Sejak lewat tahun lepas lagi beberapa orang kawan Kjee pujuk Kjee join dia orang jimatkan kegunaan elektrik dan jugak minyak. Kjee ni species orang yang hanya akan percaya keberkesanan sesuatu product setelah Kjee cuba sendiri.
Bukan Kjee tak percaya dengan testimoni kawan-kawan. Tetapi bukan senang nak cari duit sekarang. Kalau labur dua tiga ratus lepas tu, hasilnya tak berbaloi, Kjee tak berani amik risiko.
Macam Kjee buat Transfer Factor 4Life dulu. Ramai kata ia boleh ubat macam-macam penyakit. Tapi Kjee tak nak percaya. Satu, memandangkan ia tersangat mahal. Dan dua, sebab Kjee dah cuba pelbagai ubat dan suppliment. Hampir semua tak serasi. Tapi Kjee berjaya ubatkan Asthma yang Kjee hidapi dalam masa 5 hari dengan TF. Kjee spend tak sampai RM169 masa tu. Satu botol ada 60 biji.
Kemudian orang kata tak nak kuruskan badan? Kjee senyum sambil geleng kepala. Zaman dulu, orang kata telan fat burners boleh pecahkan lemak. Kjee beli dua tiga brands fat burners. Kjee telan sekali gus setiap dos yang disarankan dari 3 jenis!
Ada Kjee kurus? Hahahah. Maleh nak story.
Sampailah Kjee jumpa L'arome Warm Serum. Hah mula-mula tak percaya jugaklah. Tapi terfikir jugak nak terai. Last resort. Kalau aku tak kurus, memang aku akan mati sebagai 'King Kong'! Alhamdullilah. Selepas menggunakannya selama 45 hari, dapat perbezaan yang cukup ketara! Maka, ia menjadi sumber inspirasi kepada ramai kengkawan Kjee yang senasib dan se kapal untuk mencuba.
Bab L'arome korang
BACA SINI.
Okay berbalik kepada kad jimat elektrik. Ada kawan kata boleh jimat sampai 30% bil bulanan. Ada yang bernasib baik mencecah sampai 50%! Hmmm Kjee tanya UnclePali dan Nadia. Dua-dua angkat kening. Isyarat yang bererti "kalau nak cuba... bolehlahhhhh".
Maka Kjee belilah dari seorang kawan. Kjee suruh UnclePali tepek kat fusebox. Bulan pertama jimat RM12 jer! Alamak kalau setakat RM12 tak payahlah susah-susah beli kan? Kjee pasrah.
Kemudian, ada masalah dengan saliran elektrik dalam rumah. Rumah blackout setelah berlaku satu letupan dalam bilik air. Kjee call TNB. Technician sampai. Masa dia orang buat pembaikan, salah seorang nampak kad jimat eletrik yang UnclePali pasang.
"Salah tu abang pasang. Kena pasang macam ni."
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjiL9t0X0JoFCspHSLKNkPobu1UPH1RKlnXJtjdLGJ-4eRYMZ6DZmi1exrQ5CMt-fJmA4lZm-o9n0oSWvdAqmaCk8pmIGUFdFX2UpaR8_a3ytVhMfXFT2n3IOPSnMTIUWnr3_u54DOCkExr/s640/kad+jimat+3.jpg) |
Ini cara betul tepek |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi0jcbIE8sRmQP7qeIMM2Fo-GT0misrihf5qaVBmAumUgUPsbS6o_zz9lmCKH_XY7PUN2GBfjT9GEDEhp5VzDwkB13mLfqskr9o2xEBRyEIx8Hwz_FF-jvYylbjtSKto3rbJesfDzMJw44r/s640/kad+jimat+4.jpg) |
Ini cara betul |
Ohhh patutlah jimat RM12 jer! Okaylah. Sekarang hanya tunggu bil terbaru untuk tempoh 19/12/15 hingga 19/1/16. Kita tengok samada ada penjimatan yang sepatutnya.
Pagi tadi, Kjee tengok ada bil TNB atas meja Kjee. Agaknya UnclePali yang bawak masuk malam tadi, masa dia balik. Terkejut Kjee tengok bil. RM176. Isyhhh tempoh 19/11/15 hingga 19/12/15 (iaitu bulan sebelumnya) RM142. Bil terbaru RM176! Mana jimatnya?!! Meningkat RM34 babe!
Walaupun terkejut dan agak kecewa, namun Kjee tak melatah! Kjee keluarkan salinan bil dari bulan Julai hingga bulan Disember 2015. Ini adalah kerana, sejak bulan Ogos, bil elektrik mula menurun dengan kadar yang agak mengejutkan. Penurunan bersebab.
Bil bulan Julai (masa tu hanya guna dua aircon serta barangan elektrik biasa) ialah RM237. Kemudian pada bulan Ogos (hanya guna 1 a/con sebab aircon bilik Nadia rosak), bil RM167. Penurunan sebanyak RM70. Bil Sept RM165. Oktober RM124. Nov RM154 dan Disember RM142!
Tetapi.. jeng jeng jeng, mulai Disember ada penambahan satu alat eletrik yang telan api macam naga...Water Heater. Jadi, pada bulan Disember bukan sahaja ada dua a/con (Nadia beli a/con baru) tetapi ada water heater yang menjadikan bil Dis/Jan sebanyak RM176!
Kalau bandingkan dengan bil bulan Julai yang hanya guna dua a/con (RM237) dan bil semasa RM176 (dua aircon dan water heater tak termasuk barang electric biasa rumah + 1 peti ais dua pintu +1 box freezer), Kjee rasa berbaloi guna Kad Jimat itu!
Kjee ni tak pernah pass matematik jadi Kjee tak dapatlah kira berapa peratus sebenarnya penjimatan yang Kjee perolehi sejak guna kad jimat ni. Tapi bak kata Nadia, tak kesahlah janji ada jimat kan?
Okay korang rasa berkesan ke tidak penggunaan kad La Genius Saver ni? Ada warranty tiga tahun dan ia tahan diguna untuk 5 tahun.
Harga untuk 1 set dua keping ialah RM250. Kalau korang rasa hanya perlu 1 kad, bolehlah share dengan kengkawan. Tapi ada yang letak 1 kad pada fuse box dan 1 lagi dilekatkan di tempat minyak kereta. Boleh jimat antara 50 hingga 70km. Tapi itu Kjee tak try lagi.
Dah bertambah satu lagi barang yang Kjee jual selepas Transfer Factor (yang kini Kjee dah berhenti dulu. Tapi kalau ada nak beli Kjee boleh tolong belikan dengan harga ahli), dan L'arome Warm Serum. L'arome ni Kjee masih aktif jual. Kjee rasa lebih penting kuruskan bodi dari wajah putih mulus kan? Hehehe.
Kalau korang minat, boleh WA 01131771389. Kad La Genius Saver ini adalah satu pelaburan yang berbaloi. Bayangkan penjimatan lebih banyak selama 5 tahun pengunaannya.
Lihat carta dibawah untuk mengetahui berapa kad yang harus korang gunakan untuk mendapat penjimatan dari bil bulanan selama ini.
Kini ada promosi. Harga untuk tiga kad hanya RM330. Penjimatan sebanyak RM45.
So korang yang asyik pening kepala nak fikir cara apa nak berjimat dengan kenaikan yang nampak tiada jalan penghujung, cubalah cara Kjee ni.
Kjee tak tahu benar ke tidak tetapi ada yang kata, setelah tepek dua atau tiga bulan, penjimatannya akan lebih ketara sebab 'kad tu dah serasi dengan fuse box kita'. Kjee akan biarkan kad tu tertepek kat situ sampai bila-bila. Hehehe