Tampilkan postingan dengan label lauk pauk jawa. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lauk pauk jawa. Tampilkan semua postingan

Rabu, 20 Januari 2016

ACAR IKAN TALANG MASIN






Kali pertama Kjee buat Acar Ikan Masin ini menggunakan Ikan Kurau Masin bertahun-tahun yang lalu. Kalau tak silap, Kjee guna resipi Amy Beh. Buku tu entah hilang kemana. Sedap sangat.

Kjee sudah hampir terlupa kewujudan Acar Ikan Masin ni sehinggakan Kjee terjumpa dalam blog Che Mat Gebu. Menggoda sungguh air tangan Che Mat.

Hari-hari Kjee berkira-kira... nak buat ke tak nak? Jadi semalam, Kjee sempatlah ke Selayang dan singgah di satu kedai jual ikan kering yang terkemuka. Memang disitulah Kjee singgah beli ikan bilis dan udang kering masa meniaga dulu. Harganya amat berpatutan berbanding kedai lain.

Bersama Shida, adik angkat Kjee, kami memilih ikan talang yang sesuai. Dapatlah seekor yang menepati citarasa Kjee. Isi buat acar dan tulang-tulang masak gulai nanti.

Pagi tadi Kjee potong isinya lebih kurang 200grams dan rendam. Ikut benar-benar resipi Sifu Kjee tu. Tapi ketika sedang kemas-kemas rumah, Kjee terfikir yang 200grams tu sikit sangat. Alang-alang buat, elok digandakan. Maka Kjee pun tambah lah lagi 200grams.









Selepas lebih sejam direndam, sambil sekali sekala tukar air (kalau bonda dia rendam dalam air garam untuk kurangkan masin, katanya), akhirnya Kjee cuci bersih-bersih dan potong sebesar ibu jari. Kemudian Kjee toskan atas tuala kain yang bersih.

Sementara itu, Kjee siapkanlah bahan-bahannya. Semua rempah yang perlu, disangai dan ditumbuk halus. Kisar cili kering dengan halia, bawang besar dan kunyit. Serta kopek bawang kecik dan bawang putih. Kjee guna cili padi bangla yang pedas.

Ikan masin dan ditos, digoreng hingga keperang-perangan. Kalau ikut stail bonda, dia goreng garing lepastu diketuk-ketuk. Isyhhh banyak kerja. Hehehe.

Okay ikut resipi lengkap Mat Gebu DISINI.

Kalau Mat Gebu kata sedap, memang boleh percaya. Simpan setelah ia benar-benar sejuk dalam balang atau botol kaca. Tak kesahlah nak simpan dalam peti ais ataupun kat luar.

Selamat mencuba. Ratah sangat-sangat awesome.




Senin, 11 Januari 2016

AYAM MASAK BALI










Hari tu Kjee tengok kat FB, ramai yang buat Ayam Masak Bali. Kalau tak silap, pernah Kjee tengok kat Asia Food Channel, seorang Chef dari Indonesia buat Bebek Masak Bali. Bebek bukan bibik tau! Bebek tu Itik. Kalau Bibik masak Bebek okaylah. Hohoho.

Anyway, kerana teruja nak rasa camner Ayam Masak Bali, Kjee pun cam biasa intailah kat blog masakan. Of course mula-mula mesti intai kat blog Dapur Tanpa Sempadan. Rasanya Kjee memang nampak Mat Gebu buat aritu.

Seronoknya sebab semua bahan ada. Tak payah keluar hutan, masuk hutan cari. Mudah sangat resipi yang Mat Gebu amik ntah kat sapa. Tapi Kjee fikir pulak, kalaulah tak letak serai, lauk tu dah jadi macam lauk masak kicap yang biasa Kjee buat. Cuma Mat Gebu kata kena letak banyak serai dan sedikit belacan.

Kjee pun intailah blog lain dan terpikat dengan resipi Ayam Bali dalam blog Resipiku.Net. Ada letak jintan manis dan ketumbar. Tapi tak ada belacan. Selain daun kari, dia letak daun limau purut. Hmmm Kjee pasti daun limau purut ada sebab UnclePali tanam. Tapi kena bukak gate amik kat luar. Isyhhh malaslah.

So, Kjee gabungkan bahan-bahan blog Mat Gebu dengan Resipiku.Net. Hasilnya amat memuaskan. Ada aroma serai yang wangi serta jintan manis dan ketumbar.

Resipi seperti dibawah yang telah Kjee olah.









AYAM MASAK BALI
sumber:
Dapur Tanpa Sempadan
Resipiku.net
Olahan:
Kjee

Bahan2:

½ ekor ayam
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
10 biji cili padi merah Bangla
1 inci halia
1 sudu teh biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
sedikit belacan
6 batang serai
2 inci kunyit hidup
2 tangkai daun kari
daun limau purut
2 senduk kicap manis
1 keping asam gelugor
2 cawan air

Cara:

Ayam dibersihkan. Potong dan tos kering.

Sangai jintan manis dan ketumbar hingga garing. Terus tumbuk panas-panas hingga halus. Kemudian tumbuk bersama cili padi, kunyit hidup, bawang besar dan bawang putih hingga menjadi pes. Kalau tak nak letak cili padi, boleh letak ½ cawan cili kering kisar.

Lumurkan pes bersama ayam dan perap lebih kurang setengah jam. Kjee jugak letak garam kepada ayam tadi sebelum diperap.

Panaskan kuali dan letak lebih kurang 3 sudu besar minyak. Apabila sudah panas, masukkan ayam yang telah diperap tadi. Biarkan ia masak seketika.Terbalikkan. Masukkan serai yang telah diketuk-ketuk dan juga daun kari. Apabila ayam sudah kecut, masukkan air dan ramas-ramas sedikit belacan. Masak sehingga air tu tinggal separuh. Kemudian masukkan 2 senduk kicap lemak manis dan 1 keping asam gelugor.

Perlahankan api dan masak sehingga hampir kering. Kjee tak biarkan ia kering sangat. Suka lembab-lembab.

Boleh dimakan dengan nasi, nasi impit, lemang atau pulut. Rasanya, ada pedas, manis dan wangi serai serta jintan dan ketumbar. Selamat mencuba.










Minggu, 10 Januari 2016

GULAI IKAN TONGKOL VERSI WONG JOWO KOLUMPO






Masa kecik-kecik, Ikan Tongkol tak pernah masuk rumah kami. Mungkin sebab tiada pengaruh Pantai Timur dalam keluarga kami. Maklumlah mak asal orang Melaka tapi lahir di Kolumpo. Dan bapak orang Melaka piau.

Bila dah besar baru Kjee tahu kenapa mak tak pernah masak Ikan Tongkol. Alasan dia, Ikan Tongkol darahnya merah menyala. Dia ngeri. Menyiang ikan itu ibarat kerat kepala orang. Isyhhhh Mak memang kekwat. Samalah dia tak suka ikan Keli atau Sembilang sebab katanya, macam ular. Hehehe.

Tapi anak mak yang sorang ni adventurous sikit. Semua dia bedal. Semua dia nak terai. Kalau tak sesuwai baru dia give up!

Justru, apa sahaja boleh diterima tekak Kjee asalkan halal. Of course lah kan? Hehehe

Sabtu lepas, Nadia ajak Kjee ke Hero Market. Sekarang pergi membeli stok dapur seminggu sekali jer sebab Nadia dan UnclePali kerja. So, pepandailah Kjee adjust. Ayam dan daging, suatu kemestian. Ikan, ikut apa yang nampak di Hero Market.

Dan kebetulan pergi aritu, ternampak Ikan Tongkol. Memang berkenan sangat-sangat lah sebab nampak fresh sangat. Kjee pun amik dua ekor yang comel lote. Kjee nampak warna hitam, Kjee pun rembat sebab kengkawan kata Ikan Tongkol Hitam, elok isinya. Lembut.

Tak kusangka rupa-rupanya yang Kjee hangkut hanya hitam pada rupa. Ia ada design kat badannya yang orang panggil kurik. Itu yang tak elok sangat. Yang elok, Ikan Tongkol Hitam yang ada bintik-bintik putih kat badan dia. Itu namanya Ikan Tongkol Putih. So, they say.

What ever lah.








Tadi Kjee rebus letak asam keping. Ikan yang Kjee beli tu lembut sangat. Kjee amik bahagian kepala yang dah rebus, ramas-ramas bagi Snowy dan Ginger (anak bulus ku) ratah. Eh lembut sangat-sangat. Or mungkin Ikan Tongkol yang Kjee beli tu extra virgin. So, masih lembut. Anak dara lagi. Hehehe.

Dalam otak fikir nak masak apa. Mula-mula nak buat Singgang tapi google dulu. Jumpa Gulai Ikan Tongkol versi Kelantan blog Azie Kitchen. Ehhh sikit lebih kurang macam Gulai Pahang yang selalu Kjee buat. Mestilah kan sebab Pahang pun negeri Pantai Timur.

Maka Kjee pun buatlah Gulai Ikan Tongkol Versi KL.

Ikan Tongkol yang sudah dibersihkan dan dipotong ikut suka, Kjee rebus letak sedikit garam dan 4 keping asam gelugor. Rebus lebih kurang 1 jam. Kjee guna dua ekor yang kecik.

Kjee tumbuk dua biji bawang besar (yang tak berapa besar), 5 biji cili padi Bangla (yang sangat pedas tu), 1 inci halia, 1 inci lengkuas, 1 inci kunyit hidup dan 1 sudu kecik ketumbar yang telah disangai (goreng tanpa minyak). Tumbuk sampai halus (bermula dengan ketumbar) dan jadikan paste. Dua batang serai diketuk-ketuk.

Tumis hingga naik wangi. Kemudian Kjee masukkan sedikit air rebusan ikan tadi. Apabila sudah hampir kering, Kjee masukkan satu kotak kecil santan. Didihkan. Kalau pekat sangat, tambah lagi air rebusan ikan hingga cair sikit.

Setelah mendidih, masukkan ikan tongkol yang direbus tadi. Baki air rebusan buang. Kjee letak 1 helai daun kunyit masak rebus ikan.

Pelahankan api, rasa garam. Kjee letak satu keping kecik asam keping sebab rasa macam tak cukup masam. Kalau suka letak secubit gula tapi Kjee tak letak.

Itu jer Gulai Ikan Tongkol Pantai Timur versi Kolumpo. Hehehe boleh?













Senin, 04 Januari 2016

SUP IKAN JENAHAK DENGAN KENTANG








Pagi tadi teringat macam ada dua potong Ikan Merah dalam freezer. Teringin pulak nak makan sup Ikan Merah. Kali ini sure semua bahan-bahan ada. Bahan-bahan basic jer. Tak perlu keluar masuk hutan pergi cari kan? Hehehe.

Maka selepas lakukan Solat Dhuha tadi, Kjee pun ke dapur. Geledah punya geledah tak jumpa Ikan Merah. Hanya ada dua potong ikan Jenahak! Ohhh baru teringat aritu Kjee dah goreng Ikan Merah tu.

Hmmm harus lah aku buat Sup Ikan Jenahak aje. Lagipun tekak dah teringin sangat nak makan sup ikan. Kjee pun keluarkan kentang dan daun sup. Daun sup penting kalau masak sup. Nadia tak suka baunya. Pada Kjee, kalau masak sup tak ada daun sup, tak lengkaplah rasanya.

Untuk dua potong ikan Jenahak, Kjee siapkan penumisnya seperti berikut. Dua biji bawang besar (yang tak ler besar sangat), tiga ulas bawang putih, satu inci halia dan dua biji cili padi. Bawang dan halia dimayang. Cili padi dibelah hujungnya jangan bagi putus. Jugak satu peket kecik sohun direndam. Sebiji kentang dipotong empat.

Tumis bahan-bahan hirisan guna minyak yang sedikit sahaja. Api jangan besar nanti hangit. Apabila sudah naik bau wangi, masukkan air ikut banyak mana kuah yang diperlukan. Kemudian biar didih. Masukkan kentang. Masak hingga kentang empuk baru masukkan ikan dan cili padi.

Rendidih guna api perlahan dan letak sohun dan garam serta perasa, jika guna.

Sebelum hidang tabur dengan daun sup yang telah dimayang. Sedap makan panas-panas.

Kjee sengaja bubuh cili padi sebab tekak nak rasa pedas sedikit. Kalau tidak, selalunya, Kjee makan dengan sos cili. Dah terbiasa sejak kecik sebab itu cara arwah Bonda hidangkan apabila buat sup ikan.








Senin, 21 Desember 2015

SIAKAP BERLADA LETAK PETAI







Kalaulah hujung minggu, Kjee pasti kukus aje Ikan Siakap ni. Nadia cukup suka Siakap Steam. Dah lama tak buat. Tapi dek kerana working day, maka Kjee pun buatlah Ikan Siakap Goreng Berlada letak Petai.

Masa pergi Hero Market tadi memang ada plan nak buat Ikan Goreng Berlada. Nak intai dulu harga. Maklumlah harga ikan melambung naik sekarang. Ikan Merah dah hampir RM40 sekilo. Apsal mahal sangat kan?

So sambil intai-intai, mata ternampak pulak ikan Siakap. Wah memang tepatlah kalau nak buat Goreng Berlada.

Kjee rembat dua ekor. RM21. Suruh budak tu kasi bersihkan dan potong dua. Eh nak potong tiga lah. Pastu ubah fikir pulak suruh potong dua. Bangla tu hangin pulak. Eh aku punya sukalah kan. Opppsss Kjee cakap elok-elok tadi dengan Bangla tu. Maklumlah dia tengah pegang pisau pemotong yang besor tu. Hehehe.








Dalam perjalanan pulang, nampak pulak orang jual petai. Rembat 1 ikat 3 papan. Wah, ini sudah bagus. Three in one. Cili Berlado, Ikan goreng dan Petai. Yayyyyyy.

Sampai rumah, terus tukar uniform dapur dan start masak.

Kjee potong lagi satu potong kecik each dari belah ekor Ikan Siakap tu, sebab nampak besar lah sangat. Dua potong tu boleh buat bekal Nadia lunch esok. Mesti dia suka kan?

UnclePali tolong kisar kasar-kasar dekat ½ kg cili merah dalam food processor. Tak rajin nak menumbuk. Kjee guna empat biji bawang sederhana besar dan 4 ulas bawang putih. Semua dikisar kasar. Pastu bila dah cuci Food Processor, baru teringat nak tambah cili padi Bangla. Hmmm ketuk-ketuk jer 10 biji cili tu. Aiseyman mesti terlajak pedas nanti lauk aku.

Masa menunggu semua tu siap, Kjee goreng ikan Siakap separuh masak. Kalau buat sambal atau Goreng Berlado, Kjee tak suka ikan tu garing sangat. Nanti keras. Setengah masak tu is just nice.









Ikan keluar, masukkan pulak petai. Goreng dalam 2 minit jer. Pastu keluarkan.

Minyak yang sama Kjee guna untuk tumis sampai berdeshim satu taman  bawang dan cili hidup dan jugak cili padi bangla. Goreng sampai garing. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Goreng sehingga semua bahan tu lembut dan sedikit garing. Api jangan besar yer. Nak tau kenapa mesti api tak boleh besar, korang cuba buat. Padan muka. Hehehe.

Apabila sudah cukup rasa, masukkan ikan goreng tadi bersama petai. Golek-golek seketika dan padam api. Sudah boleh dihidang bersama nasi putih.






Rabu, 18 November 2015

KARI IKAN TALANG KERING








Our lunch tadi. Otak dah buntu. Tak tau nak masak apa. Kesian kan jadi suri rumah yang setiap hari terpaksa fikir apa nak masak?

Mujur teringat ada berbaki ikan kering talang dalam freezer. Selongkar dan jumpa 4 potong isi ikan talang. Jadilah. Kalau tak cukup sampai malam, nanti fikir kemudian lah.

Kjee terus rendam ikan talang kering tu. Selalu rendam dalam air garam untuk kurangkan sikit rasa masin. Tapi dalam kelamkabut tadi, terlupa. So, korang dapat jangkalah macam mana rasa kari ikan talang Kjee hari ni. Mujur Kjee tak letak garam dalam kari.

Kalau korang masak lauk yang membabitkan ikan kering masin, jangan letak garam sehingga waktu hendak mengaupnya ke dalam bekas untuk dihidang. Cara ini, Insya Allah lauk akan tidak akan masin terlampau.

Untuk resipi Kari Ikan Talang Kering ni, KLIK SINI.

Kjee masak cara tumis dulu bukan tumis darat. Stail tumis darat ini popular di negeri-negeri belah Utara.

Kjee padankan lauk ini dengan Terung Kontot Goreng Belacan. Resipi DISINI. Jugak goreng Papadom dan Ikan Selar Kuning. Plan nak suruh UnclePali tumbuk sambal belacan. Kononnya nak makan dengan pucuk Cekur dan Pucuk Daun Belalai Gajah. Tapi malas lah pulak. Hehehe.






Senin, 16 November 2015

LOBAK PUTIH TUMIS AIR







Tadi semasa Kjee suruh UnclePali amik gambar Lobak Putih Masak Bening ni, dia pandang Kjee semacam. "Haritu punya awak tak masuk lagi dalam blog. Ini yang amik gambar lagi ker?"

Kjee yang tengah blur sebab kepenatan, angguk. Kemudian baru Kjee teringat. Hari tu UnclePali yang masak. Dia beria-ia amik gambar. Opppppssss Kjee lupa nak buat entry. Alaa alang-alang dah amik gambar arini, tak kesah lah sapa yang masak kan? Cian jugak. Dia baru belajar masak lauk ni aritu. Syhhhhhh.

Apapun, sayur lobak putih ada banyak khasiat. Untuk orang ada batu karang, blend dan perah jusnya. Minum dua kali sehari. Insya Allah boleh pecah batu karang tu.

Tetapi... jeng jeng jeng sanggup ker korang minum jusnya yang piau (pure) tu? Kjee tak pernah minum sebab tak ada sebab nak minum jusnya. Tapi, kawan Kjee yang pernah minum kata, memang boleh tercabut nyawa lah minum jus tu. Isyhhh tak kan lah dasyat sangat. Over lah dia tu!

Dan untuk ibu baru lepas bersalin, sayur ini elok untuk tambah susu badan. Eh tambah susu ke bersihkan susu badan hah? Alaaa tak ingatlah. Tapi sikit lebih kurang camtu.

Kami sekeluarga memang suka makan sayur ni masak bening. Atau diterjermah dari bahasa Jawa, masak air.

Korang nak tahu masak lauk ni, KLIK sini ya.









Sabtu, 14 November 2015

IKAN KEMBUNG BERSAMBAL THAI








Perangai Kjee sejak dua menjak ni rasa cam pelik. Apa yang Kjee tak suka makan selama ni, tetiba tersuka pulak. Kjee memang suka makan ikan bakar. Malah dulu, kalau ada kesempatan dan budget, sangguplah drive ke Umbai, Melaka untuk makan ikan bakar. Lepas makan, balik. Kerana jauh, sampai rumah lapar balik. Hehehe

Kjee suka ikan bakar yang dibakar kosong. Tak suka letak sambal dan dibakar. Tak tahu kenapa.

Satu hari kami dinner di Group Base. Nadia suggest order Portuguese Grill Fish, Hmmm Kjee tak selera pun makan.

Entah apa terjadi, dua hari lepas Kjee pergi pasar. Nampak ikan kembung yang montel-montel berkilat. Berkilat tu maknanya segar lah. Kjee tak pasti ikan kembung atau Mabung tapi wajahnya seiras. Kjee rembat empat ekor.

Sampai rumah, terfikir nak buat Ikan Bakar Sambal. Simpan dulu dalam freezer sampai hari ni. Pagi tadi, Kjee suruh UnclePali pergi petik bunga kantan dan daun limau purut. Dalam fridge ada dua batang serai. Lengkaplah bahan kalau buat Sambal ala Thai kan? Hmmm Thai lah sangat. Hehehe.

Weekends memang seronok masak sebab boleh dera Nadia. So, dia yang masak sambal ala Thai tadi.

Ditumbuknya dua ulas bawang besar, dua ulas bawang putih, dua batang serai (ricik halus baru tumbuk). Kemudian ditumis hingga wangi. Masukkan cili kisar. Lebih kurang satu mangkuk. Goreng lagi sampai naik minyak. Letak satu asam gelugur dan satu kiub ikan bilis. Padam api. Masukkan tiga helai daun limau purut yang telah diricik halus. Begitu jugak satu batang bunga kantan. Diricik halus dan dimasukkan dalam sambal. Rasa, Tak cukup masin letak sikit garam. Sejukkan.








Ikan kembung dibersihkan dan tos kering. Susun dulu sekeping daun pisang. Kemudian letak satu helai daun kunyit diatasnya. Sendukkan satu sudu sambal diatas daun kunyit. Letak ikan kembung dan senduk satu lagi sambal letak atas ikan. (Buatlah sambal lebih sikit. Tadi Kjee buat cukup-cukup jer. Rasa cam lagi best kalau sambal lebih).

Balut ikan dengan daun pisang tadi. Kemudian bungkus lagi dalam alluminium foil. Kjee buat camtu sebab nak masak dalam Magic Pan atau Kuali Ajaib. Takut nanti kalau tak letak alluminium foil, ikan tu cepat hangus.

Kerja membakar Kjee serahkan kepada UnclePali. Apabila ikan itu dan hampir masak, UnclePali keluarkan foil dan letak kembali dalam Magic Pan selama lebih kurang 5 minit. Bagi garing sikit.

Gitu lah kejadian Ikan Kembung Bakar Sambal Thai versi Kjee. Okaylah sedap. Lain kali boleh buat lagi. Tapi next time, Kjee nak buat sambal lebih sikit dan tambah cili padi. Lagi pedas lagi sedap.

Apabila dibalut dengan daun kunyit, rasa dan aromanya cukup harum. Cubalah kalo tak picaya. Hehehe.






Jumat, 13 November 2015

KALI PERTAMA KU BUAT LAKSAM






Ini salah satu makanan yang Kjee dan Nadia cukup suka makan. Kalau singgah gerai orang Kelantan untuk sarapan, wajib order! Kjee kan suka makan letak kuah yang banyak. Jadi, setiap kali order mesti mintak kuah lebih. Tapi yang diberi hanya lebih satu sudu. Maunya tak sakit hati kan!!

Tiap kali teringin nak makan, Kjee akan google dan tengok images Laksam yang buat Kjee terliur. Tengok jer tapi nak buat macam tak berani. Hehehe.

Beberapa hari lalu, Kjee terserempak dengan Laksam dalam blog GeeHut. Alamak Gee buat laksam. Macam senang jer. Kjee pun browse resipi dia. Alamak mudahnya buat kuah tu rupa-rupanya. Jerang jer tak payah tumis! Wah mencabar ni!

Bab buat Laksam mulanya Kjee runsing jugak. Tapi kata Nadia: "Apahal Mama nak risau. Kita kan pernah buat Chee Cheong Fun. Adik beradiklah tu. Cuma CCF guna tepung ubi, kalau Nadia tak silap." Betul sangat-sangat. Buat CCF lagi susah! Ianya sangat nipis dan nak gulung pun satu hal!!





Guna Pastry Cutter lagi mudah. Spatula pun boleh

Gulung sebaik keluar kukusan

Kira okaylah buat kali pertama kan?



Jadi, mulalah kami dua beranak projek sejak lepas sarapan pagi tadi. Start buah kuah dulu. Ikut resipi, ikan Selayang 1 kilogram, 3 atau 4 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, ½ inci halia, ½ kilo santan (Kjee guna 1½ kotak santan cap Ayam), 1 sudu besar lada hitam kisar, 1 keping asam gelugor dan garam sesedap rasa.

Rebus ikan dalam air yang menutupi paras ikan sampai masak. Dah masak, keluarkan dan sejukkan seketika sebelum diambil isinya. Tapis air rebusan ikan.

Kisar bawang merah, putih serta halia bersama air rebusan ikan tadi. Apabila sudah halus, masukkan pulak isi ikan ke dalam blender dan kisar hingga halus. Kena betul-betul halus. Kalau tidak cukup air, tambah lagi. Kisar hingga habis. Air yang digunakan harus secukupnya untuk menjadi kuah.

Masukkan ke dalam periuk, hidupkan api dan jerang hingga mendidih. Kemudian masukkan santan dan terus jerang guna api sederhana. Perasa dengan garam dan letak jugak 1 keping asam gelugor dan 1 sudu besar lada hitam kisar.

Apabila sudah cukup rasa, padam api.








Sekarang bab buat Laksa. Perlu sediakan kukusan. Jerang air. Kalau ada tudung periuk, boleh guna. Kjee tak ada tudung periuk leper jadi Kjee guna loyang yang muat dalam kukusan.

Bahan-bahan untuk Laksam ialah 3 cawan tepung beras, ½ cawan tepung gandum dan 5 cawan air suam (3 cawan air panas mendidih dan 2 cawan air sejuk disatukan). Letak 1 sudu kecil garam ke dalam air dan kacau.

Campur kedua-dua tepung dan curahkan air. Kacau hingga sebati. Kjee sambung dengan mengisar bancuhan tepung itu. Tak perlu tapis dah. Kalau tak blend, perlu tapis.

Panaskan loyang dalam kukusan setelah disapu sedikit minyak. Apabila sudah panas, curahkan lebih kurang dua senduk adunan tepung ke dalam loyang. Kukus hingga masak.

Keluarkan dan gunakan pastry cutter (kalau ada) untuk gulung Laksa. Kalau tak ada, spatula pun boleh.  Kukus lagi hingga habis. Adunan tadi boleh jadi 8 hingga 9 gulung Laksa.

Ulam ikut suka korang. Tadi Kjee guna taugeh yang telah dibuang ekor, kobis, kacang panjang dan timun. Kalau ada bunga kantan boleh dimayang halus. Ricik jugak halus-halus daun kesom.

Untuk sambalnya, Kjee tumbuk 4 biji cili merah bersama sedikit garam

Cubalah buat. Tak seteruk mana pun. Lagi puas hati makan sebab boleh letak banyak mana kuah yang kita suka.

Hari ni Kjee sendiri yang amik gambar sebab UnclePali pergi kenduri. Terkial-kial jugalah dengan Nadia. Lain kali tak mau cerewet sangat kalau UnclePali amik gambar. Tapi sentuhan dia sangat elok berbanding Kjee. Huhuhu.










Senin, 09 November 2015

ORANG RAYA KITA PUN RAYA JUGAK







Oleh kerana hari ini hari perayaan, maka Kjee dan Nadia pun sama-sama raikannya dengan membuat hidangan Nasi Tomato, Kurma Ayam dan Acar Rampai. Tapi jangan korang berlumba ke rumah Kjee sebab kami tak buat open house. Hahaha.

Hari ni Kjee bahagi-bahagi tugas. Nadia masak Nasi Tomato dan Kjee masak Kurma Ayam dan Acar Rampai. Dah siap tugasan, Kjee pun beredar dari dapur tinggalkan Nadia masak Nasi Tomato dan kemas mengemas. Orang muda... bab kemas mengemas ni masih larat kan! Hehehe.

Opppss setengah jam kemudian, Nadia muncul bagi Kjee rasa sikit Nasi Tomato yang baru siap. Suruh cek samada sudah boleh padam api kukusan.

"Kenapa keras sikit nasi ni?" tanya Kjee.

"Eh Nadia ikut resipi Mama dalam blog. Ikut sebijik!" Nadia mula keluar peluh jantan.

Selama ini, dia yang masak Nasi Tomato kalau tak kerja. Dan setiap kali, I have no complains. Kjee masih duduk depan computer. Kjee suruh Nadia tambah masa kukus lagi 15 minit. Salah beras Basmahti kot. Selalu UnclePali yang beli. Tadi UnclePali gi antar kereta servis so Nadia pergi beli beras Basmathi kat mini market berdekatan.

Selesai UnclePali amik gambar tadi, Kjee duduk nak makan. Terpandang peket beras Basmathi yang Nadia beli tadi kat atas kabinet berhampiran. Isyhhhh kenapa macam kukenal jer peket ni.










"Ya Allah. Nadia beli beras Herba Ponni Faizah bukan Basmathi! Patutlah nasi keras sikit. Beras Herba Ponni perlu air tiga kali ganda. 1 pot beras 3 pot air!"  Kalau beras Herba Ponni, tak payahlah keluar beli sebab kami memang guna beras itu sejak bertahun lalu!

Wajah Nadia pucat lesi. Dia tahu Mama kalau mengamuk memang nahas. UnclePali pujuk makan. Katanya, nampak dah okay. Makan ajelah.

Masa makan Kjee baru sedar Beras Faizah Herba Ponni memang boleh digunakan untuk masak Nasi Tomato, Nasi Briyani atau apa sahaja nasi berperisa! Dulu Kjee ingat tak boleh. Cuma kena tambah sedikit sukatan airnya. Beras Herba Ponni tiada kanji dan memang elok sangat untuk mereka yang mengidap diabetes.

Itulah yang terjadi hari ini. Kalau nak resipi Nasi Tomato Kjee yang guna sup tomato (dalam tin), KLIK SINI. Dan untuk Acar Rampai, KLIK SINI. Hari ni Kjee buat ikut resipi Acar Rampai Che Mat Gebu.

Harap maaf, arini foto kurang memuaskan. My photographer kurang sihat. Huhuhu.










SAMBAL IKAN TENGGIRI BERSAMA PETAI










Idea asal nak masak Sambal Tumis Petai sama Udang. Tetapi oleh kerana my other half tak boleh makan udang, maka Kjee selongkar freezer dan jumpa Ikan Tenggiri. Nadia beli 6 keping last Saturday kat Hero Market.

Petai, Kjee beli kat Pasar Keramat semalam. Dah mahal balik petai. Matanya halus-halus, tiga papan RM4. A few months ago, lima papan RM3!

Kjee tak pasti samada orang Gout tak boleh makan petai. Walaupun jamah sikit jer waktu lunch dan dinner, malam tadi UnclePali mengadu sakit balik. Oppppssss baru terfikir Petai tergolong dalam species kekacang. Kalau tidak takkan nama omputihnya Sting Beans. Hmmmm.

Anyway, ini bukan first time Kjee masak sambal ikan letak petai. Kjee pernah buat guna Ikan Keli. Oppss masa tu Kjee buat Sambal Hijau rupanya. KLIK SINI.









Macam Kjee kata dulu, kalau nak goreng dulu ikan (ataupun ayam) untuk dimasukkan ke dalam sambal, ianya tidak boleh digoreng garing. Isinya akan menjadi kering dan end result nanti kurang enak.

Kjee goreng dalam beberapa minit sahaja ikan tenggiri. Cukup untuk nampak sedikit garing di kedua belah ikan. Kemudian, apabila sudah menjadi sambal, masukkan ikan goreng dan masak lama sikit guna api perlahan.

Seperti biasa Kjee goreng seketika petai sebelum dicampurkan ke dalam sambal sebelum api dipadam. Makan dengan nasi putih dan ramai pasti suka dicurahkan kicap diatas nasi. Itu stail UnclePali, hehehe.





Minggu, 08 November 2015

KULAT SISIR MASAK LEMAK PEDAS





Sejak kecik lagi Kjee kenal cendawan ini sebagai Cendawan Kukur. Tetiba bila dah tua, baru Kjee tahu ia ada nama lain iaitu Kulat Sisir. Cendawan atau kulat ini tumbuh pada dahan pokok getah yang dah mati dan tumbang.

Ia tumbuh dengan banyaknya ketika musim hujan. Sekarang, ia menjadi rezeki melimpah ruah buat mereka yang mengutipnya kerana harganya amat mahal. Satu pot susu kat Pasar Tani dulu RM2. Sekarang dah jadi antara RM5 hingga RM8. Satu pot tu lebih kurang 100gms.

Harganya menjadi mahal kerana ia hanya boleh didapat mengikut musim. Kira eksotik lah kan.

Tadi Kjee ke Pasar Keramat. Tak ada rancangan nak beli Kulat ni sebab tiap kali lalu di gerai tu, tak ada. Tapi hari ni punya rezeki, dari jauh lagi minah yang jual tu dah lambai-lambai kat Kjee. Ada dalam 200gms dan Kjee rembat semua. RM10.

Kulat Sisir yang Kjee beli masih fresh. Mungkin baru sehari dua dipetik dan belum sempat dijemur hingga kering. Jadi, Kjee hanya perlu bersihkan (buang bahan-bahan kayu yang melekat), rendam seketika dan masak. Kalau yang kering, rasanya kena rendam lebih lama. Dan yang kering lebih mahal sebab ia lebih ringan.



Kulat Sisir. Foto Cik Google



Kjee rancang buat masak lemak cili padi letak ikan bilis. Kjee dah awal-awal lagi warning kat UnclePali yang dia tak boleh makan. Dia baru sahaja sembuh dari sakit Gout yang kronik. Ikan bilis antara makanan larangan. Nasib baik dia tak kesah sebab bukan suka sangat pun dengan Kulat Sisir.

Ketika Kjee bersih-bersihan kulat sisir, UnclePali masuk bawak secekak pucuk ubi. Walaupun rimbunan pokok ubi kayu dah dicantasnya tidak lama aritu, tapi ada sebatang dua yang liat nak mati. Kjee tanya dia nak buat apa dengan pucuk ubi tu, dia geleng kepala. Kalau tak nak, buang aje. Isyhhh buang? Harus ku masukkan dalam periuk bersama kulat sisir!!

Setelah siap bersihkan kulat sisir dan merendamnya, Kjee tumbuk cili padi bersama kunyit hidup. Kalo nak pedas bubuhlah banyak-banyak cili padi. Kemudian Kjee tumbuk tiga ulas bawang merah dan satu ulas bawang putih. Apabila dah halus, masukkan kira-kira segenggam ikan bilis dan tumbuk manja-manja jer. Jangan letak garam dulu sebab takut ikan bilis terlebih masin.










Kemudian Kjee masukkan bahan-bahan tadi ke dalam periuk bersama sedikit air. Didihkan. Campakkan jugak dua batang serai. Apabila dah mendidih, Kjee masukkan satu kotak santan (lebih kurang satu mangkuk santan pekat). Didihkan.

Kemudian masukkan pucuk ubi. Apabila dah lembut, masukkan cendawan sisir. Didihkan dan masukkan dua helai daun kunyit yang telah dimayang halus. Masukkan jugak sekeping asam gelugor.

Rasa. Kalau tak cukup masin, letak garam.

Itu jer. Makan dengan nasi panas. Hanya perlu goreng ikan kembung sebagai lauk sampingan. Goreng ikan kering masin pun sodap. Hehehe.










Jumat, 06 November 2015

SUP KAKI AYAM CAMPUR FUCUK, CARROT DAN KENTANG







Sejak azali kami sekeluarga suka makan lauk Sup Kaki Ayam. Sejak zaman Kjee kecik-kecik. Arwah bapak kata his Chinese friend kata, elok untuk sendi-sendi kaki. Lendir-lendir pada kaki ayam itu (setelah direbus lama) boleh menambahkan gel untuk sendi dan lutut kita. Wallahualam.

Tapi, Kjee tahu ada yang tak suka makan. Geli kata mereka. Especially kalau bayangkan ayam suka cakar sana cakar sini. Tapi, kita kan dah cuci bersih-bersih. Macamlah bahagian lain binatang yang korang balun tak menimbulkan rasa geli geleman kan?!! 

Mujurlah UnclePali dan Nadia suka. Tapi kalau dia orang tak suka pun, ada aku kesah? Aku nak makan, aku masaklah. Hehehe.

Sup Kaki Ayam ni Kjee buat semalam. Kjee beli satu kilo kaki ayam kat pasar dan satu rangka away. Campur rangka, supnya manis sikit. Kjee jugak letak fucuk (jenis yang keras) yang Kjee dah rendam semalaman. Dan untuk bagi warna, Kjee letak carrot. Kentang pun Kjee letak.

Setelah bersihkan kaki ayam dan buang mana patut (manicure pedicure), kaki ayam itu bersama rangka ayam (kalau guna) direbus dalam pressure cooker. Kalau tak ada pressure cooker, rebuslah sampai lembut. Lembut pada Kjee ialah sampai terlerai sikit kulit kaki ayam dengan tulangnya. Kalau tak, tak sedap.

Setelah lembut, Kjee campakkan satu sup bunjut, satu labu bawang besar dikerat empat, empat biji bawang putih dan satu inci halia yang telah dihiris. Kjee jugak ketuk-ketuk tiga batang serai dan masukkan ke dalam periuk. Kalau ada chicken cube, letakklah. Kjee letak dua ketul sebab Kjee dah tak letak garam. Kemudian jangan lupa lada hitam (yang ditumbuk) sebanyak satu sudu makan.

Biarkan mendidih seketika dan masukkan carrot yang telah dipotong ikut suka dan kentang. Begitu jugak dengan fucuk yang telah dipotong lebih kurang dua inci lebar. (Jangan lupa rendam fucuk. Kalau tak semalaman, dua tiga jam pun okay).

Rendidih hingga puas hati carrot, kentang dan fucuk dah lembut. Padam api.

Masa hidang, taburkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Eh kenapa aku lupa letak bawang goreng untuk foto ini hah? Faktor usia!

Kalau nak terai resipi sama tapi bubuh sedikit rempah, KLIK SINI.





Kamis, 05 November 2015

TELOR REBUS LAUK BERLADA










Hari ni hari kurang rajin. Masak apa sahaja yang ada kat dapur. Bukak peti ais nampak telor. Terus fikir nak masak apa. Kalau telor itik (alamak lupa nak order dari Khairani) boleh buat Masak Lemak Cili Padi dengan belimbing. Tapi tak ada.

Akhirnya, inilah salah satu kejadian untuk lunch hari ini.

UnclePali sibuk trim pokok-pokok herba kat depan rumah so Kjee projek sorang-sorang kat dapur. First thing rebus telor. Enam biji semuanya. Dua biji sorang.

Kemudian Kjee keluarkan cili hidup. Ada dalam 12 biji. Kjee potong dua labu sedang bawang besar. Masa Kjee nak tumbuk cili dan bawang, UnclePali masuk dapur. Dia kata jangan susah-susah... masukkan jer ke dalam food processor! Hmm tak mau. Nanti tak sedap.

Ini lauk Minang. Bahan-bahannya tak payah tumbuk sampai halus. Main hempap-hempap jer guna lesung tumbuk. Dah settle. Kasar-kasar tapi that's the way it should be. Tepikan. UnclePali tolong kopek telor.

Panaskan kuali, letak minyak. Kjee guna lebih kurang satu cawan. Masak tumis menumis ni, kalau minyak tak banyak, tak sedap.

Apabila minyak dah panas, hati-hati masukkan satu demi satu telor rebus. Goreng sampai warna keemas-emasan sambil balik-balikkannya. Ini stail orang Minang buat lauk telor rebus untuk dibuat goreng berlada. Mesti goreng telor lepas direbus.

Siap semua, keluarkan dan masukkan bahan-bahan tumbuk. Goreng guna api sederhana. Kjee masukkan satu kiub chicken dan sekeping asam gelugor dan kacau rata. Dah jadi tak ori Minang lauk ni sebab letak chicken cube. Hehehe.

Kemudian rasa. Kalau dah kena dengan citarasa, padam api. Susun telor dalam bekas dan curahkan sambal berlada tu. Jangan masukkan minyak sekali.

Itu jer. Satu lagi lauk yang Kjee buat adalah sup. Sup apa? Tunggu next entri. Hehehe.







Selasa, 03 November 2015

IKAN TENGGIRI MASAK KICAP











Arwah bapak Kjee orang Melaka. Rumah dia kat belakang High School di tengah-tengah bandar. Nama kampung tu Banda Kaba. Sepelaung jer dari Banda Hilir.

Jadi dari kecik Kjee memang terdedah dengan lauk masak kicap, lauk favorite orang Melaka. Masak Kicap Ayam, Ikan dan jugak Daging. Kalau kami balik kampung, hidangan lauk kicap ini yang Kjee nanti-nanti.

Masa tu Kjee terfikir camner dia orang masak lauk kicap ni sedap sangat. Kuahnya manis. Tentu dia orang letak gula sebab zaman tu mana ada kicap manis. Hanya ada kicap satu jenis jer.

Apabila dah tua, dah ada kicap lemak manis, maka kerja Kjee masak lauk ni menjadi mudah. Hehehe.

Nadia suka masak kicap. Kalau seminggu dua atau tiga kali masak pun dia tak kesah. Tapi kalau masak lauk kicap, kena gandingkan dengan sambal belacan. Hari ni Kjee gandingkan dengan sambal mentah tempoyak dan ikan kering masin. Ulamnya pulak Kjee celur bendi dan kacang botor.

Masa makan tadi, mulanya tadi UnclePali amik nasi sikit jer. Agaknya tak berapa selera tengok lauk yang tak berapa lawa tu. Tapi bila habis sepinggan, dia bangun amik nasi tambah. Kjee sengih apabila dia tunjuk isyarat sedap.











Lauk ni semua orang tahu buat. Tumis bawang besar yang dipotong bulat, bawang putih, dan halia. Apabila bahan-bahan tumis dah layu, masukkan air. Ikut suka banyak mana korang nak kuahnya. Kemudian masukkan kicap. Jugak ikut rasa. Apabila dah didih, masukkan ikan goreng.

Kjee guna ikan tenggiri yang digoreng suku masak. Luarnya dah garing sikit, terus angkat. Kalau terlalu masak atau garing, nanti isi ikan jadi keras. Tak sedap.

Kemudian masukkan ikan goreng ke dalam kuah kicap, dan perlahankan api. Campak lima atau enam biji cili padi yang telah dipotong sikit hujungnya. Masukkan jugak satu sudu besar cuka. Kjee guna cuka epal atau apple cider sebab tak tajam sangat macam cuka biasa.

Perlahankan api. Arwah bonda kata kata bawang besar tadi dah lembut, kira dah okaylah boleh padam api.

Kalau nak beri makan kat anak-anak kecik, tak payah letak cili padi. Sediakanlah sambal belacan dan ulam-ulam untuk orang dewasa.






Senin, 02 November 2015

ASAM PEDAS AYAM STAIL JOHOR










Sejak akhir-akhir ni, agak pening jugak memikirkan lauk pauk ayam dan ikan. Daging dah tak boleh lagi masuk rumah sejak UnclePali kena Gout. No more red meat, kata Dr Aida.

Walaupun UnclePali kata, tak kesahlah kalau nak masak sebab dia tak payah lah makan, tetapi buat masa ini rasanya Kjee tak masak dululah daging... sampai UnclePali sembuh. Gout yang dihidapinya kali ini amat-amat serius. Selalu sehari dua, setelah telan ubat, dah okay. Tapi hari ini sudah masuk minggu ketiga! Masih menahan kesakitan dalam diam.

Semalam, ketika singgah di Pasar Keramat, Kjee beli ayam. Hajat hati nak buat Ayam Goreng Berempah. Goreng garing-garing, makan panas-panas dengan nasi putih dan satu sayur, Tetapi, dalam perjalanan pulang ke rumah, teringat pulak Asam Pedas Ayam Johor resipi Mat Gebu, yang sedap sangat.

Mujur semua bahan-bahan ada di rumah termasuk daun Kesom yang tengah cantik lebat daunnya. Maklumlah sekarang ni musim hujan. Semua pokok-pokok herba yang ditanam UnclePali di tanah sekangkang meow depan rumah, tersangatlah cantik.









Sejak diperkenalkan Mat Gebu lauk ini, inilah kali ketiga rasanya, Kjee buat. Penghuni rumah kami cukup suka. Lain kali buat, Kjee nak cuba guna ayam tua atau arwah Bonda selalu gurau kata Ayam Gostan.

Kjee celur seketika bendi sebagai ulam sampingan. Kjee celur sekejap sahaja sebab suka makan dengan rasa masih ranggup. Kruk Kruk gitu. Tak buat sambal belacan seperti selalu sebab lauk pun dah pedas kan! Kjee suka sangat makan bendi yang separuh mentah itu bersama sambal tempoyak mentah. Hmmm kenapa tak ingat nak buat semalam!! Hehehe.

Ada orang tanya bagaimana hendak elakkan bendi 'berlendir' ketika mencelur. Rahsianya... isyhhh bukan rahsia kot, ialah cuci bendi tu bersih-bersih. Jangan buang atau potong tangkainya. Celur begitu sahaja. Kemudian apabila sudah ditoskan air dan rendam seketika dalam air paip (untuk hentikan proses ia menjadi lembik dan kekalkan warna hijaunya) dan disejukkan, baru dipotong tangkainya. Cara itu, bendi tidak akan berlendir.

Kalau nak tahu resipi Asam Pedas Mat Gebu yang Kjee buat sebelum ni, KLIK SINI.

Sedap juga kalau makan bersama ikan kering masin atau Ikan Pekasam. Layannnnnn.





Kamis, 29 Oktober 2015

ASAM PEDAS IKAN MERAH RESIPI MY SIFU, MAT GEBU









Kalau nak masak Asam Pedas Johor yang sedap, kenalah berguru dengan orang Johor yang ori punya. Mujurlah Kjee ada sifu yang terer seperti Mat Gebu, blogger femes satu Malaya menerusi blognya Dapur Tanpa Sempadan. Oppppsss bukan satu Malaya tapi satu donia. Peminatnya ada kat mana aje lah di seluruh pelusuk dunia. Hehehe kembang kuncup Mat Gebu baca ni.

Hari tu Kjee belajar buat Asam Pedas Ayam dari beliau. Memang terbaik! Sampai sekarang asyik teringat jer. KLIK SINI. Dulu-dulu kalau sebut Asam Pedas Ayam, tekak Kjee macam kembang semacam. Tapi apabila dah rasa... padan dengan muka kau. Hehehe.

Hari ini Kjee buat Asam Pedas Ikan Merah. Semalam Kjee buat Sup Ikan Merah. Dua hari berturut-turut sebab ada baki dari semalam. Mula-mula nak buat Asam Pedas Ikan Tenggiri. Hari tu Kjee beli tak tau nak masak apa. Kemudian terfikir pulak nak buat Asam Pedas Ikan Siakap. Tapi last-last masak Asam Pedas Ikan Merah.

Tadi masa makan sebelum pergi mesjid, UnclePali tunjuk dua ibu jari. Siap hirup kuah lagi. Hmmm bagus punya testi. Dia harus thank Mat Gebu for the awesome recipe.

Oleh kerana hari ni hari malas Kjee, maka Kjee hanya buat Asam Pedas Ikan Merah letak bendi. Kemudian Kjee goreng ikan kering import dari Ganu pemberian Biha, adik angkat Kjee. Ikan kering apa Kjee tak tahu tapi ia dihiris nipis macam keropok. Sangat-sangat sedap digoreng garing-garing.

Itu aje nak story. Oppppsss resipi lupa nak letak. Korang KLIK SINI ajelah. Kjee bukan orang Johor ori. Kalau korang nak berguru eloklah dengan Mat Gebu. Kannnn Che Mat. Hehehe. Rindu Mak Yah dengan Bak dan abang Long. Dah selamat sampai dari Mekah ker? Kemsalam peluk cium dari KL.