Senin, 02 November 2015
DAH TURUN TAK NAIK LAGI, DENGAN IZINNYA
Jumaat lepas Kjee follow UnclePali gi hantar satu set L'arome kat satu customer di KLCC. Repeat order. Kalau repeat order mestilah customer tu puas hati kan dengan keberkesanan L'arome Warm Serum ni.
Walaupun hanya bertemu untuk hulurkan stok L'arome, Kjee sempat tanya 'kejayaannya' selepas menggunakan L'arome. Pertama kali dia beli Julai lalu.
Katanya, dia sangat puas hati. Paling suka apabila banyak susut di bahagian lengan. Sebab itulah dia beli lagi.
Kjee pun story kat dia yang Kjee dah slow down sapu L'arome sejak dua bulan rasanya. Hanya sapu sekali sahaja di waktu pagi lepas mandi. Taklah macam dulu iaitu dua kali sehari.
Walaupun dah slow down, tetapi Kjee terkejut sebab bahagian-bahagian yang Kjee susut lebih 4inci dulu, tidak 'naik kembali'. Hari-hari Kjee check. Maklumlah risau juga. Kalau naik balik, Kjee nak cepat-cepat sapu. Alhamdullilah masih maintain!!
Apakah setelah dapat 'desired size' dah tak perlu galak sangat sapu sebab lepas susut, ia tidak akan kembali bam bam? Hmmm entahlah. Tiada siapa berani beri jawapan tetapi Kjee dan Nadia adalah the living testimony.
Bolehlah start shopping untuk baju baru sekarang. Baju lama semua dah longgar. Macam baju pinjam. Hehehe.
So, korang yang minat nak menerai L'arome, WA 01131771389. Harga RM410 untuk 4 botol di Semenanjung beserta pos percuma. Sabah dan Sarawak RM434 termasuk pos laju. Nak beli satu botol pun boleh. Harganya RM165 termasuk pos di Semenanjung. Tapi, rasanya lebih jimat beli empat botol. Kongsilah dengan kengkawan yang satu kapal. Hehehe.
Nak tahu lebih banyak pasal L'arome ni, KLIK SINI. Testimoni Kjee dan Nadia... tak mainlah guna testimoni orang lain kan? Hehehe.
Perubahan cukup jelas dalam masa seminggu, dengan izinNya. Malah lagi muda usia lagi cepat susut. Mokcik dah enam series. Amik masa lebih kurang 45 hari!!
PUFF PASTRY APPLE PIE
Dah banyak hari mengidam tapi tak pernah berkesempatan nak buat. Bukan susah pun. Buat tak sampai ½ jam tapi yang tak best, licin dalam masa tak sampai lima minit. Hehehe
Kjee beli dua biji Granny Smith Apples. Apple yang warna hijau. Dia orang kata GS apples ni tak lembik bila dimasak. Alahai kalau masuk perut hancur jugak kan? So, guna epal hijau Siam pun okay lah.
Kerana tiga empat hari apple tu duduk dalam peti ais, maka sebiji Nadia bedal cicah dengan serbuk asam boi. Tinggal sebiji jer. But since yang makan dessert camni hanya Kjee dan UnclePali, baki sebiji GS apple tu, cukup buat apple pie untuk kami berdua.
Kjee buat dua open apple pies dan berbaki sedikit lagi intinya, Kjee buat close pie.
Nak buat pie, oven mesti betul-betul panas supaya masuk jer pie ke dalam oven, ia akan terus naik. Maklumlah Kjee guna puff pastry jenama Kawan untuk apple pie ini. Panaskan oven 180 darjah selama 20 minit.
Sementara itu, keluarkan puff pastri dan asingkan lima keping atas meja. Tetapi lapikkan ia diatas pelapik plastik dalam peket tersebut. Kemudian buat inti.
Intinya, Kjee tak masak. Kjee buang kulit, hiris dan letak soft brown sugar. Kemudian letak secubit serbuk kayu manis. Kacau rata dan tepikan.
Habis buat inti, Kjee ambil satu keping pastri (ukuran 4"x4"). Kjee toreh satu inci keliling pastri itu, keluarkan bahagian tengah pastri tersebut. Ia berbentuk cam frame gambar. Kemudian Kjee letakkan 'frame' tadi diatas satu lagi keping pastri.
Maaf, tadi tak amik gambar sebab ini kali pertama Kjee buat dan takut tak menjadi. Hehehe.
Kemudian bahagian dalam pastri yang menjadi lapaisan bawah itu, dicucuk-cucuk manja guna garfu. Kemudian ambil inti apple dan susun di dalam 'frame'. Jangan takut nak letak banyak inti. Kjee takut-takut tadi. Bahagian luar 'frame' akan 'naik' tinggi. Kalau letak sikit, nanti tak cantik. Susun elok-elok inti apple tu.
Kemudian sekeliling pastri disapu dengan telor yang telah dipukul manja. Buat sampai habis. Kjee buat sebiji apple dan dapat dua open pie dan satu close pie. Kjee guna lima keping pastri Kawan.
Bakar dalam oven suhu 180 darjah selama lebih kurang 15 hingga 20 minit terpulang kepada kepanasan oven sendiri.
Apabila sudah dikeluarkan, ayak dengan gula icing.
Minggu, 01 November 2015
APABILA NASI TOMATO BERTUKAR JADI NASI GORENG...
Sejak akhir-akhir ni seringkali terjadi, plan nak masak sesuatu, lain pulak terjadi. Macam kalau pergi pasar. Dalam perjalanan plan nak beli yang lain tetapi mata cepat rambang beli yang lain. Hehehe.
Semalam kami dua beranak dah plan nak masak Nasi Tomato. Semua bahan dah dibeli kecuali ayam yang Nadia kata nak masa kurma. Dah lama sangat tak makan Nasi Tomato. Jadi, bila ada yang offer nak masakkan, alahai punyalah seronok.
Tetapi lepas breakfast tadi, Nadia kata minggu depan cuti Deepavali dia masakkan. Hari ni dia nak mandikan anak-anak bulus. Memang satu tugasan yang memenatkan sebab anak-anak bulus paling benci dimandikan.
Kjee pun intai freezer. Ada isi ayam bahagian dada dan hati ayam. Udang tak boleh letak sebab UnclePali tak boleh makan. So, buat Nasi Goreng Cina biasa-biasa aje letak frozen mixed vege. Actually, kalau ada mix vege jenama Watties tersangatlah elok. Tapi tak tahu lah kena sejak dua menjak ni, jenama yang diimport dari Australia tu dah tak ada lagi di Hero Market. Yang ada hanya jenama KG yang kureng sikit pada citarasa Kjee.
Inilah kejadiannya. Beberapa jam sebelum itu, Nadia masak nasi, kurangkan sedikit airnya. Kjee guna beras wangi. Chefs sentero dunia kata kalau nak buat Nasi Goreng sedap, harus nasi yang telah disejukkan semalaman. Esok baru masak. But Kjee tak suka. Nasi goreng yang dimasak dan disejukkan dua atau tiga jam sebelumnya lagi sedap. Rasanya lagi fresh.
Tadi Kjee tumis bawang putih. Bila dah garing, masukkan ayam dan hati ayam (kalau letak udang memang meletop). Jugak satu kiub ayam. Apabila ayam tu dah masak, masukkan nasi dan goreng hingga rata. Kemudian masukkan mix vege (kacang peas, jagung dan carrot). Goreng hingga rata.
Rasa. Kalau tak cukup rasa, letak sedikit kicap cair. Kjee guna nampla atau sos ikan. Goreng sampai rata. Kemudian tepikan nasi di tepi kuali dan pecahkan dua biji telor. Kaup nasi dan tutup telor tadi. Besarkan api. Tiga minit kemudian gaul sehingga telor berketul. Kacau sampai rata dan hidang.
Tabur daun bawang yang telah dihiris dan jugak bawang goreng. Makan dengan cili yang telah dibubuh kicap cair.
That's my version of Chinese Fried Rice.
Langganan:
Postingan (Atom)






