dan padam api.
Apabila hendak dihidang, susun ikan atas pinggan dan curah kuah.
Untuk Nadia tadi, Kjee curah kuah dalam bekas plastik dan susun ikan diatasnya. Nadia juga bawak bekal nasi putih. Dua senduk jer nasi.
Itu jer. Mudah kan? Kerana makanan kesukaannya, pandai pulak Nadia curi-curi masa untuk makan ikut waktu. Selalunya, dia lunch lebih kurang jam 4 petang. Justru senringkali perut masuk angin.
Jumat, 20 November 2015
DAGING GORENG DAUN SELASIH
Tak tahu lah kenapa berhantu sangat Kjee nak makan Daging Goreng Kaprau ni. Bukannya luar biasa pun. Goreng biasa-biasa jer tapi Kjee macam orang mengidam. Ngalahkan Dato Siti Nurhaliza yang sedang hamil. Oppppssss
Kjee belajar makan lauk ni di Restoran Adam Tomyam, depan Mesjid Datuk Keramat. Tapi, dia orang buat, maut punya pedas. Kena standby tisu lap hidung. Serius ni, tak tipu. Dia orang yang pernah makan Daging Goreng Kaprau kat situ, tentu boleh citer kepedasan melampaunya!!
Sejak akhir-akhir ni Kjee kena gastrik. Jadi, kena jaga-jaga. Tapi, boleh tahan jugak pedas lauk yang Kjee buat tadi. Hehehe.
Hari tu Kjee tengok Chef Marion masak kat AFC. Jugak pedas maut sebab dia letak cili padi Siam yang banyak. Agaknya masak lauk ni mesti pedas melampau.
Tadi Kjee guna dalam 250gms daging batang pinang. Nadia tolong cincang sampai halus. Kalau tak nak cincang pun boleh. Hiris nipis-nipis.
Kemudian, Kjee petik 1 cekak daun selasih (rm1 kat Pasar Keramat). Sebenarnya, kalau mereka yang suka daun selasih, banyak mana nak letak pun ok.
Kemudian Kjee ketuk 3 ulas bawang putih dan tumis guna lebih kurang 2 sudu besar minyak. Bila dah garing sikit, masukkan cili padi yang juga telah diketuk-ketuk. Goreng seketika
Letak 1 sudu besar sos tiram, sedikit Hoisin sauce (kalau ada) dan terus kacau sampai sebati. Kemudian masukkan daun Selasih dan masak lagi sampai daun tu layu.
![]() |
| Daun Selasih. Ini yang UnclePali tanam di rumah Sungai Buloh dulu |
Hari ini Kjee masak terlebih kering. Sepatutnya diletak sedikit air supaya lembab-lembab sikit. Camtu Rest Adam Tomyam tu buat. Tapi tekak Kjee arini nak makan yang kering sikit.
Rasa dulu sebelum padam api. Kalau tak cukup masin, tambahlah kicap cair atau fish sauce. Ini makanan orang Thai jadi elok guna kicap ikan.
Sedap makan dengan nasi panas.
Oh lupa lak nak bagitau. Kaprau adalah panggilan orang Thai untuk daun Daun Selasih. Tak tak banyak restoran jual Tomyam di KL yang jual lauk ni. Hanya restoran yang ada tukang masak orang Thailand kot.
Langganan:
Postingan (Atom)

















































